Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

16 April 2009

Fairus letak jawatan Adun Penanti



Kenyataan penuh Fairus hari ini:

Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

Komen Aku: Bagus lah Fairuz letak jawatan sebab mungkin dia merasakan sudah tak layak untuk mewakili rakyat akibat tuduhan rasuah, walaupun beliau masih belum lagi di buktikan bersalah berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang.

Bagi pendapat aku, ini adalah cara orang yang mempunyai harga diri. Tidak seperti kebanyakan pemimpin dari UMNO, seperti Khairy Jamaluddin contoh nya. Sudah dibuktikan bersalah kerana rasuah, masih mahu bertanding dan yang pelik nya boleh menang jawatan ketua pemuda UMNO. Di mana maruah dah air muka beliau dalam memegang jawatan tersebut. Wallahhua'lam.........

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...