Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

12 May 2010

Kejohanan bolasepak Piala Dunia: Kerajaan BN lulus lesen judi kepada Berjaya

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.

Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.

Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir. - harakahdaily.net

Aku cuma nak kata:
Ada yang kata kerajaan terpaksa meluluskan lesen judi yang di pohon oleh Kumpulan Berjaya. Betul atau tidak terpulang lah, tetapi bagi aku ada juga rasional nya. Sila baca dibawah:


Raja Petra pernah mendedahkan betapa Vincent Tan telah berbelanja Rm25 juta untuk membeli Timbalan Speaker Perak, YB Yee. Dengan melompatnya mereka, maka jatuhlah Kerajaan Perak.

Saya syak dan rasa, Najib terpaksa meluluskan Lesen Judi Bola kerana:

1. Bayar hutang pada Vincent Tan di atas jasa beliau di Perak

2. Sebagai sumber tabung pilihanraya UMNO.

Kita semua tahu, UMNO tiada duit. Nak beli YB Yee pun terpaksa mintak tolong si Vincent Tan (kawan baik Berahim PERKASA). RM25juta yang dibelanjakan Vincent Tan itu satu jumlah yang tersangat banyak.

Artikel saya sebelum ini memetik laporan Mayban Securities pada tahun 2006 yang menyatakan nilai urusniaga Judi sehari adalah RM850 juta. Yang sah pun RM850 juta sehari, yang haram pun RM850 juta sehari. Jumlah keseluruhannya adalah RM1.7billion SEHARI.

Report itu juga menyebut, sekiranya berlaku judi sukan, nilai transaksi judi akan naik dua kali ganda, yakni dalam RM1.7 billion sehari juga.

Ini bererti sepanjang perjalanan Piala Dunia selama 30 hari, jumlah yang terkumpul dari transaksi Judi adalah sekitar RM60 billion.

Kalau UMNO dapat 1/4 dari jumlah itu pun sudah mencukupi untuk mereka menghadapi Pilihanraya ke 12 yang dikatakan adakan diadakan para April 2011.

UMNO SUDAH JADI ALAT TOKEH-TOKEH JUDI. Apa nak buat???

Tulang Besi

Bagi aku, kepada yang prihatin boleh lah cuba boikot apa apa yang berkaitan dengan Kumpulan Berjaya ini. Tolong jangan pertikai antara satu dengan lain, cuba lah boikot mana yang termampu. Walau pun mungkin tak menjejaskan walau sedikit pun kepada mereka, itu bukan soal kita. Yang penting kita mainkan peranan kita masing masing setakat yang termampu untuk menunjuk kan bahawa kita tidak bersetongkol dengan mereka yang menjalankan perjudian tersebut dan pada yang meluluskan lesen nya.

Jangan pulak ada yang kata nanti kalau boikot, yang jadi mangsa nya orang kita juga iaitu orang melayu yang beragama Islam. Terjejas lah periuk nasi mereka. Kalau tak nak boikot.....,itu engkorang punya pasal.


Sekian



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...