Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

12 April 2009

Klip Video menarik - Pokok tumbang

Klip Video ini diterbitkan oleh The Times Of India. Walaupun bukan diterbitkan di negara kita, tetapi 'message' yang ingin disampaikan amat menarik perhatian dan aku ingin berkongsi dengan pengunjung yang singgah di Blog aku ini. Pada pendapat aku, ada berbagai-bagai tafsiran tentang apa yang ingin disampaikan. Terpulang lah kepada pemahaman dan tahap pemikiran serta penerimaan masing-masing.

Tafsiran aku: Ada pokok tumbang melintang jalan dan kelihatan kebanyakan orang mengharapkan semua nya perlu di lakukan oleh jabatan kerajaan yang berkaitan. Ini memang realiti yang tidak boleh dinafikan. Seorang Kanak-kanak sekolah melihat keadaan itu. Kanak-kanak yang biasa nya suka berimaginasi mengharapkan satu keajaiban untuk mengalihkan pokok tersebut dari menghalang laluan seorang diri. Kemudian kanak-kanak lain membantu dan seterus nya orang ramai. Orang ramai yang datang menolong pun mungkin kerana merasa malu terpukul dengan tindakan kanak-kanak itu. Oleh itu dalam konteks ini, siapa kah yang sebenar nya yang telah menjalankan tanggungjawab sosial nya ?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...