Naib Presiden Parti Progresif Penduduk, Datuk V. Nadarajan mengisytiharkan keluar dari parti PPP dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu ceramah yang turut dihadiri oleh Penasihat PKR, DS Anwar Ibrahim malam ini. Ini lah agak nya kejutan yang dimaksud kan oleh DS Anwar Ibrahim. Ia diikuti dengan Kemasukan beramai-ramai 6000 ahli PPP yang menyebabkan 62 cawangan PPP diseluruh Kedah dibubarkan.
Dari segi politik dan suasana pilihanraya, pengumuman tersebut memberi kesan yang amat positif kepada PKR & PR. Bukan mudah untuk menarik jumlah sebegitu ramai untuk menyertai sesuatu parti.
Namun begitu PKR dan DS Anwar harus juga berhati-hati. Mungkin ini ada lah perangkap yang dipasang untuk mengenakan PKR & PR dengan pukulan KO dalam PRK Bukit Selambau dan 2 PRK lain.
Peristiwa dan kejadian di Perak harus dijadikan iktibar. Ingat !, bagaimana gembira nya PR, PKR dan DS Anwar apabila ADUN Bota berhijrah dari UMNO ke PKR. Selang beberapa hari kemudian apa yang terjadi?. Seluruh Perak dirampas oleh BN. Sama ada rampasan itu beretika atau tidak, itu soal lain.
Semua tahu bahawa arkitek dalam rampasan kuasa di Perak adalah DS Najib dan sekarang DS Najib sudah pun sah menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah pasti cengkaman kuasa nya lebih menyeluruh dari sebelum ini. Tidak mustahil kini beliau akan menjadi arkitek untuk merampas Kedah dan negeri lain yang dikuasai oleh PR. Lagi pun mentor beliau iaitu Tun Mahathir sudah pun kembali kepangkuan UMNO dan bergandingan dengan beliau sekarang. Siapa tidak kenal Tun Mahathir?. Seorang yang mengamal kan " matlamat menghalal kan cara". Imbas kembali apa yang beliau buat pada Kerajaan PAS bila berjaya merampas Terengganu. Tergamak Tun Mahathir menukar perjanjian Royalti kepada wang ihsan hanya kerana nak merampas kembali Terengganu dari PAS. Berhemah atau beretika kah cara itu ?. Tidak mungkin kah DS Najib pun akan mengikut jejak langkah mentor nya.
Bagi aku kemasukan ahli PPP ke PKR adalah hadiah dari PPP Kedah di atas perlantikan DS Najib sebagai PM.
Sekian
No comments:
Post a Comment