Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

26 August 2009

Dr Hatta Ramli tidak bersalah, Mahkamah arah Polis bayar gantirugi


Dr.Hatta (baju koyak) semasa demo ISA pada 1 Ogos 2009

KUANTAN, 26 Ogos: Mahkamah Tinggi Kuantan sekali lagi mengesahkan tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Untuk itu, polis diminta membayar gantirugi kepada Dr. Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerananya.

Kes ini diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini.

Dr. Hatta, Bendahari PAS Pusat dan dua lagi telah menyaman polis dan kerajaan kerana menangkap beliau serta dua lagi kerana mengadakan ceramah di Rompin, Pahang pada 10 Jun 2005 lalu. - Harakahdaily

Aku cuma nak kata:
Wah nampak nya seminggu dua ini musim pemimpin Pakatan Rakyat menang saman di mahkamah. Minggu lepas mahkamah mengarahkan Berita Harian membayar RM150,000 Datuk Mahfuz Omar. Hari ini Dr.Hatta pula dapat gantirugi.

Aku berpendapat, Polis tahu apa yang mereka buat itu tak betul dan menyalahi undang undang yang sepatut nya mereka pertahankan, tetapi atas arahan orang politik BN, pihak Polis terpaksa mengikut demi untuk menjaga periuk nasi masing masing.


Walaupun pihak mereka tahu kemungkinan besar akan disaman, tetapi dalam congak benak fikiran mereka beranggapan sekurang kurang nya dapat menakut nakutkan kepada sesiapa yang nak menganjur atau menyertai ceramah pembangkang.


Tahniah dan Syabas !

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...