....
Apa yang menjadi khabar angin dan spekulasi, akhir nya menjadi kenyataan apabila Ketua Pemuda UMNO yang juga menantu Tun Abdullah Ahmd Badawi, Khairy Jamaluddin tidak disenaraikan didalam kabinet baru yang dibentuk oleh DS Najib tetapi anak Tun Mahathir, Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Satu penampar yang kuat buat Khairy. Jelas kini apa yang diminta oleh pucuk pimpinan UMNO dihari terakhir perhimpunan mereka supaya biduk lalu kiambang bertaut, nampak nya kiambang tak mungkin bertaut.
Kalau sebelum ini, Khairy semasa ucapan nya dihari terakhir perhimpunan meminta Datuk Mukriz dan DS Khir Toyo berganding bahu dan bersatu bersama beliau, maka kali ini Datuk Mukriz pula yang akan perli begitu.
Dalam konteks perebutan 'Ketua Pemuda UMNO' yang telah berlalu, tempat pertama dimenangi oleh Khairy, tempat kedua adalah DS Khir Toyo dan yang tercorot adalah Datuk Mukriz. Dengan tidak menyenaraikan Khairy, kelihatan nya seolah olah perbuatan balas dendam kelas pertama antara sekutu Tun Mahathir dan Pak Lah. Dendam kesumat yang bukan calang-calang dendam. Selain disakitkan hati nya, Khairy di potrait kan supaya dilihat dalam keadaan amat memalukan beliau.
Walau apa pun, kepada yang terlantik selamat bertugas diucapkan, kepada yang tidak dilantik cuba-cuba lah cium tangan 'orang itu' kerap sikit dan kepada yang disentap turun....muhassabah lah.
Kesian Khairy...impian menjadi Perdana Menteri termuda semakin menjauh.........
Sekian

No comments:
Post a Comment