Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

28 March 2009

Dato' Seri Dr Khir Toyo cabar Tan Sri Khalid agar membubarkan Dun Selangor

KUALA LUMPUR 28 Mac — Dato' Seri Dr Khir Toyo hari ini mencabar Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor agar membubarkan Dun Negeri bagi diadakan pilihanraya semula di Selangor. Katanya lagi, rakyat Selangor kini makin cerdik dan matang dalam membuat penilaian dan pilihan.

Beliau juga nyata berang dengan usaha Pakatan Rakyat Selangor yang jelas memburukkan namanya dalam isu Balkis sehingga menjejaskan peluangnya untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dipertanding dan diputuskan oleh seluruh perwakilan UMNO kelmarin.

Sambil mengulangi cabaran agar Tan Sri Khalid membubarkan Dun negeri Selangor, Dr Khir menaruh keyakinan dan optimis UMNO dapat merampas kembali Selangor sekiranya pilihanraya diadakan semula dengan telus dan bebas.

Sumber: Bernama

Komen Aku:
1. Agak nya Dato' Seri Dr Khir Toyo ini masih tak boleh terima kekalahan dalam pertandingan merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO. Adakah beliau ingat, kalau tidak ada isu BALKIS beliau boleh menang. Jangan bermimpi lah Dato' Seri. Ada kah Dato' Seri tak tahu yang Khairy dah rasuah perwakilan. Bukan aku yang cakap, tapi penyokong Dato' Seri sendiri dan Datuk Mukhriz yang cakap.

2. Apa sebab pula DUN Selangor perlu dibubarkan. DUN Selangor tidak ada sebarang masaalah yang memerlukan ia nya dibubarkan. Yang bermasaalah dan berkrisis sehingga sekarang pun masih belum selesai ialah DUN Perak. Sepatut nya Dato' Seri cabar lah Zambery supaya bubar kan DUN Perak.

Kalau PR tak ambil alih pentadbiran di Selangor., sampai bila pun kita semua tak tahu betapa banyak nya penyelewengan yang berlaku.

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...