Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg
Showing posts with label Sukan/Sport. Show all posts
Showing posts with label Sukan/Sport. Show all posts

13 June 2012

Bekas bintang bola sepak negara Radhi Mat Din bersama Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ)




PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Tampil dalam gaya kasual - berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang - Radhi mengimbau kembali bagaimana 'runtuhnya' kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

"(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya. "Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Radhi, anak kelahiran Kedah merupakan kapten paling lama dalam skuad hijau-kuning. Pemain tengah itu pernah mewakili negara dan menempa populariti dalam liga semi pro negara sekitar 90-an. Penampilannya malam ini dilihat bagi menarik sokongan peminat bola sepak tempatan yang merindui aksi-aksi menarik sekitar zaman bola sepak tempatan yang mendapat perhatian besar ketika itu.

Ajak Dr M, Pak Lah berdemo


Berkongsi pentas bersama Mursyudul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Radhi menyuarakan kebimbanganya terhadap kemerosotan mutu bola sepak negara secara lebih serius.

"Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak," katanya.

Dalam ceramah di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Radhi membuat 'pendedahan' yang mengejutkan sebahagian penyokong yang hadir. "Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan. "Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi," katanya.

Katanya, jika usaha bagi meluluskan pemberian lesen judi tidak dihalang, apa bakal ditonton bukanlah permainan bola sepak sebenar tetapi hanyalah "lakonan permainan bola", katanya.

Radhi juga menyeru dua bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi supaya turut serta dalam perhimpunan di Istana Negara pada 3 Julai depan bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini. "Ini penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan," tambahnya. - malaysiakini.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

03 September 2010

Gaduh di Kejohanan Tenis US Open 2 Sept. 2010


The woman, in her 40s, reportedly took exception to the continual swearing of the male fan (pictured in the blue T-shirt)


After the woman slapped the man other fans became involved and tried to separate the pair


A fight broke out during Novak Djokovic's match against Philipp Petzschner. According to the fans who sat nearby, the young guy used a TON of Fx words and the lady complained. The young guy sat back down to get a sip from his drink when the grandpa physically attacked him. Not sure who started the verbal yelling first but the grandpa and the lady certainly attacked the young guy for sure.

The trio were later handcuffed and led away from the stadium. None of the fans were arrested and instead were told not to return to the U.S. Open for the foreseeable future.

......
After the delay, Djokovic (left) went on to beat Petzschner (right) in straight sets to progress to the third round

Watch the ENTIRE video.



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

16 May 2010

Badminton Piala Thomas 2010 Akhir - LIVE

Jam 2.00 petang. Walau pun Malaysia tak main, jangan ketinggalan.....
.......dan keputusan nya ialah China mengalahkan Indonesia 3-0









Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

15 May 2010

Badminton UBER CUP Final





Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

14 May 2010

Badminton Piala Thomas 2010 Separuh Akhir

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas 2010



Jepun bertemu Indonesia




Malaysia bertemu China














12 May 2010

Kejohanan bolasepak Piala Dunia: Kerajaan BN lulus lesen judi kepada Berjaya

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.

Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.

Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir. - harakahdaily.net

Aku cuma nak kata:
Ada yang kata kerajaan terpaksa meluluskan lesen judi yang di pohon oleh Kumpulan Berjaya. Betul atau tidak terpulang lah, tetapi bagi aku ada juga rasional nya. Sila baca dibawah:


Raja Petra pernah mendedahkan betapa Vincent Tan telah berbelanja Rm25 juta untuk membeli Timbalan Speaker Perak, YB Yee. Dengan melompatnya mereka, maka jatuhlah Kerajaan Perak.

Saya syak dan rasa, Najib terpaksa meluluskan Lesen Judi Bola kerana:

1. Bayar hutang pada Vincent Tan di atas jasa beliau di Perak

2. Sebagai sumber tabung pilihanraya UMNO.

Kita semua tahu, UMNO tiada duit. Nak beli YB Yee pun terpaksa mintak tolong si Vincent Tan (kawan baik Berahim PERKASA). RM25juta yang dibelanjakan Vincent Tan itu satu jumlah yang tersangat banyak.

Artikel saya sebelum ini memetik laporan Mayban Securities pada tahun 2006 yang menyatakan nilai urusniaga Judi sehari adalah RM850 juta. Yang sah pun RM850 juta sehari, yang haram pun RM850 juta sehari. Jumlah keseluruhannya adalah RM1.7billion SEHARI.

Report itu juga menyebut, sekiranya berlaku judi sukan, nilai transaksi judi akan naik dua kali ganda, yakni dalam RM1.7 billion sehari juga.

Ini bererti sepanjang perjalanan Piala Dunia selama 30 hari, jumlah yang terkumpul dari transaksi Judi adalah sekitar RM60 billion.

Kalau UMNO dapat 1/4 dari jumlah itu pun sudah mencukupi untuk mereka menghadapi Pilihanraya ke 12 yang dikatakan adakan diadakan para April 2011.

UMNO SUDAH JADI ALAT TOKEH-TOKEH JUDI. Apa nak buat???

Tulang Besi

Bagi aku, kepada yang prihatin boleh lah cuba boikot apa apa yang berkaitan dengan Kumpulan Berjaya ini. Tolong jangan pertikai antara satu dengan lain, cuba lah boikot mana yang termampu. Walau pun mungkin tak menjejaskan walau sedikit pun kepada mereka, itu bukan soal kita. Yang penting kita mainkan peranan kita masing masing setakat yang termampu untuk menunjuk kan bahawa kita tidak bersetongkol dengan mereka yang menjalankan perjudian tersebut dan pada yang meluluskan lesen nya.

Jangan pulak ada yang kata nanti kalau boikot, yang jadi mangsa nya orang kita juga iaitu orang melayu yang beragama Islam. Terjejas lah periuk nasi mereka. Kalau tak nak boikot.....,itu engkorang punya pasal.


Sekian



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

06 May 2010

Kejohanan bolasepak Piala Dunia: Kerajaan nak beri lesen pertaruhan


Kejohanan bolasepak piala dunia yang diadakan setiap 4 tahun sekali, sudah pun berpuluh kali diadakan. Sebelum ini tidak terlintas pun pihak kerajaan untuk memberi lesen judi pertaruhan sempena kejohanan tersebut.

Bekas bakal Menteri Besar Kelantan yang kempunan, Datuk Awang Adek Hussein memberikan berbagai alasan yang dangkal untuk membenarkan tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi tersebut.(baca sini)

Antara alasan nya ialah jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Kalau itu alasan nya:
1. Tidak mustahil satu hari nanti kerajaan akan membenarkan aktiviti persundalan, dadah, porno dilakukan secara sah dengan memberi lesen sebab kalau tak bagi lesen pun aktiviti ini diaorang buat juga.

2. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, seolah olah mengesahkan bahawa kegiatan judi dan pertaruhan haram (tanpa lesen) sudah tidak terkawal. Ini memberi gambaran bahawa pihak berkuasa yang bertanggungjawab tidak mampu melaksanakan tanggungjawab mereka.

3. Kata Datuk Awang Adek lagi, perjudian tanpa lesen boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram. Habis tu kalau bagi lesen...adakah kegiatan sampingan itu takkan berlaku?

4. Pada pendapat aku, kerajaan memang benar benar dah tidak ada duit. Dimana saja ada jalan boleh mendatangkan duit, kerajaan akan gunakan. Kalau tidak tak kan lah Datuk Awang Adek kata jika lesen itu dikeluarkan, hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Halal atau haram belakang kira. Agak nya sebab itu lah mutu sukan kita tak kemana pun.

5. Tolong lah malu sikit pada kenyataan seorang menteri negara jiran kita seperti dibawah:

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei) - 24/3/2010: Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.”

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

Akhir sekali aku nak minta tolong Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Dato' Harussani Zakaria keluarkan fatwa adakah judi yang dilesenkan oleh kerajaan , HALAL atau HARAM di sisi ISLAM?

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

08 March 2010

Duti Import Bugi Golf Dimansuhkan, 200 padang golf dapat manafaat...


Gambar hiasan semata mata. Diminta fokus pada gambar bugi golf saja.

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan bahawa duti import ke atas bugi golf dimansuhkan serta merta bagi memacu pertumbuhan industri golf di negara ini.

Najib mengumumkan berita baik ini untuk kira-kira 200 padang golf di negara ini apabila menyampaikan hadiah-hadiah pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank.

Pemain remaja dari Korea Selatan berusia 18 tahun, Noh Seung-yul menjuarai kejohanan itu.

"Saya dimaklumkan bahawa salah satu cara yang kita boleh bantu dalam pembangunan kualiti padang golf di negara ini serta bagi memastikan kelab golf menyediakan kemudahan lebih baik ialah dengan memberikan pertimbangan dengan memansuhkan duti import bugi di negara ini.

"Jadi, pada majlis ini, sebagai Menteri Kewangan, saya ingin mengumumkan pemansuhan serta merta duti import ke atas semua bugi golf di negara ini," kata beliau.

Beliau berkata kerajaan akan terus menyokong pertubuhan industri golf di Malaysia kerana negara ini masih menjadi destinasi yang diminati untuk sukan ini.

Tahun lepas, negara menerima 350,000 pelawat yang datang ke Malaysia di mana golf merupakan sukan sepanjang tahun.

Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada Noh yang telah menjadi tumpuan dengan mengatasi pencabar yang lebih berumur.

Pemain Korea Selatan itu akan menyambut hari lahirnya ke-19 pada 20 Mei ini.

"Jadi, kita ada pemenang yang sangat muda dan adalah baik bahawa kita ada pemenang muda.

Pada usia begitu bukan menjadi penghalang untuk menjadi juara dan ia hendaklah menjadi sumber inspirasi kepada semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menjadi juara," kata beliau.

Najib gembira bahawa kejohanan itu dapat menarik 1.2 bilion penonton di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) Datuk Robin Loh mengalu-ngalukan dengan gembiranya pemansuhan duti import itu yang katanya ialah 50 peratus.

"Kita telah mohon pemansuhan ini sejak April tahun lepas. Padang golf 18-lubang pada lazimnya memerlukan 70 hingga 80 bugi dan pemansuhan ini adalah penjimatan besar," kata beliau.

Sebagai contoh, sebuah bugi yang diimport yang berharga RM20,000 akan berharga RM35,000 dengan duti import dan cukai lain, tambah beliau. - www.bernama.com

Aku cuma nak kata:
Ayat yang paling berhemah yang boleh aku kata @ tulis ialah PM aku ini adalah seorang yang kurang cerdik. Siapa lah agak nya penasihat di keliling pinggang PM atau adakah PM diberi tekanan oleh golongan berkepentingan?. Yang aku pelik tu, dalam banyak banyak benda, macam mana DS Najib boleh terfikir nak mansuhkan yang 1 ini. Berapa peratus kah dari jumlah rakyat Malaysia yang dapat manafaat atas pemansuhan ini. Rasa aku tak sampai 1%, itu pun yang dapat ialah tuan punya padang golf @ golf resort.

Jangan marah lah kalau aku kata, untuk orang kaya dan golongan berada, nak bagi lagi kaya kerajaan akan bagi AP, mansuhkan cukai bugi golf dan kurangkan cukai perniagaan. Untuk orang miskin dan golongan rakyat bawahan, asyik aysik yang didengar ialah "...kita akan kurangkan subsidi..", "kita akan kenakan GST.."

Bugi Golf saja ke yang dimansuhkan, Kereta WV Golf tak ada pengecualian duti import ke?. Tak aci lah macam ni Datuk Seri.....dan lagi 1 nak bagitau, slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan UMNO juara rakyat ada lebih baik buang saja lah ke longkang kerana aku berpendapat slogan tersebut lama kelamaan akan menjadi senjata makan tuan kecuali lah kalau melayu masih dan mudah lupa.

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


21 December 2009

Petronas to sponsor Mercedes F1 team next year




The Petronas logo will be on the Mercedes car next year after the oil and gas company signed a sponsorship deal with the team.

Petronas, the Malaysian state oil and gas company, will sponsor the Mercedes Formula One team next season. The team, formerly Brawn GP, will become Mercedes GP Petronas with the oil company's branding across the car and team liveries in what they said is a long-term agreement.

"The new title partnership also paves the way for future collaborations between the two companies," the team said.

Mercedes said their 2010 car would be presented in its new livery for the first test of the new season at the Valencia circuit in Spain on 1 February.

Petronas, which previously sponsored the BMW-Sauber team, will continue to be the title backer of the Malaysian grand prix, the third round of the season at Sepang on 4 April.

Mercedes have signed Germany's Nico Rosberg and are widely expected to bring back the seven-times world champion Michael Schumacher as their other driver. - http://www.guardian.co.uk

---------------------------------------------------------------------------

Petronas has just moments ago announced that it will be the title sponsor of Mercedes GP! This comes as a surprise after it was widely reported that the national oil company will be ending its involvement in F1 as a team sponsor. The choice of Mercedes GP is also unexpected – after all Malaysia has its “own” team in Lotus F1.

The five-year agreement with Mercedes comes after Petronas’ deal with BMW Sauber ended in the just concluded 2009 season. Under this new deal, Petronas will be the title partner to the Silver Arrows works team, which will be officially known as the Mercedes GP Petronas Formula One Team.

The official media statement explains that “this partnership allows related business arrangements with Mercedes that will support Petronas’ international business expansion efforts, particularly in its global lubricant business. The exclusive rights of a title partner and association with the premium, internationally-renowned Mercedes brand will further enhance Petronas and Malaysia’s ongoing global brand positioning efforts. Petronas will also be able to continue to leverage on the extensive international exposure offered by the sport to grow its existing business activities.”

This tie-up also presents Petronas with the opportunity to utilise and leverage on Mercedes’ long motor sport heritage to further supplement its talent development initiatives as part of its contribution towards the development of Malaysia’s motorsports industry, it said.

Petronas will continue to be the title sponsor of the Malaysian Grand Prix, as reported earlier.

Quotes from Norbert Haug, Vice-President of Mercedes-Benz Motorsports and Ross Brawn, Team Principal are after the jump.

UPDATE: The Mercedes GP Petronas Formula One Team’s race car will make its track debut in its new livery at Valencia on 1 February to start pre-season testing ahead of the 2010 season.

Norbert Haug, Vice-President of Mercedes-Benz Motorsports

“We are very pleased to begin our long-term partnership with our new title partner PETRONAS. Daimler, our premium brand Mercedes-Benz and PETRONAS will work together both on and off the track and I am sure that everybody involved will guarantee their absolute dedication to success. PETRONAS’ home base in Kuala Lumpur is located in the middle of a fast-growing region for the automotive industry which makes this new partnership even more valuable. Within the limits of the new Formula One resource restrictions, the Mercedes GP PETRONAS Formula One Team will be well positioned to achieve our goals. We will all strive to present efficient success in the future knowing at the same time that the new Formula One season with some fundamental rule changes will be a particularly challenging one.”

Ross Brawn, Team Principal of the Mercedes GP PETRONAS Formula One Team

“Everyone at Mercedes GP is delighted to confirm our long-term agreement with PETRONAS and we look forward to working closely with our new partner in the future. The collaboration of the premium automotive brand Mercedes-Benz and a company as prestigious as PETRONAS gives our team a fantastic base from which to achieve our ambitions of competing at the top level of Formula One and building on the success of 2009 which saw the team achieve the Constructors’ and Drivers’ Championships. Our plans for the new season are progressing well, as is the development of our 2010 challenger, and we look forward to seeing the car run in the new Silver Arrows and PETRONAS livery at the Valencia test in February.”- http://paultan.org

Aku cuma nak kata:
Apa yang dilakukan oleh Petronas adalah 1 tamparan kepada DS Najib yang begitu gah mewar war kan pasukan F1 Satu Malaysia (Lotus F1). Pada pendapat aku DS Najib berhadapan dengan protes terhadap beliau secara senyap atau 'pukul anak sindir menantu'.


1.
Siapa ada perasan iklan DIGI yang pukul, bantai, tumbuk dan langgar dengan tayar kereta nombor 1 berwarna kuning. Sekarang iklan tu dah tak keluar dah. Tidak kah iklan berkenaan 'perli' 1 Malaysia tajaan DS Najib?.

2.
70 orang ahli Parlimen BN tidak hadir di Parlimen untuk mengundi bagi meluluskan bajet 2010 yang mana keputusan nya BN menang hanya dengan 3 undi. Ia nya amat memalukan DS Najib sebagai pengerusi BN dan Perdana Menteri. Siapa masih ingat, apakah yang ditekan kan oleh DS Najib masa mula-mula menjadi PM?. Beliau menekankan tentang Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Apa yang terjadi?. Lebih separuh dari Ahli Parlimen BN tak pedulikan KPI tersebut. Itu sebab mereka berani ponteng atau memang mereka sengaja boikot?. Siapa tahu kan?!.

3.
......dan yang terbaru ialah Petronas yang menaja Mercedes F1 team.

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


04 November 2009

Toyota have become the latest manufacturer to pull out of Formula One



TOKYO (AFP) 3/11/09 – Japan's Toyota Motor is to quit Formula One (F1) in a bid to slash costs as the company battles to cope with the fallout from the global recession, a newspaper said Wednesday.

Toyota will hold an extraordinary board meeting Wednesday to make a formal decision on the pullout, with president Akio Toyoda making the announcement at a news conference in Tokyo, the Mainichi Shimbun said, without citing its sources.

The world's biggest carmaker declined to comment on the report.

The Mainichi said the auto giant had earlier planned to continue its F1 participation until 2012 but decided to cut costs by making this year's season -- which ended Sunday in Abu Dhabi -- its last, the paper said.

Toyota would consider selling the team, it said.

Toyota entered F1 in 2002. It ended this season ranked fifth in the constructors' championship.

If the company's withdrawal is confirmed it would mean there would be no Japanese automakers in the world's premier autosport.

Toyota in July pulled out of hosting the Japanese Grand Prix at its Fuji Speedway circuit.

The report came just two days after Japanese tyre maker Bridgestone Corp. said it would end supplying tyres to the race next year. Bridgestone's exit from Formula One is part of an exodus by Japanese automotive industry giants from the multi-million-dollar sport amid the worst industry slump in decades.

Honda earlier sold its F1 team as the carmaker battled with the effects of a slowing world economy. - http://news.yahoo.com

-----------------------------------------------------------------------------------------------


TOKYO: Toyota Motor, semalam mengumumkan menarik diri daripada Formula Satu (F1) - menyaksikan Jepun kini tidak lagi mempunyai pasukan dalam siri kejuaraan sukan permotoran perdana.

Presiden Toyota, Akio Toyoda, memohon maaf terhadap kegagalan pasukan merakamkan sebarang kemenangan dalam perlumbaan sejak menyertai F1 pada 2002 meskipun bajet tahunan pasukan mencecah kira-kira $300 juta (RM1.5 bilion)

"Ia keputusan yang sukar tetapi memang tidak dapat dielakkan," katanya pada sidang akhbar di Tokyo. "Sejak tahun lalu keadaan ekonomi semakin buruk dan kami terpaksa bergelut dengan persoalan sama ada mahu meneruskan saingan dalam F1 atau tidak."

"Hari ini saya mengumumkan kami keluar sepenuhnya daripada F1. Dengan rendah diri saya memohon maaf kepada peminat Toyota kerana gagal meraih sebarang keputusan yang disasarkan," katanya.

Keputusan pengeluar kereta terbesar dunia itu menarik diri daripada F1 dibuat ketika industri permotoran kelihatan mula stabil selepas pasaran kenderaan merudum menjelang krisis ekonomi dunia. - Reuters


Aku cuma nak kata:

Sebelum ini hujung tahun 2008, Honda mengumumkan untuk menarik diri dari F1 2009. Baru baru ini bridgestone juga mengumumkan untuk menarik diri dari membekalkan tayar untuk F1 pada 2010 nanti . Sekarang Toyota pula tarik diri dari F1. Dalam keadaan banyak pasukan nak keluar dari F1, ada juga 'lebai malang' yang gah nak masuk ke litar F1 tahun hadapan.

Mengapa Toyota tarik diri ?. Selain dari alasan ekonomi yang tidak mengizinkan, mungkin ada faktor lain tak ?. Agak nya mungkin kerana Toyota mendapat tahu bahawa ada sebuah pasukan lumba yang baru dibentuk dan dibiayai oleh kerajaan negara tersebut dengan kerjasama syarikat swasta memasuki litar F1. Lagi pun Toyota sejak masuk F1 pada 2002, gagal mencapai sebarang kemenangan. Oleh itu daripada menghabiskan duit lagi masuk litar dan kalah pulak kepada sebuah pasukan mentah yang masih hijau, lebih baik mereka tarik diri awal awal lagi.

Kalau tak silap aku la, pasukan F1 yang dimaksudkan oleh Toyota tersebut tak lain tak bukan ialah
pasukan Formula One
1Malaysia. Jangan marah !!!..., aku mengandaikan sahaja......tak salah kan !!!!

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

17 September 2009

Anggaran perbelanjaan 1 tahun untuk pasukan F1


DS Najib kata projek ini bukan pembaziran kerana ia membabitkan sektor swasta dan akan memberi pendedahan yang besar kepada Malaysia, khususnya jenama Proton dan Lotus.


Jadi mari kita lihat berapa yang telah dibelanjakan oleh mereka dalam F1 untuk satu Tahun sahaja, perbelanjaan adalah dalam Dollar US, bukan RM apatah lagi Rupiah harap maklum.. memandangkan kita berurusan dalam USD, jadi artikel pun dalam bahasa US ..

~ Top outfits such as Ferrari and McLaren had estimated annual expenditures in 2006 of over US$400,000,000.00 (RM1.4 billion), according to one F1 publication.

~ Toro Rosso, formerly known as Minardi, was estimated to have spent US$75,000,000.00

~ Toyota is estimated to be spending US$450,000,000.00 a year but has yet to win a single race.

~ Honda, which pulled out of F1 last year due to the high cost it incurred, was also estimated to have spent US$380,000,000.00 in 2006.

~ A £40 million (RM230,000,000.00) budget cap incentive, however, has been offered to teams next year in exchange for greater technical freedom.

The cap, however, does not cover driver salaries, engine costs, marketing and promotion.

Assuming the 1 Malaysia F1 Team targets to spend according to the budget cap, its annual expenditure, less salaries, engines and marketing, should be in the region of RM230,000,000.00 .

Top-notch drivers and engines, however, do not come cheap.

Ferrari was estimated to have spent US$44 million in driver salaries in 2003 and US$175 ,000,000.00 on engines.

On the other end of the scale, however, Minardi was estimated to have spent US$500,000 on salaries and US$15,000,00.00 on engines during the same period.

But that does not take into account start-up costs.

Well... semua memakan belanja yang amat besar.. hinggakan Honda Corporation pun tak tertanggung perbelanjaan tu semua inikan pula Proton..

Dan bukankah Malaysia telah membayar kepada Jean Todd tunang Michele Yeoh hampir RM1 Juta untuk mempromosikan Malaysia?? - http://darisungaiderhaka.blogspot.com

TOKYO, 5 Dec 2008 (Bernama) -- Honda will withdraw from Formula One by the end of this year, citing deteriorating business conditions due to the global financial turmoil and the worldwide economic downturn. "Near-term uncertainty surrounding the global economy continues to grow and we expect recovery to take some time," President Takeo Fukui of Honda Motor Co., Japan's second-largest automaker, was quoted by Kyodo News Agency as saying Friday. "It was a very difficult decision," Fukui said. -- BERNAMA

Aku cuma nak kata:
Pada pendapat aku, bila Proton tak cukup duit nak taja pasukan F1 Satu Malaysia nanti, kerajaan akan naik kan cukai kenderaan yang bukan 'kereta nasional' atau yang diimport macam Toyota, Nissan, Honda dan lain-lain. Kemudian naik kan harga kereta Proton, tetapi masih murah kalau nak banding dengan yang bukan 'kereta nasional'.

Tun Mahathir yang menyokong projek pasukan F1 pula berkata pelaburan ini
100 kali lebih baik. Betul, aku tak nafikan sebab cara Tun berfikir tak sama dengan cara kita berfikir. Lagi pun kalau rugi pun bukan nya duit dia. KWSP dan tabung wang pencen sentiasa akan penuh dan sedia untuk berkorban andai diperlukan. Royalti Petronas pun banyak, tak habis pakai lagi....

Cuma yang sedih bila nak bagi sesuatu kepada rakyat, punya lah berkira.... duweratoslimaploh + duweratoslimaploh pun jadi lah !!

Sekian

03 June 2009

Pemain UPB-MyTeam tidak dapat gaji



Ada sesiapa ingat pasukan yang bernama MyTeam. OK lah, kepada yang lupa, tak ingat dan tak tahu pasukan MyTeam ini ditubuhkan melalui rancangan realiti TV3 'MyTeam' yang bertujuan mencari bakat bakat baru dalam arena bolasepak tanahair. Idea konsep MyTeam ini dicetuskan oleh Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO) dan DJ Radio Jason Lo.

Aku ada juga menonton slot rancangan 'MyTeam' tersebut. Bagi aku tak ada salah nya kalau memang bertujuan mencari bakat baru. Cuma aku mula jadi meluat menonton rancangan itu apabila TV3 melebih lebih sangat dalam memaparkan realiti sebenar pasukan tersebut. Wawancara dengan keluarga pemain yang terpilih, banyak yang lebih sudu dari kuah. Lain lah kalau dapat terpilih main dengan Manchester United ke, boleh lah kalau nak melompat ke langit.


UPB-MyTeam
(United Plantations Berhad-MyTeam Football Club) pula adalah gabungan Perak UPB Football Club dengan MyTeam. Presiden/Pengerusi Kelab ini bagi tahun 2007/08 ialah Khairy Jamaluddin, Naib Presiden/Timb. Pengerusi/Pengurus Jason Lo dan Jurulatih Bojan Hodak.

Apabila terdapat nama Khairy Jamaluddin, maka sedikit sebanyak atau mahu tidak mahu kita terpaksa membawa cerita ini kepada kaitan politik.


Aku berpendapat program MyTeam itu sendiri pun direka untuk menaik kan saham politik Khairy Jamaluddin, tetapi tidak kesampaian kerana pasukan MyTeam tidak sehebat digembar gemburkan. Lawan pun asyik kalah saja....maka Khairy tidak dapat menggunakan MyTeam sebagai batu loncatan politik nya. MyTeam kemudian bergabung menjadi UPB-MyTeam dan terus bertahan walaupun pencapaian yang kurang baik. Khairy mungkin bernasib baik kerana masa itu bapa mertua beliau 'Pak Lah' masih Perdana Menteri Malaysia.

Sama ada mahu atau tidak, sama ada dipaksa atau dengan rela maka banyak lah syarikat menaja kelab/pasukan ini.
Sebab itu lah agak nya ada pemain mengatakan bahawa"Gaji Disember, Januari dan Februari kami terima penuh. Bulan Mac, kami hanya terima separuh gaji. Separuh lagi diterima pada awal Mei lalu. Bila Pak Lah turun dari kerusi Perdana Menteri ?....dan bila turun saja maka ada syarikat yang tarik diri dari menaja kelab ini termasuk lah Air Asia.

Oleh itu tidak mustahil kelab/pasukan ini tidak akan dapat bertahan dimasa hadapan dan akhir nya berkubur apa tah lagi sekarang ini Khairy semakin disisih. Namun begitu aku 'tabik' atas strategi dan usaha beliau itu. Sekian........

-----------------------------------------------------------------------------------------------

UPB-MyTeam tak bayar gaji


APALAH malang nasib skuad UPB-MyTeam. Mereka sudah bersungguh-sungguh menunjukkan sikap profesional setiap kali berada di atas padang tetapi kelab yang diwakili pula tidak menunjukkan ciri-ciri profesional khususnya dalam menjaga kebajikan.

Kosmo! difahamkan, para pemain UPB-MyTeam kini menderita akibat tidak dibayar gaji selama dua bulan.

Tidak lagi mampu menahan derita, tiga pemain UPB-MyTeam terpaksa mendedahkan masalah dialami mereka itu kepada Kosmo! semalam.

"Pada mulanya kami ambil sikap bersabar, tunggu dan lihat. Tapi akhirnya kami tak boleh tahan lagi, terpaksa dedahkan juga kepada media supaya umum mengetahui nasib kami ini," kata salah seorang pemain UPB-MyTeam.

Menurut pemain yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang dikenakan tindakan disiplin daripada kelab terbabit, bayaran gaji untuk tiga bulan pertama musim ini diterima tepat masanya sehinggalah pada bulan Mac lalu.

"Gaji Disember, Januari dan Februari kami terima penuh. Bulan Mac, kami hanya terima separuh gaji. Separuh lagi diterima pada awal Mei lalu.

"Ini bermakna sehingga ke hari ini, kami masih belum menerima apa-apa gaji untuk bulan April dan Mei. Dua bulan gaji tertunggak dan akan menjadi tiga bulan jika ia terus tidak dibayar sehingga hujung Jun ini," jelasnya.

Seorang lagi pemain UPB-MyTeam berkata, mereka telah bersikap profesional dengan bermain bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan dari penghujung Mac sehingga penghujung Mei lalu.

"Sepanjang tempoh dua bulan tidak dibayar gaji ini, kami telah beraksi sembilan perlawanan dan menang empat kali, seri dua kali dan tewas tiga kali.

"Kalau kami tak profesional, dah lama kami sengaja biarkan pasukan tewas kesemua perlawanan itu. Bonus kemenangan pun kami tak dapat," katanya yang turut enggan didedahkan identitinya.

UPB-MyTeam kini berada di tangga ke-9 daripada 14 pasukan dalam saingan Liga Super.

Selepas 17 perlawanan, skuad berstatus kelab itu mengumpul 23 mata hasil tujuh menang, dua seri dan sembilan tewas.

Musim ini, kelab yang dibimbing Bojan Hodak dengan dibantu Khan Hung Meng serta Rashid Hassan itu hanya mendaftarkan 18 pemain; jumlah paling rendah di kalangan pasukan yang beraksi dalam Liga Super. Difahamkan, tindakan itu dibuat sebagai satu langkah penjimatan.

Seorang lagi pemain mendakwa, penarikan diri beberapa penaja utama seperti AirAsia menyebabkan UPB-MyTeam tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang kukuh seperti musim-musim sebelumnya.

"Pemain semakin merana. Hendak datang berlatih pun tiada duit. Kami juga manusia biasa, perlukan wang setiap bulan," jelas pemain tersebut. - www.kosmo.com.my

Photobucket

21 December 2008

Hari Keluarga Waris Walak Omar Abas, Kg.Sg.Sekawang, Port Dickson


Semalam (20/12/2008) - Sebanyak 30 keluarga yang berjumlah lebih kurang 200 orang termasuk kanak-kanak, anak dara & teruna, Atuk & nenek mengambil bahagian menyertai hari keluarga tersebut. Acara bermula jam 2,30 petang dengan ucapan alu-aluan dan perasmian di iringi dengan doa selamat. Acara sukaneka yang di ada kan di pantai Kg. Sg. Sekawang ini di bahagi kepada 3 kumpulan iaitu merah, kuning dan hijau. Acara yang di pertandingkan iaitu Lari dalam guni, bowling buah kelapa, baling buah dadu dan tendangan bola penalti. Sukaneka tamat lebih kurang 5.45 petang.

Sebelah malam pula, acara dimulakan dengan bacaan doa oleh imam masjid dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada yang menang dan juga yang kalah. Sebenar nya semua dapat hadiah, cuma nilai hadiah saja yang berbeza. Di samping itu masing masing menjamu selera dengan beraneka makanan, diantara nya ayam bakar berempah, udang laut bakar, daging kambing bakar, daging lembu bakar, nasi lemak, keropok lekor dan berbagai juadah lain. Acara penyampaian hadiah di selang seli kan dengan acara @ permainan yang membuatkan hadirin tak kering gusi, diantara nya joget antara suami isteri dan isteri menyusukan suami guna botol susu. Keseluruhan majlis tamat jam 12.00 malam dan aku & family bertolak balik ke Kapar walaupun tuan rumah suruh kami bermalam disana.....

Terima Kasih. Sekian

Nota: Untuk melihat & download sila klik pada slideshow atau klik disini

myLot User

06 December 2008

Honda To Quit Formula One, Citing Global Financial Crisis

TOKYO, Dec 5 (Bernama) -- Honda will withdraw from Formula One by the end of this year, citing deteriorating business conditions due to the global financial turmoil and the worldwide economic downturn. "Near-term uncertainty surrounding the global economy continues to grow and we expect recovery to take some time," President Takeo Fukui of Honda Motor Co., Japan's second-largest automaker, was quoted by Kyodo News Agency as saying Friday. "It was a very difficult decision," Fukui said. -- BERNAMA

myLot User Profile

13 November 2008

CHINA - The making of Champions…


The hardship behind China 's gold medals in Gymnastics…

the making of champions…









Kalau di Malaysia, dah lama jurulatih tu dikenakan tuduhan mendera kanak-kanak. Kalau tak pun kena serang dengan mak bapak budak-budak tu.

myLot User Profile

21 September 2008

“Nation in Distress”-Lin Hao is a true hero of China

Basketball star and flag-bearer of Chinese Delegation Yao Ming and 9 year old Lin Hao, a pupil fron quake-hit area in southwest China's Sichuan province, parade into the National Stadium at the opening ceremony of the Beijing 2008 Olympic Games in Beijing, China, Aug. 8, 2008. According to media reports, when the May 12 tremor struck, Lin Hao risked his life and suffered multiple injuries for rescuing his schoolmates from the collapsed buildings. He was later awarded the title of "Teenage Hero in Earthquake Rescue and Relief." (Xinhua/Liu Dawei)

As many all know, I did watch the opening ceremony and made a post about it underneath. What I did not know and had no idea of was the story of Lin Hao. My eyes was actually filled with tears when I read the statement below made by Vonnie and especially that line: "Because I am the class captain, if I don't do it who will?" was really touching. He was such a brave boy and deserves to be recognised! Lin Hao is a true hero of China.


I think the most heart-pounding moment was when china's team entered, the crowd roared and the little boy who survived the Sichuan earthquake who walked with Yao Ming is an amazing boy, he not only managed to save himself from the wreckage but went back in the wreckage to save his classmates and his only reason was "Because I am the class captain, if I don't do it who will?". A 9 year old boy whose maturity truly exceeds his age =D
- Vonnie @ Batgwa.Community

I was one of many people who questioned "who is that little boy?" when he came out with Yao Ming and like Vonnie said, I even thought he was Yao's son for a moment! Before all that, however, there was actually some difficulties for Lin Hao to get into the bird's nest because he wasn't an "athlete" therefore security didn't let him in. Here is an article in more detail.

Source : http://fairytale-promise.blogspot.com/ (The Chinese blog)

Komen Aku : Kisah seorang budak lelaki yang terselamat dalam kejadian gempa bumi di Sichuan, China yang patut dijadi kan satu tauladan untuk di ikuti dan di contohi. Walaubagaimana pun aku bukan nak fokus pada budak itu tapi pada bendera yang di pegang nya. Cuba perhati kan budak lelaki mangsa gempa bumi itu, mengibarkan bendera Negara China dalam keadaan terbalik sebagai simbol atau isyarat “Nation in Distress” akibat gempa bumi yang melanda.

Agak nya ini lah yang cuba nak diberi tahu oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (kickdefella.wordpress.com), bahawa mengibar bendera secara terbalik itu bukan satu kesalahan atau di anggap tidak menghormati bendera, sebalik nya untuk menunjuk kan ketidaktentuan/keadaan kesedihan/keadaan yang mendukacitakan dalam negara. Mungkin di Negara lain, berbuat begitu tidak menjadi masaalah tapi di Malaysia bagaimana???..jangan cari pasal......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...