Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 March 2009

Muhyiddin kata UMNO di hujung jalan, aku kata UMNO sedang karam

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu kini sudah sampai ke penghujung jalannya dan ia mesti segera berubah untuk mengembalikan pengaruhnya seperti dulu.

Umno, katanya, hanya mempunyai masa empat tahun untuk berubah sebelum diadili semula oleh rakyat pada pilihanraya umum ke-13. Dalam masa yang sangat terbatas itu, tambahnya, semua pihak mesti komited menjayakan usaha memulihkan kembali imej parti termasuk sedia menerima perubahan.

"Ada orang kata Umno sudah sampai ke persimpangan jalan, saya kata Umno dah sampai ke penghujung jalan. Tempoh yang terakhir adalah empat tahun," katanya dalam temubual dengan Bernama.
Muhyiddin, yang akan bertanding kerusi timbalan presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan, mengakui bahawa tugas itu bukan mudah, namun Umno harus bersedia melakukannya walaupun terpaksa berdepan dengan tentangan pihak tertentu.

"Bagi saya, kalau ikut tempoh masa pembaharuan ini, kita kena mula sebaik saja selepas perhimpunan agung. Katakanlah dalam tempoh dalam masa sembilan bulan selepas itu kita telah meletakkan asas-asas, pemimpin parti semua dibawa masuk bincang dalam Umno.

"Inilah pendekatan yang nak diambil oleh Datuk Seri Najib (Razak), dibantu oleh saya dan rakan-rakan lain.

"Merencanakan jadual-jadual... pertama balik ke 'sekolah politik' iaitu kursus (bagi) semua pemimpin Umno, fahami asas perjuangan Umno supaya kita dilihat telah balik ke pangkal jalan, jangan ada lagi nilai-nilai negatif. Ini bukannya mudah," kata Muhyiddin.

Najib dijadual mengambil alih kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lama selepas perhimpunan agung yang berakhir 28 Mac ini.

Muhyiddin berkata, nilai negatif yang mesti dibuang daripada dalam diri ahli antaranya sikap mengutamakan diri sendiri agar persepsi mereka mengenai ahli dan parti dapat diperbetulkan.

Katanya, usaha itu boleh dijayakan melalui penganjuran kursus dan program latihan besar-besaran bagi melatih semula semua peringkat dalam pelajaran politik.

"Sebab saya lihat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun ni, kita agak lari, banyak orang lihat kita ini self-serving (utamakan diri), apa yang ada... mesti Umno dulu, ada kontrak... Umno dulu, kalau ada projek... Umno dulu.

"Sejarah Umno (semasa) Datuk Onn Jaafar dulu tak macam itu. Ada sesuatu dia bagi yang rakyat dulu. Kita ini sebagai pejuang tak apa , kita hidup papa, yang luar mesti hidup selesa.

"Sekarang ini tidak (seperti dulu), kita mesti pentingkan kita dulu, yang ketua bahagian mesti jaga ketua cawangan, mesti jadi ahli dulu, padahal ahli-ahli yang di bawah itu untuk bela nasib orang Melayu di luar," katanya.

Beliau berharap pembaharuan yang dilakukan itu akan dapat dirasai oleh masyarakat Melayu khususnya dalam tahun ketiga dan pada tahun keempat dari pemilihan Umno tahun ini supaya bersedia untuk berhadapan dengan rakyat pada pilihanraya umum depan.

Muhyiddin berkata Umno tidak harus hanya menjadi parti untuk ahli-ahlinya sahaja, sebaliknya juga parti yang memberi khidmat kepada semua orang Melayu serta rakyat Malaysia. Tambahnya, sikap lama yang mengutamakan ahli untuk pemberian bantuan tertentu misalnya mesti diperbetulkan kerana semua kaum mesti dibantu. Untuk berita penuh sila klik http://www.malaysiakini.com/news/100653


Komen: Semakin ramai pimpinan UMNO mengeluarkan kenyataan yang mengakui bahawa UMNO mengalami masaalah yang amat serius. Berbagai bagai perumpamaan atau contoh untuk menggambar kan betapa kritikal nya parti UMNO ini. Pimpinan UMNO menggambarkan nya dalam bentuk yang dilihat tidak begitu ekstrem

Seperti contoh artikel diatas, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambar kan parti itu kini sudah sampai ke penghujung jalannya dan ia mesti segera berubah untuk mengembalikan pengaruhnya seperti dulu.

Aku pulak menggambar kan bahawa UMNO seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam perlahan lahan. Kapal UMNO itu tenggelam akibat perbuatan ahli dan pemimpin UMNO sendiri bukan sebab orang lain. Jangan salah kan orang lain. Pemimpin UMNO sendiri yang ajar ahli bawah jadi malas, asyik tadah tangan saja. Tak cukup dengan itu diberi 'tongkat' lagi. Bila tiba saat susah mereka ini tiada kekuatan, lantas untuk memuaskan hati mereka merosak kan kapal sebab nak menyanggah pemimpin mereka tak berani.

Mesti segera berubah, senang sahaja bunyi nya kan!. Pimpinan, ahli UMNO dan rakyat keseluruhan nya sudah tahu apa masaalah UMNO. Tan Sri Muhyiddin Yassin pun ada sebut sebahagian nya iaitu kita ini self-serving (utamakan diri), apa yang ada... mesti Umno dulu, ada kontrak... Umno dulu, kalau ada projek... Umno dulu. Kita mesti pentingkan kita dulu, yang ketua bahagian mesti jaga ketua cawangan, mesti jadi ahli dulu, padahal ahli-ahli yang di bawah itu untuk bela nasib orang Melayu di luar," katanya lagi.

Keadaan seperti ini dilihat oleh orang seperti aku sebagai UMNO bukan untuk orang MELAYU tetapi untuk 'UMNOPUTRA'. Perkara ini sudah lama berlaku, sejak aku kecil lagi. Pemimpin UMNO sedar ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sedar, tapi mengapa mereka tidak ambil kisah ?. Sebab nya senang saja, sebab masa itu mereka kuat. Sekarang UMNO sudah lemah, baru lah mereka tahu langit itu tinggi atau rendah............

Sekian komen aku..........mintak maaf atas pandangan aku ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...