Isu perkauman yang tercetus tatkala sambutan kemerdekaan kian menjelma sangat memalukan Malaysia..Semua pihak pula berdolak dalih isu ini walhal secara jelas pihak penganjur bersama-sama si pembawa kepala lembu berarak dan melaungkan perkataan "JOM PEKENA ARAK" (Take Beer, bukan TakBir..Satu penghinaan pula kepada agama Islam)..
Isu pembinaan kuil..Bagi aku yang jenis tak kisah sangat hal ini memandang itu hak mereka..nak bina rumah ibadat mereka..Macam kita yang Islam ni,mereka pun tak halang kita daripada bina rumah ibadat..Bila tak ada sikap hasad dengki dan meniup semangat perkauman dan keagamaan terlampau nilah buatkan kita boleh hidup aman damai dalam satu komuniti..
Isu yang dimainkan adalah berkenaan dengan pembinaan rumah ibadat dan majoriti penganut agamanya..Kuala Lumpur sudah dikuasai penganut bukan islam..tapi mereka tak pernah halang mana2 masjid didirikan..bayangkan jika mentaliti mereka sedemikian,dah lama negara kita ni akan musnah dek kerana taksub dengan hal perkauman ni..
Jadi aku harap tak usah kita tiupkan semangat yang entah apa2 ni..Kalau besarkan gereja salah,besarkan kuil salah..Itu duit mereka,kalau dah dibuat mengikut satu prosedur yang sah,biarkan sahaja..
Salahkan diri kamu sendiri wahai kaum muslimin dan muslimat yang begitu kedekut untuk menghulurkan sedekah, yang menunaikan zakat harta,zakat fitrah pun tak tahu kemana..yang memang gilakan shopping semata-mata sampai satu hari tak dapat shopping mengamuk sakan nak saman berjuta2..yang memang tak mahu ke masjid dan surau walaupun dipromosi setiap masa oleh tentera2 Allah yang bergelar jemaah tabligh..
Yang mengatakan masjid dan surau hanya tempat solat sahaja..Walhal penggunaan sebenarnya tiada had..Baik dari hal sosial, kemasyarakatan, pentadbiran..Semuanya patut diintegrasikan disana..
Jadi kepada mereka yang meniupkan semangat perkauman ni, tapi sebenarnya penyokong HARDCORE puak2 Terlaknat Kamal Attarturk yang membawa fahaman SEKULARISME boleh senyap..Daripada anda terus menjadi musuh kepada agama kamu sendiri lebih baik kamu senyap sahaja..- suararevolusi.blogspot.com
aku cuma nak kata:
1. Kalau mereka hanya berarak dan berkumpul didepan pagar bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor untuk menyatakan tak puas hati tak ada masaalah. Yang masaalah nya ialah bila bawa kepala lembu. Jangan nak kelentong lah kata bukan nak menghina, sedang kan isu adalah berkaitan kuil hindu. Aku bukan nak menang kan hindu sebab aku pun kadang kadang menyampah juga dengan tindak tanduk segelintir hindu terutama macam di pekan Kapar ini, cuma aku nak tanya puak puak yang berarak, apa untung nya bawa kepala lembu itu. Kalau bukan niat untuk mencetus kegelisahan kaum, apa niat lain nya?. Yang menjadi pengikut demo tersebut mungkin tak berniat demikian, tetapi sekelompok kecil 'master mind' yang ada agenda lain, siapa tahu??..
2. Pihak Polis pun satu hal. Sepatut nya mereka harus bertindak demi menjaga keharmonian berbilang kaum. Yang pelik nya kalau demonstrasi itu dikenal pasti di anjurkan atau disertai oleh PAS/DAP/PKR, begitu cekap dan sepantas kilat pihak polis membelasah, menembak gas dan menyembur air kimia. Nampak sangat kalau Umno/BN kata buat, maka buat lah. Kalau Umno/BN kata jangan. maka tengok saja lah dan jangan buat apa-apa macam kes perarakan kepala lembu. Setelah Pucuk kepimpinan Negara terpaksa bersuara, maka barulah polis menunjukkan sikap ingin mencegah. Tindakan yang sudah terlambat. Api sudah pun berada didalam sekam.......dan aku masih hairan mengapa penganjur tidak disoal siasat dan tidak ada tangkapan dibuat sedang bukti bergambar adalah jelas.
3. Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai isu perkauman sengaja dicipta,sila klik SINI
4. Untuk melihat gambar demonstrasi perarakan kepala lembu, sila klik http://minaq-jinggo.fotopages.com
No comments:
Post a Comment