Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

27 August 2009

Orang Kurang Upaya (OKU) pertama dilantik Senator kembali ke Rahmatullah

http://thestar.com.my/archives/2007/12/18/nation/latestprofismailsenatori.JPG
Allahyarham semasa mengangkat sumpah di Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura.

Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.

Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair. - www.harakahdaily.net

Aku cuma nak kata:

Dr. Ismail telah menghembuskan nafas terakhir jam 3:50am dalam penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur, transit melalui Singapura. Jenazah Allahyarham masih lagi berada di Singapura dan dijangkakan akan dibawa ke Kajang, Selangor untuk disemadikan sejurus pihak berkuasa selesai dengan proses biasa.

Beliau adalah seorang tokoh akedemik, aktivis ekonomi orang melayu dan pejuang orang kurang upaya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.


Al-Fatihah untuk beliau.....

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...