Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

18 March 2009

Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan maruah seseorang pemimpin


Datuk Seri Mohd.Ali Rustam - Foto Reuters

Semasa isu gambar (yang diambil secara curi) ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping meletup, DS Mohd Ali Rustam turut serta memberi komen apabila ditanya wartawan. Antara lain beliau menyatakan bahawa kesediaan Elizabeth Wong Keat Ping menawarkan diri untuk meletak jawatan ada lah suatu tindakan yang wajar kerana apa yang berlaku melibatkan maruah seseorang pemimpin. "Ia bukan sesuatu yang mengejutkan.....peletakan jawatan ini bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku dalam beberapa kes terdahulu. Ini juga sebenarnya satu pengajaran kepada rakyat dan diharap dalam pilihan raya kecil dewan undangan negeri (DUN) itu kelak, pengundi tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.

Semalam (17/3/09), Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mendapati DS Mohd. Ali Rustam melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno yang melibat kan politik wang @ rasuah wang dan sebagai hukuman beliau telah tidak dibenarkan bertanding Timbalan Presiden UMNO. Aku tidak mahu komen soal hukuman dalam artikel ini, tetapi nak sebut soal maruah.

Oleh kerana DS Mohd. Ali Rustam masih mempunyai maruah maka beliau akan mengemukakan surat rayuan. Sudah tentu lah surat rayuan itu nanti akan mempertahan kan maruah beliau. Jikalau Lembaga Disiplin menerima rayuan beliau, maka plot cerita akan kembali kapada plot asal dan tutup cerita.

Bagaimana jika rayuan yang mempertahankan maruah beliau tidak di terima ?. Apa kah ada cara lain untuk mempertahankan maruah beliau ?. Ada !! dan beliau tahu cara nya, kecuali lah jika beliau memang seorang yang tidak bermaruah.

Sekian

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...