Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

27 March 2009

Blog Perakbangkit menghasut 'Kill Nizar'- ADUN Titi Serong buat Lapuran Polis


Mohd.Nazmi bin Rosli a.k.a Perak Bangkit


Pejabat Perak Bangkit (AFFIN Investment Bank, Jalan Meru, Klang)


Toyota Ipsum BHA 4988, kereta perak bangkit. Foto ehsan http://politikbanjar.blogspot.com

BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai Blog yang menyiarkan satu tulisan dan belakang wanita yang ditulis dengan tatto "kill nizar" di Balai Polis Changkat Jering dan di IPD Taiping. Laporan itu telah dibuat oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Berikut ini adalah laporan penuh tersebut :

LAPORAN POLIS

Tarikh laporan : 26 Mac 2009
Nama Pelapor : YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Jawatan :ADUN Titi Serong Perak.
No. Kad pengenalan : 641102-03-5125
Alamat : No.15 Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar.
No. Talipon :019 4759697

Inilah Laporan Polis saya :-

Semasa saya melayari internet pada pagi ini 26 Mac 2006 kira-kira jam 9.00 pagi di Markaz PAS Ayer Kuning, saya sangat terkejut dengan satu laman web http://perakbangkit.blogspot.com/ (seperti yang dilampirkan) telah menulis dan menyiarkan gambar dan tulisan yang melampau dan dengan tujuan yang tidak baik.

Saya mendapati tulisan bertajuk “Kill Nizar” dan tulisan “kill nizar” pada badan wanita seperti yang disiarkan oleh penulis blog tersebut adalah sangat tidak bertanggung jawab, menghasut dan satu penghinaan.

Dipercayai ianya diterbitkan kerana berkaitan dengan pengumuman Dato’Seri Ir. Muhamaad Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS bagi PRK Bukit Gantang seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS pada 23 Mac 2009 di Padang Taman Kota Jaya Simpang.

Oleh itu saya memohon dari pihak Polis untuk mengadakan siasatan terperinci kepada penulis blog tersebut kerana ianya mengandungi unsur-unsur menghasut yang melampau diluar batas undang-undang Negara.

Laporan ini juga adalah satu laporan untuk melindungi Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dari sebarang ancaman keselamatan yang menyalahi undang-undang Negara , serta saya mendakwa sekiranya apa-apa yang berlaku kepada beliau selepas laporan ini dibuat adalah kesan dari laman blog yang menghasut ini, dan tindakan sewajarnya hendaklah diambil kepada pemilik blog ini.

Sekian laporan saya yang sebenarnya,

(YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM)

Sumber: idhamlim.blogspot.com/2009

Komen: Sesiapa yang singgah di http://perakbangkit.blogspot.com, rasa nya boleh menilai sendiri tahap kesopanan dan kesusilaan tuan punya blog trsebut. Penulisannya langsung tak bermoral dan berfikiran cetek. Blog berkenaan juga penuh dengan gambar-gambar yang boleh di kategori kan sebagai lucah atau separuh lucah.

Lapuran Polis telah dibuat dan diharap pihak Polis dapat menjalankan siasatan. Kalau mahu rakyat teramai menghormati pihak Polis, tolong jangan bersikap 'double standard'. Pemimpin kerajaan @ pemimpin UMNO tolong jangan menyebok, sebab mereka lah yang selalu membuatkan pihak berkuasa dan penjawat awam lain menjadi serba salah.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat, samaada Polis menjalankan siasatan atau tidak.

Sekian.

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...