Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg
Showing posts with label Sultan/Raja. Show all posts
Showing posts with label Sultan/Raja. Show all posts

26 November 2012

Islam diantara dua darjat dan cakap tak serupa bikin


Sultan Pahang dukacita dengan kenyataan Nurul Izzah
KUANTAN 15 Nov. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.

"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.

"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini hari ini.

Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.

"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda.

"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya.

Pada 3 November lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?", di Subang Jaya pada 3 November.

Dalam pada itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan pihak dan kenyataan sedemikian yang boleh membawa kepada penyelewengan dan merosakkkan akidah umat Islam.

"Jangan ikut kehendak pemikiran yang boleh merosakkan akidah... ini salah satu usaha yang dilakukan oleh musuh Islam yang suka hendak menyeleweng akidah umat Islam dengan cara meragukan orang Islam dengan pemikiran yang menyimpang (dari ajaran Islam sebenar)," katanya. - BERNAMA - http://www.utusan.com.my/utusan/DalamNegeri
-------------------------------------------------------------------------------------
Aku cuma nak kata: 
Sementara itu dibawah ini adalah video majlis harijadi Sultan Pahang dan Putera nya yang gilang gemilang. Putera Sultan Pahang bernama Putera Falaq berusia 18 tahun dan Sultan pahang pula berusia 81 tahun ketika majlis itu disambut tahun lepas 2011. Itu sebab guna 18 dan 81. Hebat. Moga sihat selalu dan panjang umur. Daulat tuanku.
  
 Sambutan Hari Lahir Ketua Agama Pahang
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

19 September 2010

Tuanku Faris Petra, Tuan Guru Nik Aziz & Zahid Md Arip

Foto-foto di bawah diambil selepas Solat Jumaat pertama Tuanku Faris sebagai Sultan Kelantan di Masjid Muhammadi. Yang menarik ialah bagaimana baginda memberi penghormatan kepada Tuan Guru Nik Aziz dan bandingkan lah dengan caci maki oleh orang yang bernama Zahid Md Arip dalam klip video dibawah sekali dalam posting ini. Sumber foto: www.perisik-rakyat.com


Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...


Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini"


Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan...


Photo 4: "Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan...


Photo 5: Gabungan 3 posisi penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan... Tuanku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra, Imam Besar Masjid Muhammadi dan juga Tuan Guru Menteri Besar Kelantan...


Photo 6: Para makmum beratur mengikut giliran untuk beramah mesra dengan 3 orang penting dalam Negeri Kelantan...

BANDINGKAN & NILAI LAH SENDIRI

Dibawah adalah klip video ceramah yang memaki hamun Tuan Guru Nik Aziz (march 2010) yang bertempat di Klang Jalan Kebun anjuran UMNO Bahagian Kota Raja oleh cucu saudara Allahyarham Tun Ghafar Baba bernama Zahid Md Arip. Klip video ini memang dah lama berada di youtube.

Siapa dia ni?. Dia adalah ahli UMNO yang kemudian meninggalkan UMNO, masuk PKR. Dapat jawatan Timbalan Ketua Pemuda PKR. Kemudian keluar PKR masuk semula UMNO dan menjadi penceramah UMNO tegar dan dia juga adalah Ahli Dewan Tertinggi PERKASA. Di pendekkan cerita, dia ini lebih kurang sama dengan Dato' Ibrahim Ali dalam bab lompat melompat. Seorang yang tidak ada pendirian yang tetap. Macam Abdullah bin Ubai pun ada jugak dia ni....



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

11 June 2010

Istana Johor tarik balik darjah kebesaran


Gambar hiasan - banyak nya pingat diaorang


Gambar hiasan - "boleh tak bagi saya yang ini"

Tiba tiba saja isu anugerah sultan ini timbul. 4 orang penerima anugerah yang ditarik balik itu ialah :
1. Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (Wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo)
2. Komander Shaftdean Lufty Rusland (suami kepada Tunku Muna Najiah Sultan Iskandar)
3. Datuk Chua Jui Meng (bekas Menteri Kesihatan)
4. Hassan Yunos (peguam)

Memang lah tidak ada siapa yang boleh pertikaikan apabila Sultan atau raja menarik balik darjah kebesaran yang telah diberikan, cuma ia akan menjadi pelik dan menyebabkan spekulasi yang sedikit sebanyak akan menjatuhkan maruah sultan atau raja itu sendiri jika penarikan itu tidak diberitahu apa sebab nya. Jangan lah marah pulak kalau ramai orang kata antara sebab nya ialah tekanan politik.

Ambil saja contoh Datuk Dr Chua Jui Meng. Beliau kelihatan bersih, cuma masaalah nya beliau adalah ahli PKR. Ada seorang lagi bernama Chua yang bukan saja memalukan diri nya sendiri, keluarga nya, parti yang disertai nya malah negeri Johor yang dia adalah wakil rakyat disana. Chua yang dimaksud kan tak lain tak bukan ialah Chua Soi Lek. yang semua orang tahu moral nya. Sepatut nya antara 2 Chua ini, siapa yang lebih layak di tarik gelaran nya ?. Chua Soi Lek atau Chua Jui Meng atau kalau tidak pun tarik dua dua sekali.

Dari pengalaman, pada pendapat aku Sultan ke, raja ke, bos ke, mereka ini ramai yang OK. Yang tak OK nya adalah orang orang di sekeliling mereka yang lebih sudu dari kuah. Aku pernah 2,3 kali 'face to face' dengan Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Almarhum cukup 'low profile' dan tidak mementingkan protokol. Pegawai keliling Almarhum saja yang banyak songel.

OK lah tak mahu cerita banyak banyak pasal sultan atau raja ni nanti tak pasal pasal kena 'charge' itu dan ini, lagi pun bukan kah mereka ini 'superior'. Apa tah lagi orang besar besar kaki ampu ramai lagi yang berebut nak kan pingat dan anugerah tersebut.

Akhir kata, aku cuma tak mahu institusi sultan dan raja melayu di Malaysia ini nanti akan jadi macam waris walak Sultan Singapura. Simpang malaikat 44.......

Sekian. Ampun Tuanku !!.


Chua Jui Meng, Sharifah Mazlina antara 4 ditarik gelaran

JOHOR BAHRU: Jumaah Majlis Diraja Johor sebentar tadi mengesahkan penarikan balik darjah kebesaran terhadap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dan tiga lagi yang membawa gelaran Datuk.

Tiga lagi ialah wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, dan dua individu lain, Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos.

Shaftdean Lutfy adalah suami kepada Tunku Muna Najiah Sultan Iskandar manakala Hassan seorang peguam.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran adalah “melampaui politik.”

“Tidak wujud keadaan yang dikatakan sebagai tekanan politik untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran itu. Sultan Johor tidak mempunyai kaitan dengan politik. Ahli politik tidak mempunyai hak dalam perkara ini,” kata beliau pada sidang media di Istana Besar, hari ini.

Sultan Johor katanya, berkuasa penuh terhadap perkara itu di bawah Fasal 12 Undang-undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895.

Ditanya mengenai sebab disebalik langkah penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Chua itu, Abdul Rahim berkata, Sultan Johor tidak perlu memberikan sebab kerana itu adalah kuasa baginda. Sumber : Bharian.com.my


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

09 May 2010

Krisis Istana Kelantan: Pendedahan kekanda Sultan Kelantan, Tengku Salwani


TENGKU Muhammad Faris Petra mengimamkan solat hajat mendoakan kesejahteraan kesihatan Sultan Kelantan yang ketika itu sedang gering dalam rawatan di Singapura di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu-14/1/2010).

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra, kekanda Sultan Kelantan, mendakwa Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra menderita lebih sembilan tahun dengan diberikan pelbagai tekanan oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam kemunculan sidang media pertama di sebalik krisis Istana Kelantan, Tengku Salwani berkata, Pemangku Raja yang merupakan putera sulong Sultan Kelantan “telah dibuat semacam robot walaupun umur telah meningkat ke 40 tahun, masih lagi diperlakukan seumpama kanak-kanak.”

Tengku Salwani, kekanda ketiga Sultan Kelantan mengadakan sidang media bersama kekanda nya Tengku Datuk Rozan di sini hari ini.

Bagaimanapun Tengku Salwani tidak menyatakan bentuk tekanan dan siapa yang bertindak secara langsung.

“Syukurlah pada hari ini Pemangku Raja Kelantan telah diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. dan matang dalam menangani krisis yang berlaku kini.

“Pemangku Raja Kelantan bertindak matang dengan merujuk sesuatu perkara kepada pakar dalam bidang yang berkaitan dan dilaksanakan dengan berhati-hati,” kata Tengku Salwani dengan membacakan teks kenyataan yang disediakan.

Tengku Rozan juga membacakan kenyataannya yang berasingan pada sidang media diadakan di Rumah Kelantan di sini ketika Mahkamah Khas membuat persediaan untuk mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh Tengku Temenggong untuk membawa keluar Sultan Kelantan dari Hospital Universiti Sains Malaysian (HUSM).

Sultan Kelantan sedang menerima rawatan susulan di HUSM selepas rancangan untuk membawa baginda ke Singapura terhalang.

Sambil mengatakan bahawa krisis semasa akan selesai jika setiap kerabat diraja mengikut nasihat Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin negara, Tengku Salwani memberitahu Pemangku Raja sentiasa bertindak adil dan tenang dalam menghadapi tindakan mahkamah ke atas baginda.

“Ia hanya dengan mempertahankan diri dan tidak memulakan sesuatu tindakan,” katanya.

Kenyataan Tengku Rozan juga mempertahankan tindakan Pemangku Raja Kelantan khususnya dalam soal rawatan susulan di HUSM, yang didakwa sesetengah pihak sebagai “tindakan mengurung” Sultan Kelantan.

Menceritakan perkembangan di HUSM, Tengku Salwani berkata, Pemangku Raja Kelantan telah mengeluarkan titah arahan kepada polis untuk mengawal bilik rawatan Sultan Kelantan dan meminta supaya mereka yang membuat kecoh dan memaki hamun di bilik rawatan agar dikeluarkan.

“Pihak polis menjalankan arahan untuk menjamin keselamatan dan rawatan yang sempurna dapat diberikan kepada Tuanku Sultan.

“Nama yang diberikan kepada polis adalah nama yang dijangka tidak mengakibatkan huru-hara.

“Nama yang lain boleh dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran Pemangku Raja Kelantan terlebih dahulu,” katanya.

Tengku Salwani seterusnya berkata Raja Perempuan tidak membenarkan orang-orang yang tidak dipercayainya termasuk doktor dan alim ulama menziarahi Sultan Kelantan.

Apa yang berlaku pada 4 Mei lalu, menurut Tengku Salwani ialah Raja Perempuan dan Tengku Merjan telah berada di luar wad diraja HUSM selama sejam kerana pada masa berkenaan Pemangku Raja Kelantan berada di wad Sultan Kelantan.

“Pihak polis menerima arahan pada waktu itu supaya tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke wad Tuanku.

“Semasa titah arahan diberikan Raja Perempuan Kelantan pulang ke Istana Mahkota untuk tujuan-tujuan yang baginda sahaja yang tahu.

“Arahan diberikan kepada pihak polis untuk mengawal hanyalah kerana sikap beberapa orang yang memaki-hamun pihak tertentu di dalam wad Tuanku.

“Inilah puncanya Tuanku menjadi ‘stress’ kerana gangguan daripada orang-orang tertentu yang melawat Tuanku,” katanya.

Tengku Salwani berkata, beliau yakin ada maklumat mengenai orang-orang yang memaki-hamun dan mengeluarkan kata-kata sinis kepada pegawai-pegawai dan pihak polis termasuklah kakitangan HUSM dan kakitangan kerajaan.

“Saya amat berharap agar perkara ini dapat didedahkan kepada umum jika keadaan memerlukan,” kata Tengku Salwani lagi. - Malaysian Insider

Aku cuma nak kata:
Istana Kelantan dari dulu hingga sekarang tidak sunyi dari pergolakan. Sama ada dicetuskan dari dalam istana sendiri mau pun orang orang politik dari luar istana. Memandangkan di Kelantan persaingan politik PAS dan UMNO agak seimbang tetapi sengit, maka pesaing masing masing akan cuba menggunakan pengaruh istana. Tidak ada sesiapa yang boleh nafikan bahawa ia nya memang berlaku. Tanya Ibrahim Ali, Anuar Musa dan Tengku Razaleigh, mereka ini pasti tahu dan tidak boleh menafikan.

PAS yang dalam susah payah memerintah Kelantan sejak 1990, sedikit sebanyak mungkin berjaya juga menyuntik doktrin Islam kedalam sebahagian ahli keluarga diraja terutama nya kepada pemangku raja , Tengku Muhd Faris Petra. Baginda disenangi oleh majoriti rakyat Kelantan. Aku ada juga bertanya dengan segelintir rakyat Kelantan yang berada disini dan mereka juga memberi pengakuan yang sama. Tengku Muhd Faris Petra adalah seorang raja yang menyerlahkan ajaran Islam dalam kehidupan baginda. Baginda juga seorang raja yang prihatin dan tidak mementingkan protokol di mana rakyat boleh berjumpa dengan baginda pada bila-bila masa dan di mana-mana.


Tengku Faris bersama MB Kelantan dalam satu majlis tidak lama dulu


Dalam salah satu lawatan baginda....

Pada pandangan dan khabar angin yang aku dengar, ada banyak pihak yang tidak mahu pemangku raja yang ada sekarang ini naik menjadi Sultan menggantikan ayahanda nya. Ini lah punca krisis (pendapat aku) dan apabila Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra, kekanda Sultan Kelantan buat pertama kali mendedahkan ada nya tekanan kepada pemangku raja, aku semakin percaya bahawa khabar angin tersebut ada asas nya.

Bagi aku, krisis ini semakin meruncing adalah kerana, mungkin pemangku raja telah dapat membaca mengapa ada yang beria-ia ingin membawa Sultan Kelantan ke Singapura. Adalah tidak mustahil dengan membawa Sultan ke Singapura dapat lah pemangku raja dijauhkan dari Sultan dan boleh lah pihak tertentu itu
menpengaruhi wasiat pelantikan raja. Buat masa ini pemangku sultan yakni Tengku Muhd. Faris Petra masih dapat bertahan. Semoga Allah memberi Tengku kekuatan. AMPUN & DAULAT TUANKU !!!!

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

22 January 2010

Sultan Johor Mangkat



Johor Bahru 22 Jan. - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Aku cuma nak kata:
Innalillahi wainna ilaihi raajiuun, kepadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali. Moga moga Allah S.W.T ampunkan dosa dosanya semasa hidup. Amiin.



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

30 December 2009

JHEAIK sahkan Elia Suhana isteri kedua Sultan Kelantan.


Gambar Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra bersama isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad pada hari pernikahan mereka. Gambar ini diperoleh menerusi emel yang dihantar oleh Elia Suhana

KOTA BHARU 29 Dis. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) hari ini mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini lewat petang ini.

“Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu,’’ katanya.

Semalam akhbar The Malay Mail dalam versi online melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Laman web tersebut semalam melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana dalam laman web tersebut mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar Malay Mail pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan.

Penyiaran berita yang bertajuk Police Ruckus In Royal Ward dalam akhbar itu didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Utusan Malaysia hari ini turut menerima kenyataan akhbar setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatangani Elia Suhana dan dikatakan turut dihantar kepada semua media untuk membuat penjelasan itu.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya.


Dari kiri; KDYMM Raja Isteri Pengiran Hajah Saleha,KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah dan DYTM Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar

Aku cuma nak kata:
Sebelum aku kata apa apa, aku memohon ampun dan maaf kepada yang terlibat dalam bab poligami ini. Aku cuma nak kata secara umum. Tidak sama sekali untuk mengatakan si Anu betul atau si dia salah. Lagi pun aku sendiri pun tak berani nak kahwin 2.

Poligami ini bukan lah 1 benda yang salah. Oleh itu aku tak faham mengapa kebanyakan orang cuba merahsiakan kepada umum. Tak kira lah orang biasa atau Bangsawan. Lain lah kalau perempuan simpanan...., yang ini memang lah kena rahsiakan kerana ia nya benda salah samaada dari segi Agama mau pun masyarakat.

Dalam konteks cerita ini, aku 'tabik spring' dengan Sultan Brunei, DYMM Sultan Hasanal Bolkiah. Dalam kebanyakan upacara rasmi, baginda akan membawa bersama kedua dua isteri baginda. Nampak seperti baginda mengiktiraf kedua dua isteri baginda dari sudut perundangan. Berbeza dengan di Malaysia. Disini semua nya kalau boleh nak sorok. Kalau orang besar dan bangsawan pun mereka hanya akan bawa isteri pertama sahaja. Aku tak tak tahu apa status isteri kedua dari sudut perundangan....so aku tak berani nak komen lebih, tapi itu lah yang aku nampak dan lihat.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


04 August 2009

UMNO kalah, politik melayu akan terhakis ?


Melayu jangan jadi bacul
Oleh
NOOR AZAM

APA yang dikehendaki oleh orang Cina, India dan Pas ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi. Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh UMNO sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.

Saya mulai dengan imbas kembali beberapa tajuk besar muka depan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia:

1. "Ketuanan Melayu Tercabar" - 13 April 2008.

2. "Henti Guris Melayu - Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pihak" - 6 November 2008.

3. "Jangan Persoal - Ketuanan Melayu bukan jenaka yang boleh dipermainkan" - reaksi beberapa menteri kanan UMNO terhadap kenyataan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek - 30 November 2008.

4. "Bangkitlah Melayu - Bersatu hadapi tuntutan kaum lain yang makin keterlaluan" - 15 April 2009.

5. "Peringatan Sultan Azlan - Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan api dalam sekam" - 20 April 2009.

6. "Jangan Melampau - Pakatan pembangkang didesak hentikan tuduhan terhadap SPRM" - 20 Julai 2009.

Banyak lagi seruan dan desakan - dalam bentuk berita, komentar Awang Selamat dan pelbagai bentuk tulisan yang sangat keras dan tajam.

Semuanya merangsang bangsa Melayu bertindak mempertahankan maruah dan keutuhan bangsa.

Orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kumpulan Utusan Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.

Kata Awang Selamat, "Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas PRU Ke-12."

Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangunbangun juga.

Pertubuhan Melayu - yang lama dan baru - hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja.

GAPENA yang menganjurkan Kongres Perpaduan Melayu yang sangat besar dan penuh bersemanga pun, sampai sekarang tidak nampak sebarang tindakan.

Pemimpin UMNO, termasuk Pemuda pun sekadar mengeluarkan kenyataan dan amaran sahaja.

Serangan dan penghinaan pembangkang dan aktivis politik Cina dan India terhadap Melayu semakin menjadi-jadi. Mereka sengaja menunjukkan keberanian dan tindakan kurang ajar. Cuma mereka belum berarak dan membuka butang seluar seperti sewaktu Tragedi 13 Mei.

Melayu kini sudah jadi bangsa yang takut bertindak. Sultan dan Raja Muda Perak telah melangkah tradisi diraja, tampil ke muka menyampaikan beberapa titah yang sangat berani, tegas dan terus terang.

Memberi amaran kepada Melayu-Islam akan situasi politik kita yang sangat kritikal dan masa depan yang gelap.

Sultan Selangor dan Tengku Mahkota Kelantan menyertai tindakan Sultan dan Raja Muda Perak itu.

Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan "Kenyataan Akhbar Khas". Suatu amaran keras, yang belum pernah dibuat sebelum ini (Utusan Melayu, 17 Oktober 2008). Tetapi tiada apa-apa tindakan susulan. Maka kita pun jadi lupa.

Benarlah seperti peringatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lalu: "Orang Melayu mudah lupa". Penglibatan istana ini menunjukkan kemelut politik di negara kita sudah sangat serius. Memerlukan tindakan segera. Bukan hanya retorik kata-kata.

Situasi politik yang tergambar dalam imbasan akhbar inilah, saya rasa, membuat Dr. Mahathir pun tidak boleh tahan lagi.

Lalu dalam blognya pada 20 Julai lalu, beliau menyiarkan tulisan "Kaki Dalam Kasut". Artikel itu diserang oleh aktivis dan pejuang politik pembangkang Cina dan India sebagai suatu pemikiran yang rasis.

Tidak pelik beliau dituduh rasis. Meski pun Dr. Mahathir hanya menyatakan fakta-fakta sejarah yang benar.

Tuduhan rasis kepada pemimpin Melayu adalah salah satu senjata politik parti pembangkang yang amat berkesan untuk membunuh kuasa politik Melayu, yang sejak merdeka di tangan UMNO.

Apakah sebenarnya cita-cita orang Cina dan India - khususnya DAP yang disokong kuat oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Malah mereka turut mendapat sokongan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar sendiri.

Kumpulan ini berdemonstrasi dan memekik-mekik menuntut 'hak, keadilan dan demokrasi'.

Berpuluh-puluh tahun Anwar memegang kuasa besar dan menjalani kehidupan amat mewah dan berpengaruh dalam BN. Ketika itu tidak pernah pun beliau mempersoalkan hak, keadilan dan demokrasi.

Malah beliau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Ini baru beberapa tahun lalu. Tentu Anwar belum lupa.

Akhbar rasmi Pas, Harakah pada 5 Julai lalu menyiarkan tajuk besar "Pakatan ganti BN" dengan berita megah: "Himpunan perdana perpaduan 100,000 anjuran pakatan rakyat (pembangkang) di Petaling Jaya, 30 Jun lalu menjadi saksi betapa gabungan Pas, Keadilan (PKR) dan DAP terus mantap dalam usaha meneraju perubahan dan seterusnya menggantikan BN."

Turut dipaparkan ialah foto pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang bersalaman amat erat dengan Abdul Hadi sambil diperhatikan dengan penuh teruja dan megah oleh rakan lama saya, Anwar Ibrahim. Artikel penuh sila klik http://www.utusan.com.my/utusan

Komen aku:
Rencana dalam utusan bertarikh 4 Ogos 2009 ini yang ditulis oleh Noor Azam nampak macam bagus tetapi sebenar nya lebih kepada bersifat hasutan dan perkauman. Kalau penulis ini dari pembangkang dan artikel diatas mengkritik UMNO, sudah pasti ia akan ditahan dibawah AKTA HASUTAN, tetapi oleh kerana ia mempertahan dan membodek UMNO, maka tiada lah tindakan akan diambil.

Aku ada hujah/fakta untuk menyanggah dan juga pertanyaan untuk artikel beliau diatas.


1.
Apa beza nya orang Cina, India dan Pas (merujuk kepada DAP, India dalam PKR dan PAS) dengan orang Cina, India dan UMNO (merujuk kepada MCA, MIC dan UMNO) dari sudut parti politik yang sah disisi undang undang ?. En. Noor Azam jangan jadi bodoh ye!, tidak ada parti politik yang bertanding nak kalah dan anda yang cuba mempertahankan UMNO/BN pun saya percaya tidak mahu UMNO/BN kalah.


2.
Siapa kata kalau UMNO kalah, kuasa politik melayu akan terhakis ?. Anda dan penyokong UMNO/BN yang kata begitu. Siapa yang mengkhianati majoriti orang melayu di Kelantan dan Terengganu ?. Bukan kah orang yang juga berbangsa Melayu tetapi berparti kan UMNO. Bagi aku, lagi UMNO kuat, lagi hancur hak dan kepentingan orang melayu secara umum nya. Yang mendapat manafaat hanya lah segelintir elit melayu dan segelintir ini lah yang amat takut bila UMNO jatuh, maka dimomok lah bahawa UMNO jatuh, melayu jugak jatuh. Zaman datuk dan bapak aku boleh lah guna taktik itu, tapi sekarang...belum tentu berkesan.


3.
Siapa dan golongan mana kah yang bersikap kurang ajar dengan Raja dan Sultan ?.. Bukan kah UMNO ?. Siapa kah yang menelanjangkan Raja dan Sultan semasa krisis perlembagaan 1993 ?. Bukan kah UMNO ?. Dia yang jahat, dikata nya kita pulak yang jahat. Itu lah UMNO.

4.
UMNO parti rasis yang tebal dengan melayu nya bergandingan dengan parti rasis lain iaitu MCA dan MIC dengan menubuhkan Perikatan yang kemudian nya menjadi Barisan Nasional (BN). Dalam tempoh 50 tahun mereka memerintah, majoriti orang melayu dan rakyat umum nya masih ditahap cukup makan kalau pun tidak di tahap miskin. Kek kekayaan negara kebanyakan nya dibolot oleh pemimpin UMNO, MCA, MIC dan komponen. Pembangkang dianak tiri kan secara total.

Apa yang berlaku sekarang adalah kerana MCA dan MIC sudah kehilangan sokongan kerana perbuatan pemimpin mereka yang rakus. Termasuk UMNO juga. Pemimpin MCA dan MIC mengajar dan memuakan UMNO, tetapi UMNO lebih rakus dari mereka. UMNO juga sudah kehilangan sokongan dari orang melayu sendiri.

Orang melayu yang memberi sokongan kepada PAS dan PR bukan kerana menyerah tengkok kepada bangsa lain. Malah ianya untuk mengembalikan "roh" KeIslaman orang Melayu dan keharmonian pelbagai bangsa Malaysia demi Perlembagaan Negara iaitu Kerajaan Demokrasi Raja berperlembagaan.

Tidak ada langsung pengugatan terhadap bangsa Melayu yang memang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Oleh itu aku nak tanya, dimana tergugatnya orang melayu?. Yang tergugat hanya lah UMNO dan bukan orang melayu.

Sekian

18 June 2009

Jambatan ke 3: Sultan Johor tidak setuju


[sultan+rasmi+daerah+ledang.jpg]


Sebelum ini, Najib ketika mengadakan lawatan dua hari ke Singapura Mei lalu, mengumumkan cadangan pihak Malaysia untuk membina sebuah jambatan baru bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke republik berkenaan. Baru baru ini pula Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew semasa melakukan kunjungan hormat ke pejabat DS Najib, dalam kenyataan nya mengatakan bahawa Singapura bersetuju. DS Najib semasa bercakap dengan wartawan kemudian nya berkata bahawa Malaysia dan Singapura sudah sepakat untuk membina jambatan tersebut (baca disini).


Hari ini (18/6/09) Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail bertitah baginda tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. Titah baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) (baca disini)


DS Najib sudah canang keliling kampong pasal nak buat jambatan berkenaan tetapi terlupa nak mintak izin dengan 'Tuan Tanah' dimana projek jambatan itu akan dilaksanakan. Sebagai 'Tuan Tanah' sudah pasti lah Sultan Johor mungkin berasa kecil hati dan natijah dari itu baginda bertitah "Beta tidak setuju".


Sedikit waktu dahulu, sewaktu Pak Lah dan projek Corridor nya, Sultan Johor juga tidak berpuas hati apabila nama baginda digunakan untuk Wilayah Pembangunan Iskandar tanpa persetujuan baginda. Semasa pelancaran WPI, baginda hanya berpakaian T-Shirt, sedang kan tetamu lain berpakaian kasual.

Kesimpulan nya, kalau sebelum ini pemimpin kerajaan selalu menuduh bahawa pihak pembangkang tidak menghormati Raja dan Sultan, nampak nya mereka pun 2x5, sama saja.

Sekarang Sultan Johor sudah betitah tidak setuju. Mari kita lihat apakah yang DS Najib nak buat....rayuan?, ugutan?....atau apa?..

Sekian

Photobucket

02 June 2009

Stadium Sultan Mizan: Baru rasmi 10 Mei 2008 dah runtuh ?


Stadium Sultan Mizan - raptai satu upacara pada 2008 ( tak pasti upacara apa?,mungkin SUKMA 2008)

Gambar#1

Gambar#2

Gambar#3


Gambar #1,2,3 adalah Perasmian Stadium pada 10 Mei 2008 
“Stadium ini adalah yang tercanggih dan terbesar di Pantai Timur dan ia bakal menjadi mercu tanda bagi negeri Terengganu,”- Ucapan alu aluan Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu semasa perasmian Stadium 10 Mei 2008


Gambar#A


Gambar#B
Gambar#C

Gambar#A, B dan C adalah Bahagian Stadium yang runtuh (gambar ehsan http://mampat.blogspot.com)

Utusan Malaysia melapurkan bahawa Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh pagi tadi menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah. Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu. Stadium berkenaan baru beberapa tahun dibina dan dirasmikan 10 Mei 2008 yang lalu.

Masih belum dapat dipastikan lagi kerana ada maklumat mengatakan bahawa bumbung Stadium yang runtuh dan bukan nya struktur binaan stadium atau mungkin kedua dua sekali runtuh.

Di Malaysia ni, macam menjadi satu kebetulan bila mula ada bangunan runtuh maka akan berturut lah dalam seminggu dua nanti cerita bangunan runtuh. Baru sahaja bangunan runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya dan hari ini Stadium di Gong Badak pula runtuh. Sekian.....

Sumber lain yang berkaitan:
1. Stadium Sultan Mizan runtuh - pemudabesut.blogspot.com
2. Stadium terbuka Gong Badak runtuh - mampat.blogspot.com

07 March 2009

PAS dan PKR turut serta maka ia bertukar menjadi perhimpunan haram? Tetapi jika UMNO turut serta ia menjadi halal?

http://i566.photobucket.com/albums/ss102/adios81city/bahasa_protes_dua_new.jpg

W
alau apa pun alasan yang diberikan oleh Polis untuk mewajarkan mereka menggunakan kekerasan seperti menembak gas pemdih mata ke arah peserta anti-PPSMI, ia tidak dapat diterima sebagai tindakan yang waras kecuali hanya menjelaskan lagi kebenaran bahawa polis yang ada pada hari ini adalah polis yang berpihak kepada kerajaan UMNO-BN.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyatakan, kumpulan itu yang pada awalnya diketuai oleh Pengerusi Gapena Datuk Hassan Ahamd, Datuk A Samad Said dan Dr. Shaharil Md Zain, bersetuju untuk tidak mengadakan perhimpunan atau demonstrasi semasa perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohd Sabtu Osman.

“Mereka bersetuju menghantar wakil ke Istana selepas solat Zohor tetapi bila parti PAS dan PKR telibat, ia bertukar menjadi satu perhimpunan haram."



“Kami tiada pilihan kecuali menembak gas pemedih mata untuk menyurai mereka yang tak mendengar arahan polis,” tambahnya.

Kenyataan Ketua Polis Negara berkenaan telah ditentang oleh beberapa orang pemimpin PAS dan PKR yang turut hadir di dalam perhimpunan petang ini.

"Apakah kerana PAS dan PKR turut serta maka ia bertukar menjadi perhimpunan haram? Tetapi jika UMNO turut serta ia automatik menjadi halal?" tanya seorang pemimpin PKR.


"Jelas sangat melalui kenyataannya, Musa Hassan ini pengampu kepada UMNO-BN. Beliau bukan Polis untuk seluruh rakyat Malaysia. Beliau awal-awal sudah ada persepsi negatif terhadap Pakatan Rakyat," tambahnya.

Seorang pemimpin PAS menyatakan bahawa tindakan polis yang menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan peserta adalah mengikut arahan pihak atasan mereka yang takut dan malu kepada menteri UMNO-BN.

"Sebenarnya tindakan polis yang membuat sekatan jalanraya sana-sini yang menyebakan berlakunya kesesakan lalulintas, bukan disebabkan oleh peserta-peserta perhimpunan," tambahnya mengulas kenyataan Musa yang menyatakan perhimpunan itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Pihak peserta perhimpunan mendesak pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir supaya membawa hal ini ke Parlimen untuk mengusulkan satu bantahan keras terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berkenaan yang jelas bersifat berat sebelah dan prejudis.


"Semua hal yang karut dari polis ini mesti dihentikan segera. Beliau tak ada kelayakan untuk memegang jawatan sepenting itu di dalam negara kita. Seorang Ketua Polis Negara mesti seorang yang waras fikiran dan bukan bertindak mengikut kepentingan parti pemerintah semata-mata," jelas seorang pensyarah dari fakulti Bahasa dari sebuah universiti tempatan.


"Amat memalukan bila polis Malaysia bertindak macam binatang ke atas kelompok cendekiawan dan golongan berilmu. Maaf ler saya kata mereka macam binatang sebab mereka anggap rakyat ni macam bintang yang mereka boleh lakukan sesuka hati mereka," jelas seorang peserta.


Sumber: greenboc.blogspot.com

Photobucket

03 March 2009

Keputusan Sidang Tergempar: Nizar akan bertemu Sultan waktu terdekat


Gambar hiasan- Kerajaan Pasir dua butir (P.Ramlee memang genius)

IPOH, 3 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memberitahu akan bertemu dengan Sultan Perak dalam masa terdekat mengenai keputusan sidang tergempar yang mengesyorkan baginda membubarkan DUN.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoPMo1WMlK3YqaXA6eYouMnVSafrQZfTGqqbboId1vL8CvuThxywPNDZOnlwrziucf66Fx9bXTE829oJ02IaUexdYjLNZQDQJvfQIQIk3HDvy1IACEWR8nrYRWE17qNV9iAEwvhnUqLtdN/s320/mb.jpg
(Bekas?) Menteri Besar Perak, Dato Ir Mohamad Nizar Jamaluddin

Sidang DUN Tergempar yang terpaksa dibuat di bawah pokok kira kira 100 meter dari pintu masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah Speaker Dewan, V. Sivakumar bersama Adun Adun Pakatan Rakyat dihalang masuk ke bangunan tersebut oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiStxzwQQIrvqe32Msnu_0uAI_ypkyUtXfZRDK1w672NhqG-iLuaRnWoOLxvyIfK6HR7Kgt3VoRsPgH1ba__c3z96Jo6NmYLwxvFlxJ1ZpZSwyyQOsuQs6D9xBMcPZZT9FkY-7A8kRjms1/s320/speaker.jpg
Speaker Dewan, YB V.Sivakumar memulakan sidang DUN

Sidang dewan tergempar berjalan dengan lancar bermula jam 10.15 pagi tadi dan telah menjalankan mesyuarat ke empat penggal pertama serta meluluskan dua usul.

Usul pertama dibawa oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim, menyokong mengesyorkan pada dewan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar yang sah dan telah diluluskan oleh dewan dengan kesemua Adun Pakatan Rakyat menyokongnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsj4wLdI-Y2y7-qGhQm9a70tAT_wN3_Youo5zSvC6ZX4RneNZmy2QvDGEtdJqGZUTB_4kJDZf3WOY2lbUIuhDQvf1-Igv7NKQT2PBYe0Bmcwc_LC2DMu1NeQ99yvoKvtXJoQ2iNH4zctoR/s320/sidang2.jpg
ADUN Teja membentangkan usul

Usul kedua dari ADun Teja Chan Lih Kang iaitu mengesyorkan pada dewan usul mengesyorkan pada Tuanku Sultan memperkenankan Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan usul berkenaan telah disokong sebulat suara.

Sidang tersebut dihadiri oleh semua 28 ADUN PR termasuk YAB MB dan speaker sendiri.

Ustaz Misbahul Munir yang dilantik sebagai Setiausaha Dewan telah mengendalikan sidang tergempar dengan baik.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgixO-jVigrwTuS8Zmdh6C31Fm8pMtOVf6k3GTA81ojYtIRgEKzl9i9N8HH-hMWWMmH_Bs6BUOfJRX-rB_c_lMeoqTHJUBQ7cjswhim4e9-wUtCkeSUnZICTXg-LbrBgWs6nVgmudQCzZvt/s320/stuju.jpg
SETUJU!walaupun sidang DUN dibawah pokok, namun perjalanan sidang tetap lancar.TAHNIAH!

Sementara itu Adun Sitiawan, Dato' Ngeh Khoo Ham mengusulkan usul supaya dewan menerima keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menggantung Dato' Zambry Kadir dan enam exconya. Usul diterima sebulat suara.

Adun Pasir Panjang, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin telah mengusulkan dewan ditangguh jam 10.32 pagi pagi tadi. - azm

Sumber: Harakahdaily

Nota: Foto-foto diambil dari laman forum Tranungkite.net yang di hantar oleh forumer yang menggunakan nickname samyvelly. Terima Kasih.

Photobucket

15 February 2009

Nama Zambry tidak disebut oleh pengacara dalam senarai orang kenamaan yang masuk ke Dewan Santapan

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0215/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_02.1.jpg
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Azlan Shah pada majlis Santapan Diraja Sempena Perayaan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak ke-25 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, malam tadi. - Foto utusan online

KUALA KANGSAR , 14 Feb
.:- Nama Zambry Abdul Kadir atas kapasitinya sebagai Menteri Besar rampasan kuasa tidak disebut oleh pengacara dalam senarai orang kenamaan yang masuk ke Dewan Santapan Sempena Jubli Perak DYMM Sultan Perak dan yang keluar dari dewan sesudah habis santapan Diraja pada malam ini.

Walaupun kedudukan YAB Menteri Perak yang sah, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin tidak ditempat yang sepatutnya saya beranggapan kemungkinan nama Zambry yang ke hulu dan ke hilir menamakan dia sebagai Menteri Besar mengambil tempat tersebut. Rupanya dia tidak mendapat pengiktirafan di majlis santapan pada malam ini.

DS. Nizar diletakkan bersama dengan orang kenamaan di meja kawasan tengah Balai Santapan dan ADUN Pakatan Rakyat diletakkan di meja bahagian belakang berdekatan dengan pentas nyanyian.

Tempat yang sama di meja yang berlainan ditempatkan Ahli Yang Berhormat ADUN BN.

Mereka yang dinamakan sebagai Exco kudeta ditempatkan di meja lebih ke hadapan berdekatan dengan meja Santapan Diraja.

Majlis Santapan Sempena Sambutan Jubli Perak DYMM Sultan Perak telah dihadiri oleh DYMM Sultan Perak dan seluruh ahli kerabatnya, DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong, Sultan Brunai dan Permaisuri, Raja-Raja seluruh negara serta wakilnya, Yang Dipertua negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana menteri, Menteri-Menteri Besar dan orang kenamaan yang lain.

Jamaluddin, Osman dan Hee tidak hadir Santapan Diraja

Tiga ADUN lompat, Jamaluddin Md. Radzi, Osman Jailu dan Hee Yit Fong tidak hadir dalam majlis Santapan Diraja Sempena Jubli Perak DYMM Sultan Perak yang berakhir pada jam 11.30 malam tadi di sini.

Kemanakah mereka bertiga hilang sehingga sekarang menjadi tanda tanya banyak pihak setakat ini.

Sumber: drs khalil idham lim
(Cina Islam)

Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...