Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

14 March 2009

Kerajaan Selangor dah isytihar aset EXCO, negeri lain bila lagi ?

http://www.selangor.gov.my/selangor4/imageupload/cr_selangor-21Jul2006-220129.jpghttp://www.selangor.gov.my/imageupload/MBSelangor2-23Apr2008-100723.gif

SYABAS dan TAHNIAH kepada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar nya Tan Sri Dato' Abd.Khalid Ibrahim kerana mendahului lain-lain negeri dalam mengisytiharkan aset Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Selangor khas nya dan Kerajaan PR umum nya cuba untuk menunjuk kan ketelusan nya berkaitan imbuhan yang diperolehi oleh EXCO selangor.

Nampak nya Kerajaan Selangor memberikan respon yang amat positif terhadap titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada pembukaan persidangan DUN (10/3/09) yang antara lain menasihatkan kerajaan negeri melaksanakan secepat mungkin Pengisytiharan Harta dalam usaha meletakkan Selangor di hadapan dari aspek pelaksanaan tadbir urus yang baik.

Maklumat pengisytiharan aset membabitkan hartanah, saham, wang yang diperoleh sejak mengangkat sumpah sebagai Exco itu disiarkan menerusi laman web rasmi kerajaan negeri di alamat www.selangor.gov.my bermula lewat petang semalam (13/3/09). Di bawah ini maklumat tersebut secara umum.

1. Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok, pendapatan bulanan RM32,830.67, manakala bayaran bulanan yang ditanggungnya adalah RM2,246.92.

2. Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohd Ali memperoleh pendapatan RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan sebanyak RM12,781.

3. Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan, Yaakob Sapari memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM1,598.99.

4. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail memperoleh pendapatan RM18,122.08 dengan jumlah tanggungan RM3,830.25.

5. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM2,270.

6. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM7,238.50.

7. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM2,527.

8. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu memperoleh RM20,722.08 dengan jumlah tanggungan RM4,657.

9. Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM2,000.

10. Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong memperoleh RM23,222.08 dengan tanggungan RM2721.

Tan Sri Khalid berkata, statistik yang dilaporkan di dalam laman web itu hanyalah bagi pendapatan dan aset barisan Exco kerajaan negeri semenjak mereka mengangkat sumpah pada 24 Mac tahun lepas sehingga sekarang. Beliau turut menjelaskan mengapa kerajaan negeri tidak memasukkan maklumat aset yang dimiliki sebelum memegang jawatan sekarang.

“Selepas mendapatkan nasihat perundangan, kerajaan negeri mengambil keputusan supaya ia lebih baik untuk tidak memasukkan sebarang aset yang dimiliki Exco sebelum ini. “Ini kerana, kerajaan negeri tidak berupaya melindungi keselamatan Exco dan keluarga masing-masing serta tidak dapat memberikan perlindungan insuran bagi tujuan tersebut,” katanya. Walaubagaimana pun, maklumat perisytiharan aset yang turut memuatkan transaksi pemilikan atau pelupusan aset itu tidak melibatkan aset yang dimiliki anak-anak Exco berumur 21 tahun ke atas.

Kerajaan Negeri yang di bawah pentadbiran Barisan Nasional, bila lagi nak umum kan pengisytiharan harta ?. Entah lah, nanti mungkin diaorang jawab kita bukan tak nak isytihar harta, tapi kita takut nanti harta kita kena samun@ rompak pulak, sebab kita semua banyak duit. Lagi pun sebelum ini pun kan dah banyak rumah pemimpin UMNO/BN kena samun. Itu pasal la tak payah isytihar.

Sekian


Artikel berkaitan:
1. Selangor umum aset MB,Exco-anwaribrahimblog.com
2. Maklumat Perisytiharan Aset Exco-selangorkini.com.my

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...