Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

27 August 2009

Skandal seks: Chua Soi Lek dipecat Majlis Presiden MCA

Majlis Presiden MCA lewat malam tadi memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam tadi susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sendiri akan memaklumkan keputusan yang dibuat "dengan berat hati" dan "kolektif" itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku pengerusi BN.

Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira tiga jam sebelum keputusan itu dicapai, Dr Chua memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya. - malaysiakini.com

aku cuma nak kata:
Err... may i join your party ?


Aku amat hairan bagaimana beliau masih boleh 'bernyawa' dalam MCA sehingga lah dipecat. Pemecatan beliau yang sebenar pun mungkin bukan sebab Skandal seks tetapi sebab mengancam kedudukan orang orang yang berkepentingan dalam MCA. Skandal seks beliau pun adalah perangkap yang dipasang untuk menjatuhkan beliau dan apabila beliau tidak jatuh jugak, maka cara 'pecat' terpaksa digunakan.

Selepas dia ni kena pecat, kemana kah halatuju nya ?. Adakah beliau akan bersara terus dari politik ? atau akan cuba nasib menyertai parti lain. Adakah parti lain yang sanggup terima seorang pemimpin yang mempunyai salahlaku moral yang amat teruk ?. Aku harap tidak ada parti dalam Pakatan Rakyat menerima beliau....., kalau terima jugak, aku rasa bukan sahaja MCA yang akan bergolak akibat pemecatan beliau, Pakatan Rakyat pun sama turut bergolak nanti.


Sekian.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...