Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

06 April 2009

Tun Mahathir berkempen - Agak nya beliau sudah banyak lupa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicI9jHJg-M4p6yrUAWHfUFPjHw8o30_QeJTJLD5whYM22ENpSK11O7oQa-cgO57w6_szwgM0kAXFRHRYVRbDtqL_HDL2ygMW3EM3sOS4Fmox_Xe2dCwQdajz7GTPSrIT5veqB3T1PXiAc/s320/mahathir+mudah+lupa+5.jpg

Bukit Gantang hari ini menerima tetamu seorang hipokrit darjah tertinggi - the return of mahazalim - yang tiba-tiba melakukan serangannya kepada calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Malah sebelum ini beliau menyatakan, kesilapan-kesilapan, strateji buruk dan kecuaian yang berlaku pada 5 Feb lalu di dalam rampasan kuasa tersebut, yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mengakibatkan krisis politik berlaku di Perak.

"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegasnya di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.

"Umno-BN terlalu cuai dan dan tidak menunggu persidangan dewan tetapi sebaliknya meminta Sultan melucutkan jawatan menteri besar," tambahnya, merujuk kepada keputusan Sultan Azlan Shah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk meletakkan jawatannya.

"Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada peruntukan sedemikian di Perak atau Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dengan pusingan 360 darjah, pagi ini beliau mengikut rentak korus pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang lain menuduh Nizar sebagai penderhaka dengan beliau lupa bahawa beliaulah sebenarnya bapa kepada penderhaka raja-raja kerana peranan besar beliau dalam menghakis kuasa serta martabat raja-raja Melayu semasa pemerintahannya.

Ini termasuk membuat pindaan perlembagaan untuk mengurangkan kuasa Yang DiPertuan Agong pada 1983, menubuhkan Mahkamah Khas untuk mendakwa raja-raja termasuk YDP Agong dan menghina institusi raja melalui media kawalan Umno dan BN.


Komen aku: Dalam satu ceramah kempen di Bkt.Gantang Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau mengangkat DS Anwar ketempat tinggi hingga ke langit, tinggal sikit lagi untuk jadi Perdana Menteri. Kemudian kata nya lagi DS Anwar tak sabar dan lawan dia. Orang macam ini jangan dipilih sebagai pemimpin,bila dia naik dia tendang semua tangga yang dia pijak naik kata Tun M lagi.

Rupa-rupa nya ini lah sebab sebenar mengapa DS Anwar dipecat. Setelah itu dihina dan diaibkan dengan tuduhan liwat.
Kasihan, di penghujung usia yang diberi sebagai bonus oleh Allah, beliau masih mengusung diri sendiri kesana kemari berpolitik dan masih mahu mencari populariti. Jangan salah faham ye Tun, aku tak maksud meminta Tun duduk atas tikar sembahyang atau masjid, tetapi buat lah sesuatu yang lain yang lebih berfaedah untuk dunia dan akhirat. Di samping itu, sementara ada saki baki usia di harap pergi lah Tun M memohon ampun maaf kepada mangsa-mangsa Tun selama 22 tahun Tun berkuasa. Masih tidak cukup lagi kah tempoh itu?.

Akhir kata, aku seronok tengok Tan Sri Lee Lam Tye.......Kalau lah Tun M boleh macam itu ....

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...