Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

06 August 2009

Anggota Umno Perlu Berkorban Kerana Umno Bukan Parti Kaya

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Anggota Umno tidak boleh bergantung kepada sumber bantuan Umno semata-mata untuk berkhidmat kepada rakyat kerana ia bukan parti yang kaya, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Ahmad Shabery Cheek.

"Dalam kita memberi sumbangan kepada masyarakat, tidak bolehlah mengatakan seperti saya boleh bawa beras tetapi Umno yang kena bagi beras itu, saya boleh bawa ubat-ubatan, tetapi Umno kena sediakan dan kalau saya nak pergi tolong di bawah itu (masyarakat), berapa Umno nak bagi duit. Ini bukan semangat yang (patut) ada pada Umno, yang (patut) ada pada Umno ialah memberi khidmat," katanya.

Ahmad Shabery, yang juga Pengerusi Kelab Umno Luar Negara, berkata berkhidmat untuk rakyat perlu dibuat secara sukarela selain memerlukan pengorbanan.

Walaupun Umno sebuah parti yang berkuasa, tidak semestinya anggota parti bergantung segalanya kepada Umno dan sebaliknya semangat berkorban mesti ditanam di kalangan anggota, pemimpin dan aktivis Umno, katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Semaian Bakti 2009 anjuran Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia dengan kerjasama Sekretariat Kelab Umno Luar Negara di dataran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Program bertemakan "Bersama Menabur Jasa-Menyemai Kasih dan Cinta" akan ke Kuala Kedah selama tiga hari bermula hari ini disertai kira-kira 100 peserta dari Kelab Umno Bandung, Jakarta, Malang, Medan, Palembang, Pekan Baru, Jogjakarta, Canberra dan Western Australia (Perth), Volgograd, Nizhny Novgorod dan Perancis.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata negara pada hari ini menjadi maju dan aman setanding negara luar adalah kerana asas sukarela dan memberi khidmat kepada rakyat yang dibina oleh parti yang memerintah selama ini. -- BERNAMA

Komen aku:
Mungkin betul kata Datuk Ahmad Shabery Cheek itu. Umno bukan parti kaya, yang kaya ialah pemimpin Umno samada pemimpin elit atau pemimpin peringkat bawah. Janji ada jawatan, maka mereka akan kaya mengikut jawatan yang disandang.

Mesti ada orang kata, apakah salah menjadi kaya ?. Memang tak salah, yang salah ialah menjadi kaya dengan cara yang salah. Apa tah lagi kekayaan itu melampaui kemampuan.

Mungkin juga kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek itu hanya lah retorik semata mata sedang kan hakikat nya ahli ahli UMNO diperingkat bawah,
majoriti nya tidak akan bergerak tanpa wang.

Kalau Umno bukan parti kaya, apa kah Umno parti miskin macam PAS ?. PAS miskin, sebab itu bila ceramah mesti ada kutipan derma dan yang bagus nya ahli ahli PAS ramai yang sanggup menderma. Mungkin Umno boleh cuba tiru PAS...


Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...