Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

22 April 2009

Penanti: Nanti dulu, kita lihat apa kata survey.....

BUKIT MERTAJAM, 22 April - Umno Permatang Pauh sedang mengumpul pendapat umum daripada pengundi di Penanti sama ada mereka mahu Barisan Nasional bertanding di situ dalam pilihan kecil ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata maklumat balas awal yang diterima daripada pungutan pendapat menerusi SMS menunjukkan 80 peratus daripada 300 pengundi yang diminta memberi pendapat mahukan BN bertanding.

"Umno Permatang Pauh akan membuat rumusan daripada pungutan pendapat itu dan mengemukakannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional Permatang Pauh malam tadi.

Minggu lepas, Mohammad Fairus melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti itu dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran. Beliau sebelum itu meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang ekoran dakwaan terlibat dalam rasuah.

Abdul Jalil berkata bahawa selama ini, PKR telah mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat di Penanti.

Apa yang jelas, katanya, ialah jelas PKR telah melakukan kesilapan besar dengan meletakkan calon yang yang tidak berkualiti pada pilihan raya umum lepas.

"Walaupun telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I, Muhammad Fairus tidak memberikan sumbangan kepada kawasan itu," katanya.

Abdul Jalil berkata adalah tidak wajar bagi PKR untuk meminta pengundi di Penanti memberikan peluang kedua kepada parti itu.

"Wang yang digunakan untuk mengendalikan pilihan raya adalah wang rakyat dan pembayar cukai. Gunakan wang itu untuk membantu rakyat bukan dibazirkan dengan sewenang-wenangnya," katanya.

Sumber: BERNAMA

Komen Aku:
1. UMNO buang tebiat. Selama ini sejak dulu tak pernah pernah buat 'survey' apabila mahu bertanding pilihanraya, aleh aleh kali ini UMNO buat 'survey' tanya pengundi samaada nak bertanding atau tidak. Biasa nya jika seseorang yang buat benda pelik yang tak pernah dibuat sebelum ini menunjukan umur orang itu tak panjang dah. Entah lah....

2.
Wakil PKR letak jawatan. Ada lah lebih baik berundur secara terhormat daripada disentap turun, sekurang kurang nya pun ada juga saki baki maruah yang tinggal. Tidak seperti wakil dari UMNO/BN. Sudah sah didapati bersalah pun, tak juga turun malah kadang kadang dapat naik lagi tinggi lagi dari kedudukan asal. Tak percaya ke?..Tanya lah Dr. Chua Soi Lek, beliau ada jawapan nya.

3.
Kalau PKR / PR mensia-sia kan harapan pengundi di Penanti, bagaimana pula dengan UMNO/BN yang telah sekian lama mensia-sia kan harapan pengundi bukan saja di Penanti tapi seluruh Malaysia.

4.
"Wang yang digunakan untuk mengendalikan pilihan raya adalah wang rakyat dan pembayar cukai. Gunakan wang itu untuk membantu rakyat bukan dibazirkan dengan sewenang-wenangnya". Setelah UMNO/BN semakin ditolak oleh rakyat, baru lah sekarang nak tunjuk bahawa mereka lah yang amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat. Apa yang boleh aku katakan ialah Sori dah terlambat....

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...