Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

04 August 2009

UMNO kalah, politik melayu akan terhakis ?


Melayu jangan jadi bacul
Oleh
NOOR AZAM

APA yang dikehendaki oleh orang Cina, India dan Pas ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi. Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh UMNO sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.

Saya mulai dengan imbas kembali beberapa tajuk besar muka depan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia:

1. "Ketuanan Melayu Tercabar" - 13 April 2008.

2. "Henti Guris Melayu - Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pihak" - 6 November 2008.

3. "Jangan Persoal - Ketuanan Melayu bukan jenaka yang boleh dipermainkan" - reaksi beberapa menteri kanan UMNO terhadap kenyataan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek - 30 November 2008.

4. "Bangkitlah Melayu - Bersatu hadapi tuntutan kaum lain yang makin keterlaluan" - 15 April 2009.

5. "Peringatan Sultan Azlan - Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan api dalam sekam" - 20 April 2009.

6. "Jangan Melampau - Pakatan pembangkang didesak hentikan tuduhan terhadap SPRM" - 20 Julai 2009.

Banyak lagi seruan dan desakan - dalam bentuk berita, komentar Awang Selamat dan pelbagai bentuk tulisan yang sangat keras dan tajam.

Semuanya merangsang bangsa Melayu bertindak mempertahankan maruah dan keutuhan bangsa.

Orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kumpulan Utusan Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.

Kata Awang Selamat, "Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas PRU Ke-12."

Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangunbangun juga.

Pertubuhan Melayu - yang lama dan baru - hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja.

GAPENA yang menganjurkan Kongres Perpaduan Melayu yang sangat besar dan penuh bersemanga pun, sampai sekarang tidak nampak sebarang tindakan.

Pemimpin UMNO, termasuk Pemuda pun sekadar mengeluarkan kenyataan dan amaran sahaja.

Serangan dan penghinaan pembangkang dan aktivis politik Cina dan India terhadap Melayu semakin menjadi-jadi. Mereka sengaja menunjukkan keberanian dan tindakan kurang ajar. Cuma mereka belum berarak dan membuka butang seluar seperti sewaktu Tragedi 13 Mei.

Melayu kini sudah jadi bangsa yang takut bertindak. Sultan dan Raja Muda Perak telah melangkah tradisi diraja, tampil ke muka menyampaikan beberapa titah yang sangat berani, tegas dan terus terang.

Memberi amaran kepada Melayu-Islam akan situasi politik kita yang sangat kritikal dan masa depan yang gelap.

Sultan Selangor dan Tengku Mahkota Kelantan menyertai tindakan Sultan dan Raja Muda Perak itu.

Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan "Kenyataan Akhbar Khas". Suatu amaran keras, yang belum pernah dibuat sebelum ini (Utusan Melayu, 17 Oktober 2008). Tetapi tiada apa-apa tindakan susulan. Maka kita pun jadi lupa.

Benarlah seperti peringatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lalu: "Orang Melayu mudah lupa". Penglibatan istana ini menunjukkan kemelut politik di negara kita sudah sangat serius. Memerlukan tindakan segera. Bukan hanya retorik kata-kata.

Situasi politik yang tergambar dalam imbasan akhbar inilah, saya rasa, membuat Dr. Mahathir pun tidak boleh tahan lagi.

Lalu dalam blognya pada 20 Julai lalu, beliau menyiarkan tulisan "Kaki Dalam Kasut". Artikel itu diserang oleh aktivis dan pejuang politik pembangkang Cina dan India sebagai suatu pemikiran yang rasis.

Tidak pelik beliau dituduh rasis. Meski pun Dr. Mahathir hanya menyatakan fakta-fakta sejarah yang benar.

Tuduhan rasis kepada pemimpin Melayu adalah salah satu senjata politik parti pembangkang yang amat berkesan untuk membunuh kuasa politik Melayu, yang sejak merdeka di tangan UMNO.

Apakah sebenarnya cita-cita orang Cina dan India - khususnya DAP yang disokong kuat oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Malah mereka turut mendapat sokongan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar sendiri.

Kumpulan ini berdemonstrasi dan memekik-mekik menuntut 'hak, keadilan dan demokrasi'.

Berpuluh-puluh tahun Anwar memegang kuasa besar dan menjalani kehidupan amat mewah dan berpengaruh dalam BN. Ketika itu tidak pernah pun beliau mempersoalkan hak, keadilan dan demokrasi.

Malah beliau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Ini baru beberapa tahun lalu. Tentu Anwar belum lupa.

Akhbar rasmi Pas, Harakah pada 5 Julai lalu menyiarkan tajuk besar "Pakatan ganti BN" dengan berita megah: "Himpunan perdana perpaduan 100,000 anjuran pakatan rakyat (pembangkang) di Petaling Jaya, 30 Jun lalu menjadi saksi betapa gabungan Pas, Keadilan (PKR) dan DAP terus mantap dalam usaha meneraju perubahan dan seterusnya menggantikan BN."

Turut dipaparkan ialah foto pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang bersalaman amat erat dengan Abdul Hadi sambil diperhatikan dengan penuh teruja dan megah oleh rakan lama saya, Anwar Ibrahim. Artikel penuh sila klik http://www.utusan.com.my/utusan

Komen aku:
Rencana dalam utusan bertarikh 4 Ogos 2009 ini yang ditulis oleh Noor Azam nampak macam bagus tetapi sebenar nya lebih kepada bersifat hasutan dan perkauman. Kalau penulis ini dari pembangkang dan artikel diatas mengkritik UMNO, sudah pasti ia akan ditahan dibawah AKTA HASUTAN, tetapi oleh kerana ia mempertahan dan membodek UMNO, maka tiada lah tindakan akan diambil.

Aku ada hujah/fakta untuk menyanggah dan juga pertanyaan untuk artikel beliau diatas.


1.
Apa beza nya orang Cina, India dan Pas (merujuk kepada DAP, India dalam PKR dan PAS) dengan orang Cina, India dan UMNO (merujuk kepada MCA, MIC dan UMNO) dari sudut parti politik yang sah disisi undang undang ?. En. Noor Azam jangan jadi bodoh ye!, tidak ada parti politik yang bertanding nak kalah dan anda yang cuba mempertahankan UMNO/BN pun saya percaya tidak mahu UMNO/BN kalah.


2.
Siapa kata kalau UMNO kalah, kuasa politik melayu akan terhakis ?. Anda dan penyokong UMNO/BN yang kata begitu. Siapa yang mengkhianati majoriti orang melayu di Kelantan dan Terengganu ?. Bukan kah orang yang juga berbangsa Melayu tetapi berparti kan UMNO. Bagi aku, lagi UMNO kuat, lagi hancur hak dan kepentingan orang melayu secara umum nya. Yang mendapat manafaat hanya lah segelintir elit melayu dan segelintir ini lah yang amat takut bila UMNO jatuh, maka dimomok lah bahawa UMNO jatuh, melayu jugak jatuh. Zaman datuk dan bapak aku boleh lah guna taktik itu, tapi sekarang...belum tentu berkesan.


3.
Siapa dan golongan mana kah yang bersikap kurang ajar dengan Raja dan Sultan ?.. Bukan kah UMNO ?. Siapa kah yang menelanjangkan Raja dan Sultan semasa krisis perlembagaan 1993 ?. Bukan kah UMNO ?. Dia yang jahat, dikata nya kita pulak yang jahat. Itu lah UMNO.

4.
UMNO parti rasis yang tebal dengan melayu nya bergandingan dengan parti rasis lain iaitu MCA dan MIC dengan menubuhkan Perikatan yang kemudian nya menjadi Barisan Nasional (BN). Dalam tempoh 50 tahun mereka memerintah, majoriti orang melayu dan rakyat umum nya masih ditahap cukup makan kalau pun tidak di tahap miskin. Kek kekayaan negara kebanyakan nya dibolot oleh pemimpin UMNO, MCA, MIC dan komponen. Pembangkang dianak tiri kan secara total.

Apa yang berlaku sekarang adalah kerana MCA dan MIC sudah kehilangan sokongan kerana perbuatan pemimpin mereka yang rakus. Termasuk UMNO juga. Pemimpin MCA dan MIC mengajar dan memuakan UMNO, tetapi UMNO lebih rakus dari mereka. UMNO juga sudah kehilangan sokongan dari orang melayu sendiri.

Orang melayu yang memberi sokongan kepada PAS dan PR bukan kerana menyerah tengkok kepada bangsa lain. Malah ianya untuk mengembalikan "roh" KeIslaman orang Melayu dan keharmonian pelbagai bangsa Malaysia demi Perlembagaan Negara iaitu Kerajaan Demokrasi Raja berperlembagaan.

Tidak ada langsung pengugatan terhadap bangsa Melayu yang memang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Oleh itu aku nak tanya, dimana tergugatnya orang melayu?. Yang tergugat hanya lah UMNO dan bukan orang melayu.

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...