Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

17 July 2009

Tarif Elektrik akan naik Ogos 2009 ?

http://www.btimes.com.my/articles/khalib1/pix_middle
PUTRAJAYA, 17 Julai - Kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan dan jika diluluskan ia dijangka akan dikuat kuasa mulai bulan depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata kenaikan tersebut yang melibatkan keseluruhan pengguna elektrik dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa, telah mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi Negara.

"Bagaimanapun peratus kenaikannya masih belum boleh diumumkan sehinggalah ianya diluluskan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan warga kementeriannya serta pelancaran logo baru kementerian tersebut, di sini pada hari Jumaat.


Ditanya sama ada kenaikan tersebut bakal menambah lagi beban rakyat yang baru diumumkan dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam semalam, Peter Chin berkata kenaikan tersebut tidak akan terlalu membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

"Kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan kerana ia didorong oleh harga bahan api dan gas di pasaran antarabangsa yang menyebabkan kenaikan kos penyelenggaraan.

"Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos). Kita boleh jelaskan kenapa tarif perlu dinaikkan dan kalau kita dapat menjelaskan dengan kukuh dan jumlahnya tidak terlalu tinggi hanya bagi menyeimbangi kos, maka saya fikir rakyat boleh memahami keadaannya," kata beliau.

Berucap di majlis itu, Peter Chin berkata kerajaan sedang mengambil tindakan proaktif mengenai mitigasi bagi mengatasi jangkaan kekurangan air akibat fenomena El Nino.

Beliau berkata beberapa siri perbincangan yang melibatkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi dan operator air di seluruh negara telah diadakan bagi memastikan bekalan air mencukupi.

Orang ramai juga perlu segera melaporkan kepada operator air jika terdapat sebarang kebocoran air dan insiden paip pecah bagi mengelakkan pembaziran air, katanya.- BERNAMA

Komen aku:
1. Semalam baru saja dibuat pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam (bas & teksi) termasuk bas sekolah dan kenaikan tersebut akan bermula 1 Ogos 2009.

2. Majlis Ekonomi Negara telah meluluskan kenaikan tarif elektrik. Bermakna tarif elektrik akan naik, cuma yang belum tahu ialah berapa banyak nak naik ?. Jika semua nya beres selepas mesyarat kabinet rabu depan nanti, kenaikan tarif elektrik itu juga akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2009. Berapa haribulan belum tahu?.

3. Ramadhan kembali lagi pada pertengahan bulan Ogos 2009. Umat Islam akan menunai kan ibadah puasa dan kemudian nya menyambut Aidilfitri. Apa releven nya dengan kenaikan-kenaikan tersebut ? sendiri rasa dan sendiri fikir.

4. Dalam keadaan ramai orang kena buang kerja kenaikan demi kenaikan terus berlaku. Ini lah agak nya maksud yang aku pernah tulis dari pemahaman aku tentang 1 Malaysia - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Maksud nya rakyat didahulukan untuk membayar harga, cukai dan segala macam kenaikan bayaran tetapi dikemudiankan dalam soal soal kebajikan dan kemudahan. Kalau tak percaya cuba baca ayat yang diungkap oleh Menteri Tenaga, "Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos).

Ayat 'standard' para menteri apabila ada kenaikan iaitu "kenaikan tersebut tidak akan terlalu membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah". Ayat yang membuat aku sakit hati. Pasal apa aku sakit hati ?. Sebab yang bercakap itu adalah golongan perpendapatan tinggi, macam mana dia boleh kata tidak membebankan golongan berpendapatan rendah. Sedang kan aku yang berpendapatan sederhana ini pun tercungap cungap juga dibuat nya.... Akai ada ka....

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...