Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 sama seperti yang sebelum sebelum ini, semakin tawar hambar dan suram. Sama ada nak terima atau tidak, kenyataan nya memang begitu.
Mengibarkan bendera Malaysia yang dipanggil Jalur Gemilang sudah pasti dikaitkan dengan sambutan kemerdekaan. Kalau dulu, seingat aku ramai juga yang mengibarkan nya dikenderaan masing masing, tapi sekarang ?. 2, 3 hari sebelum 31 Ogos aku ke K.Lumpur melalui Lebuhraya Persekutuan. Dalam perjalanan, aku dapati cuma kurang dari 5 buah kereta yang ada bendera. Itu pun kereta yang dipandu oleh anak anak muda yang kereta nya nampak macam nak masuk grand prix. Bendera pun mereka letak dan tampal pada bonet kereta.
Berbalik kepada kibaran bendera. Mengapa rakyat termasuk aku tidak mahu kibarkan bendera ?. Kadang kadang dapat percuma pun orang tak nak pasang bendera jugak. Ada kah mereka dan aku tidak patriotik ?. OK, aku beri sebab mengapa aku tidak mahu kibar bendera. Orang lain terpulang lah dengan alasan masing masing.
1. Pertama sekali yang paling aku tak boleh terima ialah bila sebut kemerdekaan, ia nya digembar gemburkan oleh media bahawa hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan, sedangkan sejarah sebenar nya tidak begitu.
Kemana hilang nya jasa jasa pertubuhan/persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1939, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin. Begitu juga nama nama seperti Ibrahim Hj Yaakub, pengasas KMM, Dr Burhanuddin al Helmy dan ramai lagi. Makna nya sebelum pun Umno bernyawa pada 11 mei 1946, telah ada usaha-usaha dan ikhtiar dari anak-anak bangsa untuk memerdekakan negara dari kuasa dan cengkaman penjajah. Mengapakah pemerintah menyembunyikan fakta ini tiap kali negara memperingati ulangtahun kemerdekaan negara?. Itu pasal aku tak mahu kibar....
2. Sebagai tanda protes aku kepada kerajaan yang langsung cakap tidak serupa bikin. Slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan hanya lah slogan kosong. Ini pun dah dengar bahawa minyak petrol akan naik. Hadiah sempena Hari Kemerdekaan agak nya.
Harta negara dibuat macam harta mereka sendiri. Duit rakyat dibuat macam duit mereka sendiri. Tidak cukup dengan itu, rasuah mereka buat macam minum air sejuk aja. aku tak boleh terima. Itu pasal aku tak mahu kibar....
Nota: Umno sesungguhnya bukanlah pemilik tunggal perjuangan menuntut kemerdekaan dan hakikat ini perlu dibongkar untuk pengetahuan rakyat jelata khususnya jenerasi kini.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
No comments:
Post a Comment