25 April 2009

Kelab Penyokong PAS: Kami melihat PAS sebagai “yang paling berprinsip dan ikhlas”



http://2.bp.blogspot.com/_choyAtq4uVg/R2RJOcrG-FI/AAAAAAAAAGM/lbHfXXPn_wA/s400/gse_multipart7919%5B1%5D.jpg

B. Balendran seorang tipikal Hindu yang merayakan Deepavali dan tidak memakan daging lembu. Tetapi semasa waktu lapangnya, dia menghadiri majlis himpunan politik oleh PAS dan merekrut ahli-ahli baru untuk Kelab Penyokong PAS.

Dan dia secara aktif telah berkempen untuk Parti Islam SeMalaysia, sebuah parti yang dikatakan konservatif, sewaktu pilihanraya umum tahun lalu.

Jurutera berusia 25 tahun ini juga telah membawa dua orang adiknya dan beberapa rakan-rakannya yang lain untuk menyertai parti yang disifatkan sebagai parti yang terbaik untuk memerintah Malaysia.

Pandangan Balendran: “Jika PAS mengambil-alih Malaysia, saya amat gembira kerana tidak akan ada lagi rasuah dan Malaysia akan berada di dalam situasi yang baik.”

Kelab Penyokong PAS untuk bukan-Islam telah ditubuhkan pada 2004 dengan sekitar 100 orang ahli, kata pengasasnya, Hu Pang Chow.

Pada tahun lalu keahliannya menjadi 10,000, tetapi terus melonjak ke 50,000 semenjak pembangkang memperolehi kemenangan besar di dalam pilihanraya umum tahun lalu dan PAS menyertai Pakatan Rakyat, tambahnya.

Tidak seperti ahli-ahli biasa, mereka yang menyertai Kelab Penyokong ini menjadi ahli bersekutu dan tidak ada hak untuk mengundi di dalam pemilihan parti.

Jadi kenapa kaum bukan-Islam memilih PAS, tidak parti sekular DAP atau parti berbilang-bangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR)?

Hu menyatakan mereka yang menyertai kelab ini melihat PAS sbagai “yang paling berprinsip dan ikhlas”. Kupulan paling ramai ialah kaum etnik India.

Ada mereka yang mengelak untuk menyertai PKR, yang pada sesetengah kaum India sebagai tidak berapa kuat membela isu kaum India. Dan ada kaum India merasakan DAP terlalu kecinaan.

Kata N. Balasubramaniam, pengerusi kaum India di dalam kelab berkenaan: “DAP dan PKR mempunyai peraturan mereka sendiri, tetapi samada mereka mengikutinya atau tidak terpulang kepada mereka.”

Beliau menambah ini berbeza dalam PAS, dimana mereka betul-betul ikut ajaran Islam.

PAS sentiasa dimomokkan oleh pemimpin parti Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang akan melaksanakan versi Islam yang menakutkan di dalam Malaysia.

Tetapi Balendran berkata tidak ada apa yang nak dirisaukan tentang matlamat PAS untuk menubuhkan negara Islam atau melaksanakan hukum syariah termasuk hudud yang menyatakan pemotongan tangan (untuk kesalahn mencuri) atau rejam (untuk kesalahn zina) — kerana katanya undang-undang sedemikian dikuatkuasakan hanya untuk kaum Islam.

Penerimaan yang begitu ketara terhadap PAS oleh bukan_Islam terbukti jelas sewaktu pilihanraya umum Mac tahun lalu di mana Kumutha Rahman bertanding untuk parti tersebut. Beliau menggunakan lambang PKR kerana Perlembagaan PAS tidak membenarkan bukan-Islam untuk bertanding di atas tiketnya.

Sekalipun kalah, pencalonannya dilihat sebagai pemecah tradisi kepada kedua-dua parti Islam dan komuniti India.

Dan semasa kempen pilihanraya, kaum bukan Islam danri bangsa India dan Cina dengan secara terbuka mengibarkan bendera PAS dan membantu kepen dari rumah ke rumah.

Untuk kepastian, sebahagian dari keghairahan untuk menyertai parti politik oleh kaum India adalah ekoran dari perhimpunan HINDRAF pada November 2007, yang melihat kezaliman polis menghadiahkan mereka tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.

Kebanyakan mereka memilih parti pembangkang setelah kecewa dengan MIC yang dipimpin oleh Datuk Seri S. Samy Vellu yang sudah tidak popular di kalangan komuniti India.

Kejayaan selama 18 tahun PAS memerintah Kelantan juga telah meningkatkan kepercayaan di kalangan bukan-Islam terhadap PAS, kata Hu.

Ahli Sains Sosial Kemasyarakatan, Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia memebrrikan kredit terhadap pegangan keagamaan PAS yang menjadikan mereka popular.

“Ia menjadi ugama sebagai teras perjuangan dan persepsi bahawa ia lebih jujur dan mampu memperjuangkan kesaksamaan dan kebajikan rakyat,” katanya.

PAS juga telah mengurangkan retorikanya terhadap negara Islam dengan kemunculan pemimpin muda di kalangan mereka.

“Ia akan menjadi satu alternatif tersendiri pada masa akan datang jika Pakatan Rakyat gagal untuk mengekalkan gabungannya dengan PKR dan DAP,” katanya kepada The Straits Times.

PAS sekarang sedang berusaha untuk meminda perlembagaan bagi mewujudkan satu sayap untuk membolehkan keahlian penuh bagi bukan-Islam di dalam tersebut.

Ia dijangka akan berlaku pada tahun depan, sementara menunggu kelulusan dari ahli jawatankuasa pusay mereka dan kelulusan terhadap pindaan perlembagaan parti di dalam muktamar.

“Pemimpin PAS sekarang menyedari, di dalam masyarakat berbilang kaum, mereka tidak boleh bersendirian. Mereka perlukan sokongan dari kaum bukan Melayu, jika tidak tidak ada jalan untuk mereka mencapai kejayaan,” kata Hu. — Straits Times Singapore/ Terjemahan Bebas : Greenboc

Sumber: http://greenboc.blogspot.com

Sumber Asal: http://www.straitstimes.com

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...