SUBANG: Detik kehilangan murid, Nurul Nazeha Mohd Zahir, 10, yang diculik hampir 10 jam, benar-benar menakutkan bapanya berikutan penjenayah seolah-olah cuba meniru perbuatan penculik Nurin Jazlin Jazimin atau `lelaki kucing’ yang pernah menggemparkan masyarakat sebelum ini.
Walaupun kehilangan anak tunggalnya amat mencemaskan, Mohd Zahir Shafie, 39, bersyukur dan berterima kasih kepada polis yang bersungguh-sungguh mengesan anaknya sejak dilaporkan hilang kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.
Menurutnya, dia sedang bertugas di sebuah hotel sebelum dihubungi isterinya, Norzalina Abu, 35, kira-kira jam 7 malam memberitahu, anak kesayangan mereka masih belum pulang dari sekolah.
“Saya menasihatinya bersabar dan menunggu seketika, namun panggilan telefon kedua daripada isteri kira-kira 7.30 malam sambil menangis benar-benar membuat saya bertambah rungsing,” katanya.
Dia bergegas pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang di sini, jam 8.30 malam.
“Saya berusaha mencari Nurul di sekitar Kampung Melayu Subang sambil dibantu beberapa rakan.
“Difahamkan, polis turut berusaha mengesan anak saya dan meminta saya bekerjasama serta berikhtiar kerana Nurul Nazeha dipercayai masih di sekitar Subang,” katanya.
Kira-kira jam 1.30 pagi semalam, Mohd Zahir dihubungi anggota polis berhubung penemuan seorang kanak-kanak perempuan lengkap berpakaian seragam sekolah yang dilaporkan pengsan dalam longkang berhampiran Plaza Tol Subang.
“Saya bergegas ke balai polis sebelum terkejut apabila mendapati kanak-kanak perempuan yang dimaksudkan itu anak saya. Dengan penuh rasa syukur saya terus mendakapnya sambil menitis air mata gembira.
“Saya dan isteri membawa Nurul yang dalam keadaan keletihan dan masih trauma pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam.
Dalam kejadian menyayat hati sebelum ini, Nurin Jazlin, 8, atau mesra dengan panggilan Kak Ngah, dilaporkan diculik ketika mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, pada 20 Ogos 2007.

Sumber: http://www.hmetro.com.my
Bukan April Fool
Jam 1 tengah hari, 1 April 2009, Nurul Nazeha Mohd Zahir, 10 tahun dilaporkan diculik sekumpulan 3 lelaki menaiki van putih di Subang, Selangor.
Van terbabit dikatakan persis kenderaan digunakan semasa kejadian culik Nurin Jazlin Jazimin pada 20 Ogos 2007.
Nurul dalam perjalanan ke sekolah dikatakan ditarik seorang daripada lelaki di dalam van dan kemudian dilarikan ke lokasi tidak dikenal pasti.
Bagaimanapun penjenayah mengugut bunuh Nurul tiba-tiba hilang minat dan mencampakkannya ke dalam longkang kira-kira jam 11 malam berhampiran Plaza Tol Subang. Mangsa bengkak di kepala dan mengalami trauma akibat kejadian itu.
Kepada ibu bapa, usah cuai memantau keselamatan anak. Air mata darah sekalipun tidak mampu mengembalikan mereka jika anak tersayang jatuh ke tangan penjenayah tidak berperikemanusiaan.
Sumber: http://mazidulakmal.blogspot.com

No comments:
Post a Comment