Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg
Showing posts with label Perayaan. Show all posts
Showing posts with label Perayaan. Show all posts

09 September 2010

Terrible F1 Accident




SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Maaf Zahir dan Batin

Terkasar bahasa tersilap bicara ampun maaf dipinta.

Kepada yang akan pulang Berhari raya,

berhati hati di jalan raya dan Lebuhraya jangan nanti tak sempat raya.



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

05 September 2010

Iklan Raya TV3 2010 VS iklan Raya PETRONAS

KEMASKINI 8.15 mlm 5/9/2010
Dalam siaran berita perdana jam 8.00 malam, pihak TV3 telah menarik balik iklan hari raya yang mencetuskan bantahan umat Islam serta berjanji kesilapan seperti itu tidak akan berulang.



Antara adegan yang terdapat dalam iklan Raya Petronas 2010

Heboh di laman laman blog mengkritik dan menghentam iklan Hari Raya Aidilfitri 2010 terbitan TV3 yang konon nya nak tunjukan konsep 1 Malaysia, tetapi tak kena gaya. Dalam iklan tersebut macam iklan raya krismas pun ada. Beza nya kalau Krismas Santa Klaus yang bawak kereta rusa terbang, tapi dalam iklan raya ini Pak Aji yang naik beca terbang. Macam iklan raya buddha pun ada sebab ada banyak bunga teratai dan ada sikit unsur hindu.

Aku tak mahu komen dari segi agama sebab aku pun tak pandai. Bagi aku iklan raya TV3 itu kosong dan hampas. Tidak ada satu pengajaran atau mesej pun yang nak disampaikan. Amat malang lah TV3 yang telah banyak pengalaman puluhan tahun boleh buat iklan sampah macam ini. Tak kan lah di TV3 tidak ada yang kreatif dan cerdik sikit.



Nota kemaskini 5.15 ptg 6/9: Klip video di Youtube telah ditarik balik atas permintaan Grand Billiance Sdn.Bhd. (anak syarikat TV3). Siapa yang belum tengok, aku sempat 'save' dan uploadkan seperti diatas. Boleh lah anda nilai sendiri sesuai atau tidak iklan tersebut untuk hariraya umat Islam.

Dibawah ini pula iklan Raya Petronas 2010 yang bertajuk “Kisah antara 2 kampung”. Berlatar belakang kan filem klasik hitam putih. Banyak adegan nya mirip filem P.Ramlee "Madu Tiga". Iklan ini menampilkan sepasang suami isteri yang berada dalam konflik ke mana untuk merayakan Aidil Fitri, dengan pengakhiran yang melucukan tapi sarat dengan mesej bahawa di mana Hari Raya dirayakan tidak penting selagi keluarga tetap bersama dalam semangat bertolak ansur dan saling memahami.



Bila cerita pasal iklan sambutan perayaan dan hari merdeka, memang tak boleh lawan dengan buah tangan yang dihasilkan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad. Selepas beliau meninggal dunia masih belum ada yang boleh menghasilkan iklan sebaik beliau. Yang patah belum tumbuh dan yang hilang masih belum berganti.

Setiap iklan yang dihasilkan oleh beliau sarat dengan mesej dan pengajaran. Tak kurang juga mengimbau kenangan lama masa silam. Macam iklan raya bawah ini. Lupa pulak iklan raya tahun berapa ye?. Aku rasa kepada sesiapa yang berumur antara 45-50 tahun mesti dapat merasakan bahawa watak budak dalam iklan itu adalah seperti kita masa kecik kecik dulu, kan...kan... dan watak bapa, itu lah jugak watak bapa kita, tegas dan serius, kan...kan...

Al-Fatihah untuk Allahyarham... Sekian



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

18 August 2010

Kerajaan Negeri P.Pinang bagi bonus raya RM400 kepada kakitangan awam nya.



Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri P.Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng diatas keprihatinan membayar bonus RM400 kepada kakitangan awam kerajaan negeri sempena menyambut hariraya Aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi.

Walau pun tak sebanyak mana tetapi cukup bererti dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban untuk persediaan menyambut Aidilfitri.

Bagaimana pula dengan kerajaan di lain lain negeri terutama nya negeri negeri yang dikuasai oleh BN ?. Aku tanya sebab mereka ini, sikit sikit tak main la....kurang kurang pun RM1000, baru lah mereka nak bagi bonus. Kalau tak, baik tak payah bagi.

Teringat macam mana DS Shahrizat Jalil pelekeh pemberian RM100 (lump sum) kepada warga emas (baca sini). Nak dengar juga apa kata beliau tentang pemberian bonus ini, nak pelekeh juga ke....

Sekian



Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.- malaysiakini.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

16 February 2010

'TAHUN BARU CINA KEDAI DI BUKA'



Gambar ini aku ambil pada 15/2/2010 iaitu hari ke-2 Tahun Baru Cina. Tidak ada apa yang menarik nya gambar diatas kan!, tetapi bagi aku ia nya menceritakan sesuatu. Cuba perhatikan papantanda ' TAHUN BARU CINA KEDAI DIBUKA'. Mungkin tidak pelik bagi orang lain tetapi pelik bagi aku sebab tuan punya kedai ini ialah orang Cina. Dari apa yang aku perhatikan masa keluar jalan-jalan di sekitar Meru dan Klang, ada 2 lagi kedai yang tulis papantanda seperti diatas dan banyak juga kedai Cina yang menjalankan perniagaan pada hari ke-2 Tahun Baru Cina. Antara nya kedai runcit dan bengkel membaiki kenderaan.

Kalau dulu masa zaman mak ayah, aku masih ingat lagi apabila tiba Tahun Baru Cina kebanyakan keluarga masa itu terpaksa simpan stok sardin, ikan bilis dan seumpama nya kerana orang Cina masa itu sambut Tahun Baru Cina paling kurang pun seminggu. Sekarang ini mengapa ada antara mereka ini tak mahu beraya ?. Ada kah kerana :

1. Sebagai pekedai, mereka nak untung lebih sebab orang lain tutup dan dia buka.
2. Ekonomi secara keseluruhan nya tidak memberangsangkan. Kalau tutup kedai pun sewa kena bayar juga. Sewa kedai sekarang pun bukan nya murah. Oleh itu selagi boleh, kedai akan dibuka.
3. Dulu kurang saingan. Sekarang saingan makin sengit. Makin ramai antara mereka berniaga benda yang sama. Oleh itu margin keuntungan pun makin sedikit.
4. Pengguna/pembeli semakin berhati hati. Ramai antara nya sudah mula membeli kerana keperluan dan bukan nya kerana kemahuan. Apabila pelanggan semakin kurang maka perniagaan terpaksa dioptimumkan. Kalau boleh buat macam KFC, buka 365 hari setahun.

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


14 February 2010

GONG Xi Fa Cai!


Good times together... Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (middle) visiting coalition partner MCA's Open House today at Wisma MCA today, and is greeted by their president Datuk Seri Ong Tee Keat(left, seated). - Bernama pic


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut mengunjungi beberapa orang pemimpin masyarakat Tionghua

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha




Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


26 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri: Nostalgia Butterworth 1982 - 1987 (Bahagian 1)


Foto Oktober 1983-Dari kiri: Aku, Khanan,Leman (4 dari kiri) dan Amran Chan-OIC Langkawi (2 dari kanan).Yang lain tak ingat, minta maaf. (klik foto untuk besarkan)

Baru hari ini dapat meluangkan masa menulis pengalaman menarik Hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk dikongsi bersama teman dan pengunjung blog aku ini. Seperti biasa Hari raya pertama, beraya di Kg. Kuantan, rumah Mak Ngah dan ziarah pusara Arwah ayah dan emak. Kemudian terus ke Ipoh. Raya ke-2 kami ramai ramai bertolak ke rumah Kakak Ipar (Yong) di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini banyak di habis kan di rumah Yong kerana anak nya 'Adik Lia' baru bersalin pada awal Sept. 2009. So...semua nya termasuk anak anak aku nak tengok baby baru.

Oleh kerana cuti panjang, aku fikir ada baik nya aku cuba mencari semula teman teman lama sewaktu aku merantau disini dulu. Sejak aku bertukar dari Butterworth ke Kapar pada 1987 aku 'lost contact' langsung dengan rakan dan teman di B'worth. Cuma baru-baru ini aku bertemu semula dengan rakan serumah aku dulu iaitu Sulaiman Shah Hj. Mohammad (Leman) di ILSAS, Bangi.

Raya ke-4 (23/9), aku ajak anak saudara aku iaitu abang adik Lia (Along Esfairol) untuk pergi cari rumah Pak Latif, penyelia aku semasa aku bertugas di Pejabat Lukisan Lembaga Letrik Negara (L.L.N) B'worth. Nak harap aku cari sendiri, tak jumpa lah jawab nya. Semua jalan nya banyak yang berubah. Ada yang dah menjadi jalan sehala dan juga lebuhraya. Dalam perjalanan, aku sms Leman untuk dapatkan 'clue' dan dapat iaitu Permatang Tok Elong, Tanah Liat, Bukit Mertajam. Semasa melalui jalan Kubang Semang, Pmtg. Pauh terlihat sebuah kedai nasi kandar bernama Nasi Kandar Markaz. Apa yang menarik nya ialah aku lihat pelanggan beratur panjang dan 'owner' Kedai tersebut adalah orang melayu, bukan mamak penang seperti kebiasaan nya. Aku kata kat Along Esfairol untuk singgah masa balik nanti.

Akhir nya aku sampai juga di rumah Pak Latif pada waktu maghrib. Penghuni rumah, aku lihat menjenguk melalui tingkap dapur. Aku sengaja tanya adakah ini rumah Pak Latif, walaupun aku memang pasti sebab rumah itu tidak berbeza langsung sejak 23 tahun lepas. Mereka menjemput aku masuk. Pak Latip sedang solat maghrib. Lepas solat kami bersalaman dan berpelukan, maklum lah 23 tahun tak jumpa. Apa yang 'special' sangat cerita pasal Pak Latip ini?.

Dulu, tiap-tiap hari sabtu dan ahad, aku dan rakan-rakan serumah ( Leman, Khanan, Ismail, Wan Romani dan 2 lagi budak Telekom yang aku dah lupa) mesti pergi kerumah Pak Latip ini untuk 'mengaji' dan 'baca kitab'. Disamping itu, dirumah nya juga dibuat kelas tuisyen untuk budak budak sekolah. Yang bagi tuisyen ialah Leman dan seorang lagi aku lupa nama nya. Tuisyen pulak percuma. Lepas tuisyen, Pak Latip dan isteri akan jamu kita orang makan. Aku tumpang tui saja..he..he..

Dalam sembang-sembang dengan Pak Latip, isteri dan anak anak nya, mereka bagitau yang mereka kerap berhubung dengan Leman, Khanan dan Ismail. Aku saja yang lost contact. Selepas ambil nombor handphone masing masing, aku pun minta diri untuk balik dan Insyaallah akan datang besok atau lusa dengan isteri dan anak anak.

Dalam perjalanan balik singgah lah di kedai nasi kandar yang aku cerita tadi. Walaupun hujan agak lebat, aku lihat pelanggan tetap ramai. Aku pun berbaris menanti giliran. Didepan aku ada lebih kurang 10 orang. Ada yang bungkus sampai 8 bungkus sorang. Mungkin sedap la kot. Tiba giliran aku, aku ambil ayam goreng, telor dadar tebal potong tiga segi. Aku tengok dia bubuh kuah 3 jenis. Setelah menjamah nasi dan lauk yang panas, aku rasa memang lah sedap. Apa tah lagi bila nak bayar, nasi dan lauk yang aku makan cuma RM 3.50 dan teh tarik gelas besar RM 1.00, jumlah RM 4.50. Sedap dan murah. Along Esfairol kata dia pun tak pernah singgah sebelum ini. Ini first time kata nya. Kepada sesiapa yang nak cuba, boleh lah cuba, tetapi kalau rasa tak sedap jangan lah marah aku pulak. Citarasa dan selera kadang kadang berbeza. Lepas perut pun dah sengkak, kami pun balik........ ( bersambung ke Nostalgia bahagian 2, Insyaallah !)

19 September 2009

Esok Hari Raya



Allahu Akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar… Laa Ilaa HaillAllah HuAllahu Akbar… Allahu Akbar Walilla hilham !

Pejam celik pejam celik, bulan ramadhan berlalu pergi dan esok 1 Syawal menjelang tiba. Seperti tahun tahun lepas, raya pertama aku akan ziarah pusara emak dan ayah di Kg.Kuantan sebelum kampung orang rumah di Ipoh.

Dikesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf kepada pengunjung blog ini dan yang mengenali diri aku ini. Maklum lah kita manusia biasa yang tidak lari dari cacat cela. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

Terdengar lagi laungan takbir! Allahu akhbar! Wallilla ilham!
Selamat Hari Raya kepada semua!

15 September 2009

Tol Percuma di Lebuhraya LPT dan KL-Karak sempena Hari Raya

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan menikmati laluan tol percuma sempena Aidilfitri pada awal pagi Jumaat dan Khamis depan.

Tawaran itu adalah bagi perjalanan mulai jam 12 tengah malam hingga 5 pagi pada dua hari berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi MTD, Datuk Azmil Khalid, berkata kemudahan itu diberikan untuk menggalakan pegguna merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan.- berita harian online

Aku cuma nak kata:
Tahniah dan terima kasih patut diucapkan kepada pengurusan kedua-dua lebuhraya itu. Nampaknya, hanya orang Pantai Timur yang berada di Lembah Kelang sahaja bakal mendapat faedah ini. Sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh pihak terbabit selama ini. Bagaimana dengan pengurusan lebuhraya yang lain. Tidak mahu kah memberi laluan tol percuma atau setidak tidak pun sedikit potongan 'discount'. Lepas lah juga duit tol itu untuk tampung isi minyak petrol. Minyak Petrol pun baru saja naik, kan...!

Nak ingat kan juga, jangan salah faham. Tak payah bayar tol tu cuma 2 hari sahaja tau!. Hari jumaat (18/9) dan hari Khamis (24/9) dan bukan nya jumaat sampai khamis depan.

Dalam pada itu Orang ramai yang nak balik kampung juga diharap lebih berhati-hati semasa dijalanraya atau lebuhraya. Ingatlah "Biar Lambat asal selamat" di sepanjang perjalanan menjelang hari raya ini.


Sekian

07 December 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha - 8 Disember



Kepada Muslimin dan Muslimat semua, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha yang akan disambut Isnin ini, tidak kira dimana sahaja anda semua berada. Maafkan aku jikalau ada terbuat salah dan silap ^__^

' Semoga semangat pengorbanan menjadi pegangan hidup kita sebagai seorang Muslim '

myLot User Profile

05 December 2008

Sebelum Shah Rukh Khan jejaki bumi Melaka


LanH
Fri | Dec 05, 08 | 8:58:08 pm MYT


Esok (Sabtu, 6 Disember), bintang Bollywood, Shah Rukh Khan akan menjejak dan menggemparkan bumi Melaka. Beliau bakal bergelar Dato' atau Dato' Wira atau Dato' Kehormat Shah Rukh Khan. Selepas ini maka terkenallah Melaka seantero dunia.

Pelbagai program telah diaturkan untuk Dato' Shah Rukh Khan. Antaranya, seperti diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato' Wira Omar Kaseh dalam kenyataannya sebelum ini seperti dilaporkan Malaysiakini:

"Istiadat penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada Shah Rukh akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada jam 10 pagi hari berkenaan.

Di majlis itu, Shah Rukh akan berpakaian baju Melayu serba hitam dan bersongkok - satu-satunya artis Bollywood yang diberi penghormatan memakai busana baju kebangsaan yang pasti akan ditonton di seluruh dunia.

Seramai 1,000 orang akan dijemput ke majlis tersebut dan ia terhad kepada jemputan sahaja. Menurutnya, Shah Rukh akan berada di Melaka selama sehari dan akan melakukan lawatan ke beberapa tempat terkenal di kawasan Melaka bandaraya warisan dunia.

Satu sidang akhbar bersama Shah Rukh dengan Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam pula akan diadakan selepas istiadat penganugerahan iaitu pada jam 12 tengah hari di Dewan Seri Negeri. Sepanjang sehari di Melaka, Shah Rukh akan melawat Menara Taming Sari, menaiki beca ke jam besar melalui Jalan Quayside, mengunjungi Eye On Malaysia, pentas Jonker Walk dan kemudiannya menaiki buggy hingga ke Padang Nyiru. Shah Rukh juga akan melawat sekitar Kampung Morten dan kemudiannya akan bertemu peminat di Dataran MBMB (Majlis Bandaran Melaka Bersejarah) pada jam 4.45 petang.

MBMB juga akan mengadakan konsert 'Jom ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia' di Dataran MBMB pada 6 Disember sempena meraikan penganugerahan watikah pengisytiharan Melaka sebagai bandaraya warisan dunia di Kuala Lumpur pada 22 November lalu. Beberapa penyanyi jemputan akan mengadakan persembahan mulai jam 4.30 petang hingga 6.30 petang, antaranya Mila, Salwa Abdul Rahman, Dato' Malek Riduan, Vienda, Zul Eda, Othman Hamzah dan artis-artis lain.

Shah Rukh akan singgah bertemu peminat pada konsert itu kira-kira 30 minit sebelum berlepas ke KLIA untuk pulang ke Mumbai pada jam 8 malam."

Sebagai penulis beragama Islam kelahiran Melaka, saya berasa amat dukacita dan bertanggungjawab untuk mengingatkan diri saya dan rakyat Melaka berhubung sambutan besar-besaran bintang Bollywood ini.

Di sini saya perturunkan apa yang telah diperkatakan dan diajar oleh ustaz-ustaz di masjid sepanjang saya mengikuti kuliah antara Maghrib-Isyak dan kuliah Subuh. Sesetengahnya diajar dalam masjid-masjid di negeri kelahiranku, Melaka negeri Hang Tuah. Jadi kalau nasihat ustaz dann tuan guru di negeri sendiri tidak mahu didengar, mahu dengar cakap siapa?


Wahai saudara-saudaraku, 10 hari pertama bulan Zulhijah adalah saat terbaik untuk mendekati diri kepada Allah SWT. Ketika ini lebih dua juta jemaah sedang berhimpun di Tanah Suci. Pada tanggal 8 Zulhijah (6 Disember), jemaah termasuk lebih 26,000 orang dari Malaysia termasuk orang Melaka akan bertolak ke Arafah. Pada tanggal 9 Zulhijah (7 Disember), jemaah haji akan wukuf di Arafah. Wukuf adalah rukun haji. Tiada wukuf tiadalah haji. Wukuf atau Hari Arafah adalah sebaik-baik hari untuk seorang Muslim mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.


Saiyidatina 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda mafhumnya: "Tidak ada hari yang lebih banyak Allah Taala memerdekaan hamba-Nya daripada api neraka selain daripada Hari Arafah (Hari Wukuf) dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta berfirman apa yang dikehendaki oleh mereka."


Tuan Guru berpesan bersungguh-sungguh; puasalah kamu pada Hari Wukuf kerana ganjarannya sangatlah besar. Jadi puasalah pada hari Ahad ini (7 Disember). Berdoalah banyak-banyak untuk keselamatan ibu bapa, saudara-mara dan kaum kerabat yang kini berada di Tanah Suci. Mereka sedang diuji Allah SWT di Padang Arafah, di Muzdalifah, di Mina dan tatkala melontar Jamrah.


Jadi wahai saudara-saudaraku yang mulia; bagaimana kita boleh tergamak melanggar atau tidak mengikut kata Tuan Guru dengan kita mahu mengagung-agungkan seorang bintang filem, bintang Hindustan ketika umat Islam di Tanah Suci (di Arafah, Muzdalifah dan Mina) yang mungkin ibu bapa atau saudara-mara kita sedang berdoa dan merintih kepada Allah. Antara rintihan mereka: "Ya Allah, Ya Allah selamatkan kami, Ya Allah selamatkan negara kami; Ya Allah Kau selamatkan kaum kerabat kami, Ya Allah Kau selamatkan negeri dan Ya Allah Kau selamatkan kampung halaman kami bahkan ada yang merintih Ya Allah Kau selamatkanlah pemimpin kami! Ya Allah Kau selamatkan kami daripada neraka-Mu.>"


Jadi adakah kita anak-anak jemaah haji yang ditinggalkan di tanah air sanggup berhibur, berpesta, berkonsert sedangkan mak bapak kita sedang melalui ujian paling besar daripada Allah SWT di Tanah Suci? Tahun sebelum ini ratusan jemaah mati dalam rempuhan di Jamrah, adakah kita tidak insaf wahai saudara-saudaraku!


Berkorbanlah wahai saudara-saudaraku. Berkorbanlah untuk meninggalkan maksiat sebelum terlambat. Bumi Aceh sudah menerima bahananya pada 2004 dulu, apakah bumi Melaka atau orang Melaka boleh menghalang jika Allah SWT mahu mendatangkan ujian-Nya?


Insaflah, insaflah, insaflah wahai orang Melaka. Dengar dan turutilah cakap-cakap ustaz dan tuan guru yang mengajar di masjid-masjid di negeri kita itu! Semoga Allah selamatkan bumi Melaka, pemimpin dan rakyatnya! Amin.


Sumber: http://www.harakahdaily.net

Link berkaitan:
1. Shah Rukh Khan accepted Datukship -
http://lookattrue.wordpress.com



myLot User Profile

02 October 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Ikan Bakar cicah air asam

Siang tadi aku, Angah & isteri aku pergi TESCO Ipoh. Kami cadang nak makan ikan bakar malam ni. Kitaorang beli Kerang, ikan Siakap & ikan cencaru @ ikan jaket. Balik dari TESCO, Angah dan yang lain-lain yang buat semua dari siang ikan dan menyediakan tempat bakar. Aku cuma jadi tukang sibuk dan last-last bukak notebook aku ni dan taip lah cerita ni..he..he.. Kat laman tu diaorang sedang bakar ikan la.... ikan bakar & kerang bakar cicah air asam, makan dengan nasi goreng ...sedap wooooiiii.....

Dia orang dah panggil makan. Dah siap la tu. Perut pun memang dah lapar ni....OK sambung lain kali

Sebelum makan Affan baca doa selamat, kami semua tukang Amin aje..




01 October 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - Sudah berada di Ipoh, Perak

Bergambar ramai dengan adik beradik sebelah aku di rumah Mak Ngah (adik mak aku)

Sekarang aku berada di rumah Angah di Ipoh, tengah lepak. Nasib baik Angah dah masuk Streamyx, jadi takde masalah aku nak update blog aku. Selepas ziarah pusara emak dan ayah pagi tadi, aku & famili singgah berhari raya di rumah adik emak aku ( Mak Ngah). Lepas Zohor (lebih kurang jam 2.00 ptg.) berangkat ke Ipoh, Perak. Ikut jalan biasa melalui Tanjung Karang, Sabak Bernam. Sebelum sampai Teluk Intan, ambil jalan pintas melalui Seberang Perak melalui sawah padi yang luas terbentang. Oleh kerana padi telah dituai dan musim menanam pun belum bermula maka banyak lah burung-burung bangau mencari anak-anak ikan dipetak sawah. Pemandangan nya memang cantik tapi sayang tak dapat ambil gambar.

Aku tak lalu ikut highway sebab tak mahu bayar tol. Dah lah minyak petrol mahal giler, tol pun sama jugak, cekik darah. Kali terakhir aku melalui lebuhraya tol utara selatan dari Klang ke Ipoh, tol yang terpaksa aku bayar ialah sebanyak RM23.00 sehala. Sekarang berapa ??? aku tak tahu. Aku pun bukan nya perlu cepat atau emergency nak sampai cepat di Ipoh. Lagi pun jalan biasa yang dulu nya satu lorong telah di upgrade kepada dua lorong. Nak speeding pun no problem, tapi takut kena speed trap..so aku bawah slow aje la...Sampai di Ipoh jam 6.00 petang, terus pergi pusara emak mertua sebelum ke rumah Angah.
Sekian.

Untuk mengetahui berapa harga tol sila klik Plus highway malaysia

30 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - Satu catatan ringkas

Kami kru yang mengendalikan laman blog ini (sebenar nya aku sorang aje dong.. ) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat dimana sahaja anda berada, juga kepada pengunjung yang pernah singgah di blog ini, mohon ampun maaf zahir dan batin. Walau pun hanya sekadar Blog tapi bagi aku ia mampu membuat orang ketawa, menangis, hiba, insaf, marah, geram, sakit hati dan yang paling bahaya ia lah membuat orang boleh ditahan tanpa bicara...Akta apa itu???

Hari ini hari terakhir berpuasa di bulan Ramadhan. Besok 1 Syawal (1 Oktober 2008) dan semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi kanak-kanak memang ia amat menyeronok kan, dapat baju & kasut baru, dapat duit raya, main bunga api ( boleh ke ??..aku tak pasti). Mereka tidak peduli bapak ada duit ke tidak untuk beli keperluan mereka..., begitu lah seronok nya jadi kanak-kanak. Aku terkenang masa umur 5 atau 6 tahun, bagaimana aku tidur dengan kasut baru pada malam hari raya, emak dan bapak aku nak tanggalkan, aku tak bagi. Anak bongsu aku pun buat benda yang sama macam aku... Seronok kan jadi bebudak!!!, tapi P.Ramlee dah tulis dalam lagu yang aku tak boleh dengar bila hari raya iaitu 'Dendang Perantau'.Aku akan menangis bila dengar lagu ini dalam suasana hari raya, tapi hari lain OK pulak !!!. Bait bait nya yang berbunyi :

apa kan daya masa tak akan kembali...
hancur musnah lah semua nya..
impian yang murni tinggal menjadi, kenang kenangan ku
hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang Perantau.

Bagi remaja lain pula, kadang-kadang kerenah mereka lebih teruk dari kanak-kanak. Mereka akan berpasang-pasangan kesana kemari atas tiket hari raya. Di rumah mereka akan menghadap TV. Mereka tidak mahu menziarahi kaum keluarga / saudara mara walau pun dipaksa. Mereka hanya dengan kumpulan mereka. Walau pun tidak semua begitu, tapi itu lah realiti nya. Bagi Ibu & bapa pulak keadaan bercampur baur. Gembira ada, sedih ada, Pening kepala pun ada.
Bagi aku, aku gembira menyambut hari raya tahun ini kerana anak-anak telah membesar dan keluarga aku, Allahdulillah seperti 'rumah ku surga ku'. Cuma oleh kerana harga barang yang melambung naik yang disebab kan oleh kenaikan harga minyak menyebab kan aku sekeluarga membeli keperluan ala kadar saja sebab lepas raya kita masih perlu terus kan kehidupan kan....!!!

http://sudirmandua.com/wp-content/uploads/2008/05/pix2.jpg

Aku jugak sedih dan insaf kerana ada antara kawan dan rakan aku telah tiada. Hari raya tahun tahun lepas mereka ada tapi hari raya tahun ini mereka telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah untuk mereka. Insaf kerana mungkin tahun depan aku jugak mungkin tak berpeluang menyambut Hari raya seperti mereka.
Seperti Hari raya yang lepas lepas, aku sekeluarga akan menziarahi pusara ibu dan bapa di Kg.Kuantan, Kuala Selangor. Selepas itu terus ke Ipoh untuk menziarahi pusara ibu dan bapa isteri aku dan berhari raya disana. Hari Isnin kembali bekerja.... Sekian.

Allah Hu Akbar !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...