Former Malaysian prime minister Mahathir Mohamad gestures during an interview at his office in Kuala Lumpur March 17, 2009. Mahathir spoke of the upcoming UMNO party internal elections happening next week which will see Deputy Prime Minister Najib Razak take the helm. - Photo Reuters
KENAPA SAYA TIDAK HADIR
Dr. Mahathir Mohamad
1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.
2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.
3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.
4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.
5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.
6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.
7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.
8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?
9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.
10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.
11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.
Sumber: http://chedet.co.cc/chedetblog
Komen aku: Dalam banyak perkara, dari dulu lagi aku memang tidak setuju dengan pendapat dan ucapan Tun Mahathir. Dulu mana ada blog?, jadi nak luah perasaan dan pendapat kita pun tak boleh.
Artikel terbaru dalam blog beliau bertajuk 'kenapa saya tidak hadir' menarik perhatian aku untuk mengulas nya.
1. Semua alasan yang beliau berikan itu sebenar nya bukan alasan kenapa beliau tidak hadir. Ia nya adalah helah beliau. Mengapa aku kata begitu?. Cuba perhati kan semua alasan yang beliau beri adalah situasi @ perkara yang telah berlaku. Macam mana perkara yang sudah berlaku dijadi kan alasan mengapa beliau tidak hadir.
2. Beliau tidak beritahu samada beliau mendapat jemputan untuk hadir atau tidak. Perhimpunan sebelum ini, beliau memang dijemput.
3. Kalau masih ada yang belum tahu, aku nak beritahu bahawa Tun Mahathir sebenar nya sudah keluar dari UMNO. Beliau bukan lagi ahli UMNO. Tidak kira apa pun jawatan yang beliau pegang semasa dalam UMNO dahulu, tapi hakikat nya sekarang beliau bukan ahli UMNO. Walau apa pun alasan, beliau bukan ahli UMNO. Beliau hanya boleh hadir dan duduk di luar dewan saja macam orang lain yang bukan perwakilan.
4. Itu lah yang sebenar nya aku rasa, dibawah ini aku lampirkan salah satu komen dari blog Tun, minta maaf ye Tun !!!

Despite democracy's shortcomings, it's still an acceptable method of choosing leaders. We have to respect the wishes of the majority. Your beloved son Mukhriz is not a grassroots man, hence he was rejected. He thought- and you thought too- that he would win on account of his father's name and fame and influence. But you both have been mightily mistaken. If we believe in God, it's God will that he should not be allowed to helm the youth wing. We have to accept God's will and should not moan and groan about it after the event. It should not be a question of "sour grapes" anymore. Get on with your life, Tun!
ABI