Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

28 April 2009

Harga Ayam Daging Seluruh Negara Naik 40 - 60 sen

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Harga ayam daging di seluruh negara mencatat kenaikan antara 40 sen dan 60 sen sekilogram berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa, menurut Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) hari ini.

Harga ladang ayam hidup kini naik 40 sen daripada RM3.40 sekilogram kepada RM3.80 sekilogram manakala harga pemborong ayam hidup adalah RM4.50 sekilo berbanding RM4.10 sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harga pemborong ayam siang kini RM5.30 sekilo berbanding sebelumnya sebanyak RM4.85 sekilo manakala harga runcit ayam hidup pula sebanyak RM5.20 sekilo, berbanding RM4.80 sebelumnya.

Harga runcit ayam siang berserta kaki, kepala, hati dan hempedal turut naik kepada RM6.15 sekilo berbanding RM5.65 sekilo manakala harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal adalah RM6.90 sekilogram daripada RM6.30 sekilo.

Harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal yang mempunyai sijil 'Veterinary Health Mark' pula, mencatatkan kenaikan RM7.60 sekilo daripada RM7 sekilo.

Pengerusi Unit Ayam Daging FLFAM Kwei Yew Tong berkata faktor kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berdasarkan faktor cuaca panas ketika ini yang turut menjejaskan pembiakan ayam.

"Jika cuaca panas, pembiakan ayam serta penghasilan telur ayam juga akan terjejas tetapi jika cuaca hujan, ia mampu mengalakkan pembiakan ayam," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sumber: BERNAMA



Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...