Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

08 March 2009

Barangkali ramai yang sudah terlupa akan tarikh 8 Mac ini.

http://orangmelayu.com/melayu/wp-content/uploads/2008/03/carta-pai-pilihanraya-2008.JPG

Aku ambil tulisan dibawah ini dari forum tranungkite. Ditulis oleh seseorang yang menggunakan nickname mamak untuk dikongsi bersama. Bagi aku pada malam keputusan PRU 12 adalah masa-masa yang paling menggembirakan, mencemaskan, mengejutkan dan macam macam perasaan lagi. SMS dan panggilan telefon berjujai masuk bertanya kan keputusan terkini dari rakan dan kawan yang tak ada internet dan kalau ada pun banyak yang tersangkut - sangkut. Yang best nya perkembangan keputusan terkini dapat diikuti dan di kemaskini setiap saat. Ada satu laman Web (dah lupa nama-dah tua la..) memaparkan keputusan terkini untuk 20 kerusi yang diketegori kan sebagai PANAS dan bila dapat tahu Samy Vellu kalah di Sg.Siput, aku terkejut berok.
Sekian.


8 Mac adalah tarikh PRU12 2008

8 Mac adalah satu tarikh yang telah mengubah lanskap politik negara ini.

8 Mac memberi peluang Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) memerintah Perak, Kedah, P. Pinang, Selangor dan Kelantan termasuk Wilayah Persekutuan KL)

8 Mac menyebabkan BN/UMNO jatuh terduduk dan terkejut beruk.

8 Mac melihat yang pembangkang menjadi pemerintah; yang pemerintah menjadi pembangkang

8 Mac menyebabkan yang sepatutnya kalah menjadi menang; yang sepatutnya menang menang menjadi kalah.

8 Mac menyebabkan SPR, polis, agensi kerajaan lain pun pening kepala kerana tak dapat memenangkan BN.

8 Mac menyebabkan orang yang paling lama berkuasa duduk di atas telah jatuh tergolek seperti SamyVellu.

8 Mac melihat orang yang menang tidak menyangka boleh menang, dan yang kalah tidak sangka kalah.

8 Mac melihat orang gila yang berkuasa telah menjadi semakin gila dan ada yang betul-betul menjadi gila !

8 Mac menjadi saksi kebangkitan rakyat ibarat tsunami menyapu habis segala apa yang dilanda.

8 Mac melihat kaum India dan Cina telah memberi sokongan padu kepada PR

8 Mac juga melihat masih ramai lagi orang Melayu yang tak masihsedar-sedar menyokong UMNO/BN akibat kegelapan hidayah

8 Mac dilihat oleh rakyat sebagai rahmat dan ni'mat dari Allah; sedang bagi UMNO/BN sebagai bala dan malapetaka dari Allah.
dan ada banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan dengan tarikh keramat 8 MAC ini, kita fikirlah sendiri

Namun, bagi kami di DUN Changkat Jong, tanggal 8 Mac juga amat amat bermakna sekali. Tiada kata yang dapat menggambarkan suasana kemenangan ini. Hanya terkeluar dari mulut ialah ucapan syukur. Subhanallah, Alhamdulilah, Allahu Akbar !


Hanya sedikit gambar yang dapat menggambar suasana menerima kemenangan manis ini.



Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...