Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

25 August 2009

SPR buat peraturan, oleh sebab BN yang langgar, peraturan dimansuhkan




Ditulis oleh Te@M I.T

TUESDAY, 25 AUGUST 2009


PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Pusat-pusat pembuangan undi hari ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi tadi. Kelihatan perayu-perayu undi bagi kedua-dua parti mula merayu undi untuk memenangkan calon masing-masing.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba bertegas untuk mengambil tindakan bagi mana-mana parti yang melanggar enam peraturan baru yang telah di kuatkuasakan. Antara 6 peraturan baru yang dikuatkuasakan ialah dilarang merayu undi dan memakai, memegang atau membawa kain, bahan hiasan, botol atau payung yang tertera logo atau parti.

Walaubagaimanapun arahan dan penegasan tersebut umpama tidak relevan apabila masih kelihatan perayu-perayu undi dari kedua-dua parti. Bendera-bendera UMNO dan PAS masih dikibarkan untuk menarik perhatian pengundi-pengundi di Permatang Pasir.

Mahfuz ketika dihubungi berkata, "Ini menunjukkan sifat SPR yang "flip flop", hanya bertegas kepada pembangkang tapi tidak dapat mengambil tindakan apabila Barisan Nasional sendiri melanggar peraturan yang telah di buat."

"Ini juga bukti bahawa SPR itu ditunggangi oleh Barisan Nasional," tambah beliau yang kini berada di Kampung Pelek.

Menurut Mahfuz, berbagai perkara telah berlaku yang menunjukkan SPR ini ditunggangi oleh BN. Sebagai contoh beberapa peraturan yang cuba di kuat kuasakan SPR sebelum ini tapi akhirnya di mansuhkan ialah peraturan pelekat kenderaan SPR, dakwat kekal dan setem yang mesti ada pada borang calon.

Kesemua peraturan-peraturan ini akhirnya dibatalkan selepas Barisan Nasional melanggar peraturan tersebut, selarnya. - http://prkn11penang.pas.org.my

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...