Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 August 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq 1430 H



Ramadhan datang lagi. Esok kita akan mula berpuasa. Malam ini pun sudah mula bertarawikh. Bulan Ramadhan yang ditunggu tunggu untuk mereka yang suka kepada bulan ini kerana dibulan yang mulia ini segala macam bonus akhirat menanti untuk diraih. Kepada yang phobia dan tidak suka kepada bulan Ramadhan, masa ini lah penyakit gastrik dijadikan alasan. Kedai makan atau restoran cina jadi sasaran. Kalau kedai mamak nanti senang kena serbu. Tak pasal pasal naik 'kereta jenazah'. Kalau yang kena tangkap tu bujang, tak ada lah malu sangat, tapi kalau dah tua ganyut dan bercucu pula, dimana nak letak muka?. Bagi yang perempuan, uzur memanjang aje lah alasan nya.

Syukur kepada Allah SWT kerana memanjangkan umur aku dan kita semua, maka dapat lah kita sekali lagi menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Aku berkata begini kerana ada diantara sahabat handai dan rakan taulan yang ada bersama pada Ramadhan tahun lepas telah pun kembali ke Rahmatullah dan tidak dapat bersama pada Ramadhan tahun ini. Mungkin Ramadhan tahun hadapan giliran aku atau antara kita pulak yang tak ada.......

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat di mana saja berada. Semoga dengan kesempatan yang kita perolehi ini akan digunakan sebaik mungkin untuk melipatgandakan amalan kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...