Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

04 July 2010

Kenang jasa Polis baik dan jangan lindungi Polis jahat

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Masyarakat dan generasi muda terutama pemimpin parti politik yang sering menuding jari dan mengkritik pihak berkuasa terutamanya polis, diingatkan agar mengenang kembali jasa-jasa pejuang tanah air yang banyak berkorban untuk negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keamanan yang dikecapi hari ini bukan datang secara bergolek sebaliknya hasil pengorbanan pejuang negara yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi mendapatkan kemerdekaan.

"Ini disambung dengan usaha berterusan pihak berkuasa termasuk polis dalam memastikan kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi akan terus berkekalan namun terdapat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dicemuh dan dikritik masyarakat malah 'digigit' oleh wakil rakyat.

"Sikap sebegini hanya akan menghakis jati diri dan negara...jika serangan terhadap pihak polis berleluasa, bagaimana kita mahu menyuntik semangat kenegaraan kepada generasi baru," katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Mengenang Jasa Pejuang Negara anjuran Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) di sini.

Beliau berkata pihak polis sering menjadi mangsa kritikan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang bermotifkan peribadi dan politik sempit, yang mana menuntut ketahanan dan kesabaran warga institusi itu.

Dalam pada itu, beliau berkata peredaran zaman serta perkembangan ilmu dan teknologi masa kini dapat memberi ancaman keselamatan lebih teruk berbanding ketika darurat.

Katanya, ancaman tanpa disedari seperti melalui dunia siber dapat menggugat keselamatan negara jika integriti pasukan polis sering diperkecilkan dan sekiranya tidak ditangani sejak awal.

"Cabaran yang dihadapi kini lebih getir, payah dan mencabar. Ia menuntut transformasi yang selari dengan teknologi dan peredaran zaman termasuk akta-akta sedia ada yang mungkin agak lapuk untuk diaplikasikan pada masa ini," katanya.

Beliau turut menyeru agar bekas polis kekal akrab dan terus bersama dengan kerajaan dalam menghadapi cabaran dari segi ekonomi ataupun politik semasa.

Beliau berkata segala cabaran dan realiti baru, nilai patriotisme, sikap sayang menyayang dan elemen kasih kepada negara mesti dimaknai dengan suasana dan realiti semasa. - Bernama

Aku cuma nak kata:



Aku yakin yang dikritik oleh masyarakat bukan lah institusi Polis secara keseluruhan. Ramai Polis jujur dan amanah dan ramai juga Polis jahat ibarat harapkan pagar tapi pagar makan padi. Masaalah nya ialah apabila Polis jahat ini melibatkan Pegawai kanan Polis. Jangan cerita lah pegawai Polis bawahan. Tambah parah lagi apabila pegawai jahat ini dibela dan dilindungi.

Tahu kah DS Hishammuddin Tun Hussein apa persepsi orang ramai apabila ternampak polis ?. Jangan lah asyik beretorik dengan kenangan lama. Aku yakin majoriti rakyat punya otak dan punya akal untuk menilai peranan serta jasa Polis. Harus diingat bahawa peranan polis adalah untuk ketenteraman dan keamanan rakyat dan negara keseluruhan nya dan bukan nya untuk ketenteraman dan keamanan pemimpin BN.


Nak tanya DS Hishammuddin Tun Hussein, Polis yang jahat pun kita nak kenang jugak ke jasa jahat dia......


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...