Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

12 April 2009

Nasib 50,000 pekerja kontrak sektor awam - Cuepacs patut minta jaminan kerajaan sebelum 3 PRK

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQ4j75TzIiEi5HTfciwhwWr8GkkxINPijhwibiQTZIMhWsiRWF02XrLMYLrgU4dOWJuWPDqROZUmCq3vlLTDPdQg7-MuiLLz-w81CklfKfm3v90WAMFIW-0AfeetoRIjKHaeYKoyZU_70/s230/omar.jpg

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) melalui Presidennya, Omar Osman merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak segera membela nasib kira-kira 50,000 pekerja kontrak sektor awam yang kini berdepan kehilangan pekerjaan apabila kontrak mereka ditamatkan secara berperingkat mulai Jun ini. 50,000 orang pekerja, ramai tuuuu !!. Bagaimana jika 5000 atau 10% dari mereka yang kena berhenti itu terpaksa menjadi penyamun, peragut bag, perompak dan jenayah lain?. Bertambah lagi lah masaalah sosial dan jenayah.

Pada Feb 2009, CUEPACS mendesak kerajaan menyerap 50,000 kakitangan kontraknya ke jawatan tetap. Presidennya, Omar Osman menegaskan bahawa memberhentikan pekerja kontrak adalah satu penganiayaan. Apa respon Kerajaan ?, buat pekak badak saja lah agak nya.

Sebelum daripada itu pada oktober 2008, satu kenyataan pihak kerajaan menyatakan tidak akan memberhentikan mereka-mereka ini. Kerajaan yang selama ini selalu berkata tidak ada pihak lain yang boleh perintah selain dari BN. Kerajaan BN selalu menunaikan apa yang mereka janji, tidak macam pembangkang. Pokok nya BN semua yang paling bagus lah konon nya. Sekarang ini bab 50,000 orang pekerja kontrak ini macam mana?

Dibawah ini disiarkan kenyataan tersebut yang dilapurkan oleh BERNAMA

Kerajaan tidak tamatkan perkhidmatan kakitangan kontrak
SEGAMAT 25 Okt. - Kerajaan tidak bercadang untuk menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menjelang akhir tahun ini seperti didakwa oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), kelmarin.
Sehubungan itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam menyifatkan kenyataan Presiden CUEPACS, Omar Osman bahawa 50,000 kakitangan awam kontrak akan ditamatkan perkhidmatan, sebagai tidak tepat.
"Perkara ini telah dibincangkan dalam Kabinet dan kementerian telah menjelaskan bahawa kenyataan itu adalah tidak tepat.
"Kerajaan sebaliknya tidak mempunyai rancangan untuk menamatkan kontrak kakitangan awam yang berkhidmat buat masa sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan pendermaan mesin dan geran hemodialisis yang keseluruhannya bernilai hampir RM500,000 di sebuah hotel di sini, semalam.
Kelmarin, Omar dipetik sebagai berkata, kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan.
Menurut Subramaniam, kerajaan pada masa yang sama akan memastikan tiada pemberhentian perkhidmatan di semua agensi kerajaan dan swasta di negara ini.
"Negara kita masih boleh bertahan (menghadapi kekangan kewangan) dan ketika ini masih tiada tanda akan berlaku penamatan kontrak kakitangan awam dan swasta seperti di negara-negara lain.
"Kita akan berbincang dengan mana-mana syarikat yang mempunyai masalah sehingga mungkin menamatkan perkhidmatan antaranya Penerbangan Malaysia (MAS) dan Panasonic supaya tidak berlaku sebarang penamatan kontrak," katanya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...