Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

05 March 2009

SMS lucah, sumbang, palsu & tipu semakin berleluasa

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sentiasa memantau perkhidmatan SMS sama ada yang dihantar oleh pengguna perseorangan atau syarikat pembekal kandungan, sebagai cara menyebarkan mesej atau pesanan pemasaran dan iklan.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Joseph Salang Gandum memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa mereka yang menyebarkan SMS lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati, menganiaya dan mengugut, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ketika menjawab soalan Raime Unggi (BN-Tenom) mengenai langkah kerajaan membendung masalah "lanun SMS" termasuk SMS berantai yang semakin berleluasa, Salang berkata terdapat dua sumber SMS iaitu daripada syarikat telekomunikasi dan pembekal kandungan di mana SMS daripada syarikat telekomunikasi dihantar dengan kod 2XXXX manakala SMS daripada syarikat pembekal kandungan berkod 3XXXX dan 6XXXX.

SMS yang dihantar dari kod 3XXXX dan 6XXXX tertakluk kepada garis panduan syarikat telekomunikasi, dan ia adalah percuma dan hanya boleh dihantar kepada pelanggan mereka saja.

"Bagi pelanggan yang tidak mahu menerima SMS ini, mereka bolehlah menaip "KELUAR" atau "OUT" kepada penghantar SMS tersebut," katanya.

Pengguna juga boleh menghubungi pemberi perkhidmatan mereka dan mengarahkan agar tiada lagi SMS promosi dihantar kepada mereka. - BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebetulan pulak, hari ini aku dapat sms (foto dibawah) dari 01952977577. Aku dapati nombor H/P nya lebih satu angka. Biasa nya ada 10 angka, tapi yang ini 11 angka. Isi nya, baca sendiri...............

Klik foto untuk paparan lebih jelas


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...