Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

04 March 2009

Penstrukturan Semula Perkhidmatan Air Selangor - “Bail-out” untuk syarikat konsesi air?

[800px-Brass_water_tap-799453.jpg]

SHAH ALAM, 4 Mac: Kerajaan Pusat didakwa cuba menghalang kerajaan negeri Selangor dari memberikan bekalan air yang murah kepada rakyatnya berikutan tindakannya mengambil alih urusan menyusun semula syarikat bekalan air dari kerajaan negeri Selangor.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Media kerajaan negeri, tindakan Kerajaan Pusat mengambilalih kepimpinan untuk penstrukturan perkhidmatan industri air di Selangor adalah buktinya.

Sedangkan, pada tahun 2008, kerajaan negeri Selangor telah diberikan kepercayaan untuk memimpin penstrukturan ini. Pada 18 Februari lalu, Kerajaan Persekutuan mencelah dan mengumumkan bahawa mereka akan mengambil-alih pimpinan penstrukturan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk rundingan terus dengan syarikat-syarikat konsesi air.

Seterusnya pada 20 Februari 2009, tawaran Kerajaan Negeri Selangor telah ditolak oleh syarikat-syarikat swasta terbabit dalam penswastaan ini.

Baru-baru ini, kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat Rabu lepas telah mengadakan sesi Taklimat Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor kepada semua Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ahli-ahli Majlis Tempatan serta semua pegawai perhubungan awam di peringkat PBT.

Taklimat diberikan oleh ahli-ahli Panel Penilai Air Selangor dan pembentangan telah dibuat oleh YB Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Taklimat ini telah berjaya menjelaskan isu sebenar berkaitan penstrukturan air ini bermula dari latarbelakang, kedudukan semasa serta isu-isu utama termasuk matlamat Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu ini.

Ini selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor untuk selalunya memberi maklumat dan informasi penuh kepada rakyat di bawah prinsip urus tadbir yang baik.

Peserta taklimat juga telah dimaklumkan tentang kebenaran yang telah diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memimpin skim penstrukturan semula industri air pada tahun 2008.

Oleh itu, Kerajaan Negeri telah melantik ahli-ahli Panel Penilai Air bagi membuat kajian teliti serta menerajui pimpinan penstrukturan perkhidmatan industri air di Selangor.

Menurut kenyataan pejabat MB Selangor itu, keputusan memberi tawaran pembelian aset (RM4.6b) dan ekuiti (RM1.1b) syarikat-syarikat konsesi dari Kerajaan Negeri Selangor adalah cukup berpatutan setelah mengambil kira keuntungan semua pihak tanpamembelakangkan kepentingan rakyat Selangor. Tawaran ini, bagaimanapun dilihat oleh sesetengah pihak tidak memadai kerana belum cukup menguntungkan poket mereka yang tamak, kata kenyataan pejabat MB Selangor itu.

"Campurtangan daripada Kerajaan Persekutuan seolah-olah mahu membelakangkan hak Kerajaan Negeri Selangor seterusnya akan menguntungkan kantung sesetengah pihak.

"Keputusan Kerajaan Persekutuan juga dilihat cubaan menyekat matlamat Kerajaan Negeri yang ingin membekalkan air dengan kadar harga yang murah bagi meringankan beban penduduk Selangor dan Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri Selangor mahu mengamalkan pendekatan ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor” dengan mengambilkira kepentingan semua pihak antaranya mengekalkan dasar air percuma 20m3 serta matlamat menurunkan kadar air sekarang sebanyak 10%.

“Bail-out” yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk syarikat-syarikat konsesi air ini adalah bukti kegagalan dasar penswastaan Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional.

"Ini ternyata akan mencabar kredibiliti Kerajaan Persekutuan yang telah lama mentadbir tanpa sebarang pembaharuan berkaitan soal kebajikan kepada rakyat," kata kenyataan itu lagi.

Sumber: Siasahdaily

Komen: Memang dari awal lagi Kerajaan BN memang 'JAKI' apabila Kerajaan Negeri Selangor cuba merealisasikan salah satu manifesto mereka masa PRU 12 tempohari iaitu membekalkan air dengan kadar harga yang murah. Dalam Dewan Rakyat, kerajaan negeri dituduh nak bagi rasuah air kepada rakyat Selangor. Namun begitu dengan susah payah, akhir nya permainan kotor mereka berjaya diatasi dan merasa lah penduduk Selangor mendapat rebat air 20 m3 percuma bersamaan RM11.06. Ada seorang perempuan tukang sapu di tempat kerja aku yang gaji nya hanya RM550 sebulan, hairan macam mana sekarang boleh murah pulak. Mengapa kerajaan dulu tak bagi murah tanya nya?. Sekarang mereka cuba kacau lagi.....

Sekian

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...