Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

18 April 2009

PRK Penanti: BN mungkin tak bertanding kata PM - Helah atau takut kalah



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas, lapor Bernama.

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya.

Pilihanraya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR mengosongkan kerusi DUN itu berkuatkuasa dua hari lepas.

Najib berkata BN akan sepakat berhubung pilihanraya kecil itu.

"Sebab kita perlu buat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.

"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.

Khamis lepas, Mohammad Fairus mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Penanti.

Mohammad Fairus, 32, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berkata langkah beliau itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news

Komen Aku: Kalau dulu, yang tak mahu bertanding pilihan raya adalah pihak pembangkang iaitu PAS & PKR. Mereka tak mahu bertanding atas alasan memboikot piliha raya seperti yang berlaku pada PRK Batu Talam.

Tak terlintas pula, suatu hari nanti BN pulak yang tak mahu bertanding. Alasan yang diberi oleh DS Najib kerana kos dan perbelanjaan yang besar.


Namun begitu, sebab sebenar nya semua orang telah tahu iaitu BN takut akan kalah lagi. Jika kalah lagi, sudah tentu lah DS Najib tidak gembira langsung. Ada lah sesuatu yang memalu kan atas kapasiti beliau Sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri jika terus kalah. Oleh itu lebih baik jangan masuk bertanding.


Walaubagaimana pun pihak Pakatan Rakyat harus berwaspada dan berhati-hati. Mungkin ini satu helah DS Najib yang baru saja menggantikan Pak Lah menjadi Pengerusi BN.


Sekian


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...