Sultan Pahang dukacita dengan kenyataan Nurul Izzah
KUANTAN 15 Nov. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan
rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang
mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk
akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap
mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat
Islam.
"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang
saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau
lantang sangat sebut pasal agama ini.
"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar
cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya,"
titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat
negeri, di sini hari ini.
Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan
agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang
lebih arif.
"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh
bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam
tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu
saya tak berani bercakap," titah baginda.
"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita
setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut
menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya.
Pada 3 November lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan
Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak
seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai
kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam
beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan
beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai
secara sama rata," kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan
Rakyat.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara
Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?", di Subang Jaya pada 3 November.
Dalam pada itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman
menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan pihak dan kenyataan sedemikian
yang boleh membawa kepada penyelewengan dan merosakkkan akidah umat Islam.
"Jangan ikut kehendak pemikiran yang boleh merosakkan
akidah... ini salah satu usaha yang dilakukan oleh musuh Islam yang suka hendak
menyeleweng akidah umat Islam dengan cara meragukan orang Islam dengan
pemikiran yang menyimpang (dari ajaran Islam sebenar)," katanya. - BERNAMA - http://www.utusan.com.my/utusan/DalamNegeri
-------------------------------------------------------------------------------------
Aku cuma nak kata:
Sementara
itu dibawah ini adalah video majlis harijadi Sultan Pahang dan Putera nya yang
gilang gemilang. Putera
Sultan Pahang bernama Putera Falaq berusia 18 tahun dan Sultan pahang pula
berusia 81 tahun ketika majlis itu disambut tahun lepas 2011. Itu sebab guna 18
dan 81. Hebat. Moga sihat selalu dan panjang umur.
Daulat tuanku.
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
Sambutan Hari Lahir Ketua Agama Pahang
No comments:
Post a Comment