PERTH 9 Ogos - Barisan Nasional (BN) yakin Pas tidak akan berani menyebut soal pembangunan semasa kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir nanti kerana banyak bukti menunjukkan keupayaan parti itu terlalu 'corot'.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, realitinya perkara sama ditunjukkan oleh jentera Pas semasa Pilihan Raya Kecil Manek Urai baru-baru ini yang tidak sekelumit pun menyentuh isu pembangunan.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN percaya pengundi Permatang Pasir akan membuat penilaian yang bijak dan realistik dalam memilih bakal wakil rakyat mereka.
''Pas tidak berani sebut soal pembangunan di Manek Urai dan begitu juga di Permatang Pasir nanti.
''Kalau hendak bina masjid pun, perlukan peruntukan kerajaan Pusat (dulu)... kalau kerajaan Pusat tak beri, maka dia (Pas) tak mampu," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan esok tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir.
Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu. - Utusan
Komen aku:
BAGUS !. Teruskan lah menjaja dan melalak berkaitan isu-isu pembangunan. Dah lebih 50 tahun, tak habis habis dengan pembangunan. Dah naik bosan dah mendengar nya. Kadang kadang apabila isu pembangunan didendangkan, mereka tidak sedar bahawa mereka telah mendedahkan betapa tidak cerdik nya pemikiran mereka, kalau pun tidak bodoh.
Dulu boleh lah kamu semua tipu datuk dan bapak aku hidup hidup. Lagi pun waktu itu memang umpan pembangunan itu adalah umpan yang paling tepat. Masa itu infrastruktur asas masih tidak banyak tempat yang ada.
''Kalau hendak bina masjid pun, perlukan peruntukan kerajaan Pusat (dulu)... kalau kerajaan Pusat tak beri, maka dia (Pas) tak mampu,". Itu pasal tadi aku kata nampak tidak cerdik. Apa makna peruntukan ?. Sama kah maksud perlukan peruntukan dengan perlukan bantuan ?. Ada kah duit duit kerajaan itu dipunyai oleh UMNO/BN ?. Tolong jangan nak perasan bahawa duit duit itu UMNO/BN yang punya. Duit itu di paksakan kepada rakyat untuk membayar nya melalui cukai, saman dan berbagai bayaran seumpama nya. Kemudian duit itu diagih agih kan kepada negeri negeri dalam bentuk peruntukan dan geran. Pengagihan kepada negeri negeri mengikut keperluan, sebab kalau tidak, negeri Perlis akan papa kedana. Itu lah serba sedikit apa yang aku faham.
Sekian

No comments:
Post a Comment