Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

22 March 2009

Muhd Taib perlu satukan UMNO supaya selamat, sebelum nak satukan orang Melayu



Kalau orang Melayu hendak selamat, maka proses restorasi untuk satukan orang Melayu untuk kukuhkan diri, harus ada balik, kata calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

"Orang Melayu kena bersatu, atau kita akan ulang balik keadaan ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, kera di hutan disusukan, anak dikendong
mati kelaparan.

"Apa yang diungkapkan oleh Aminudiin Baki akan berlaku lagi. Kalau tak mahu bersatu, anak kita akan kehilangan hak," kata Muhd Taib dalam wawancara dengan Bernama.

Umno, tegas ketua penerangan Umno itu, perlu restorasi untuk mendengar suara, idea orang muda dan mengekalkan perjuangan asal.

"Seperti Restorasi Meiji kira-kira 150 tahun lepas. Dulu Jepun diperintah Shogun dan perang. Ia diambil alih dan dilakukan restorasi kesemua nilai-nilai yang baik, iaitu pendidikan dan ketaatan kepada raja, diterapkan.

"Bila rakyat kata ini apa yang mereka mahu, rakyat akan ikut. Proses restorasi ke arah perjuangan asal mesti dilakukan," tambahnya. Untuk berita penuh sila klik http://www.malaysiakini.com/news/100683


Komen: Seorang lagi pimpinan UMNO minta orang melayu bersatu. Pada dasar nya aku amat bersetuju sebab perumpamaan pun ada sebut 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Itu lah sebenar nya konsep bersatu. Ada banyak sebab aku tak bersetuju langsung dengan apa yang Tan Sri Muhammad Muhd Taib kata kan tentang 'bersatu', antara nya ialah:

1. Mengapa beliau mengambil kaedah secara borong mengatakan orang melayu tidak bersatu, walhal yang berpecah belah itu hanya lah puak-puak yang di gelar Ahli UMNO. Apa kena mengena orang Melayu keseluruhannya dengan perpecahan orang Melayu yang menjadi ahli UMNO? Orang Melayu UMNO nak bergaduh, nak berparang, nak pecah kepala, atau apa-apa pun lantak lah. Janganlah seret orang Melayu yang bukan ahli UMNO. Anda dan ahli kumpulan anda yang berpecah, jangan libat kan kami.

2. Mengapa perlu bersatu?, sebab ada perpecahan. Sebab apa ada perpecahan ?, sebab ada 2 kumpulan. Bila ada 2 kumpulan, mesti ada kumpulan baik dan kumpulan jahat. Kalau dua dua baik atau dua dua jahat, tentu tidak akan ada perpecahan. Sekarang saya nak tanya Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan jawab dengan iklas dan jujur. Kalau kumpulan yang dimaksud kan itu adalah UMNO dan PAS, aku sebagai orang melayu, yang mana satu aku perlu sertai ?.

3. Untuk bersatu, ahli kumpulan perlu kepada pemimpin. Sebagai pemimpin semesti nya ia lebih baik segala-gala dari orang yang dipimpin. Aku tahu siapa yang patut jadi pemimpin aku sebab aku ada mata, telinga dan akal. Tan Sri Muhammad Muhd Taib tentu faham sebab Tan Sri bukan kah seorang pemimpin?.

Sekian

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...