Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 March 2009

TV3 tukar strategi ? - 'Kerajaan Perpaduan' kepada 'Kerajaan Campuran'



Media terutama nya TV3 cuba adu domba @ melaga-laga kan supaya wujud keadaan berpuak-puak didalam PAS. Paling tidak pun mereka berharap supaya dalam waktu terdekat ini PAS terbahagi 2 puak ia itu satu kumpulan Tuan Guru Nik Aziz dan satu kumpulan Tuan Guru Haji Hadi. Ini dapat dilihat dari ulasan yang dibuat oleh media yang memanipulasikan dan memutar belit dengan maksimum setiap kenyataan dua pimpinan tertinggi PAS, Mursyidul Am Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung isu ‘kerajaan perpaduan’.

Nasib baik sebelum isu ini sampai ke kemuncak, dengan tiba-tiba Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali (Cikgu Pa) berkata kedua-dua kenyataan pemimpin PAS itu betul kerana kedua mereka melihat pada perspektif yang berlainan.

Malam ini (21/3/09) TV3 melalui Buletin Utama cuba lagi menjolok isu ini, tetapi kali ini mereka dah tukar istilah dari 'Kerajaan Perpaduan' kepada 'Kerajaan Campuran'. Kali ini mereka nak kena kan Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa. Bagus Nasaruddin punya jawapan. Beliau kata Cikgu Pa dah kata dua dua pandangan betul. Beliau kata lagi bahawa semua nya akan diputuskan pada muktamar nanti.

Untuk isu 'Kerajaan Perpaduan', diharap kepada ahli PAS khas nya dan penyokong am nya supaya tidak terjebak dengan adu domba mereka. Jangan jadi seperti ahli dan penyokong sebelah sana. Apabila lambat dapat air, maka ahli yang duduk di perut kapal menebuk lubang supaya cepat dapat air. Akhir nya seluruh isi kapal tenggelam. Sekarang ini pun kita sedang melihat kapal mereka sedang tenggelam sedikit demi sedikit sebab mereka yang diperut kapal tebuk lubang kecil sangat .....................

Sekian

Nota: Dengan penuh ikhlas dan jujur Presiden PAS mengenengahkan idea ini untuk difikir, dikaji dan dipertimbangkan oleh semua pihak.

Rakyat telah mengangkat dan meletakkan kita semua sebagai pemimpin, dalam kemelut suasana ekonomi yang tidak menentu dan perpaduan yang goyah ini, mereka sudah pasti mengharapkan jalan keluar yang baik dan bermakna buat semua. Tiada siapa yang mampu menerokai jalan itu melainkan kita semua yang telah mereka angkat sebagai pemimpin. Oleh itu idea Presiden PAS ini adalah suatu cadangan, suatu jalan keluar yang sewajarnya difikirkan oleh semua.

Ia boleh diterima, boleh dikritik dan boleh ditolak oleh sesiapa sahaja, apa pun sekurang-kurangnya ia telah dicetuskan dalam realiti suasana politik dan ekonomi yang sememangnya genting dan mencabar buat semua. Sebahagian artikel dari Roslan SMS (http://n32.blogspot.com/2009)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...