Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

18 April 2009

40,000 hadiri “Sambutan Kepulangan Perdana Menteri”DS Najib ke Pahang

KUANTAN, 18 April — Kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pahang hari ini disambut meriah oleh kira-kira 40,000 rakyat negeri itu dalam majlis sambutan yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1) di sini hari ini.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pesawat rasmi di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di sini pada kira-kira 9 pagi disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, pemimpin Kabinet kelahiran Pahang, pemimpin negeri dan ketua-ketua jabatan.

Najib dan isteri kemudiannya dibawa ke MPK1 untuk majlis rasmi “Sambutan Kepulangan Perdana Menteri” dengan diiringi 56 buah motosikal berkuasa besar sebagai simbolik kepada umur anak kelahiran Kuala Lipis itu.

Ketibaan Perdana Menteri di padang MPK 1 pada 9.20 pagi disambut kira-kira 40,000 orang.

Majlis dimulakan dengan persembahan bertema “Satu Malaysia” yang terdiri daripada gabungan gerak seni pertahanan diri, gerak tari pelbagai kaum termasuk masyarakat Orang Asli dan keharmonian muzik yang mendukung citra membentuk kesatuan rakyat Malaysia yang mantap dan bersatu. Persembahan itu membabitkan 620 peserta berusia antara 10 hingga 45 tahun.

Perdana Menteri kemudiannya dijadual menghadiri majlis sambutan kepulangan beliau di Dataran Majlis Daerah Pekan, Pekan dan menghadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan pada 12 tengah hari.

Ini kepulangan pertama Najib ke negeri Pahang selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lepas. Najib dijadual pulang ke ibu negara petang ini.

Sumber: BERNAMA


Sebahagian gambar program “ Sambutan Kepulangan Perdana Menteri ” yang aku ambil dari laman forum di http://detikdaily.net

....


....


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...