Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

17 August 2009

PRK Permatang Pasir : Video YB Gobala dikerutung Polis sebelum ditahan kerana didakwa timbulkan kekecohan


Gambar oleh www.themalaysianinsider.com

Hari pertama kempen Pilihanraya Permatang Pasir, rakyat telah dapat menyaksikan kekasaran dan kezaliman Polis Malaysia terhadap rakyat negara ini.

Apatah lagi ianya berlaku ke atas seorang ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan dimana pada hari ini, 1Malaysia menyaksikan perbuatan kejam Polis Malaysia yang tidak ada nilai kemanusiaan. 1Malaysia menyaksikan Gobala yang sendirian diasak oleh Polis yang ramai. 1Malaysia juga menyaksikan Polis merompak saku Gobala dengan mencuri dompetnya. 1Malaysia menyaksikan Polis menanggalkan seluar Gobala.

Apa jenayah yang Gobala lakukan? Besar sangatkah kesalahannya sehinga dia perlu di kasari sedemikian rupa sehingga perlu digari yang menyebabkan tangannya patah?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin di dalam kenyataannya yang membela polis mungkin tidak menyaksikan kejadian itu tetapi hanya memperolehi maklumat dari pihak polis yang sepastinya telah diberikan gambaran kononnya Gobala itu bersalah.

Saksikan sendiri video di bawah ini untuk melihat sendiri provokasi dan kekasaran Polis Malaysia terhadap seorang anggota parlimen Malaysia serta pendustaan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob.- http://greenboc.blogspot.com




Komen aku:

Dalam buletin utama 8.00 mlm yang ditayang kan berulang kali ialah YB Gobala menampar salah seorang polis yang ramai ramai itu. Bagaimana YB Gobala di keronyok oleh polis polis yang ramai itu tidak pulak ditunjuk kan. Dalam video klip diatas, memang terang dan jelas bahawa pihak polis memang kurang ajar. Kalau dah dikerutung ramai ramai, gajah pun boleh mati.

Nampak gaya makin hari makin ramai lah orang semakin benci kepada pihak polis, walau pun tidak dinafikan bahawa kita memerlukan mereka sebenar nya. Sebab apa aku kata begitu ?. Dulu Khairy Jamaluddin lagi agresif tindak tanduk nya dan tak kurang juga dengan Hishammudin Tun Husein, tetapi pihak polis nak cuit pun tak berani.


Sekian




http://i104.photobucket.com/albums/m185/ronnieliutiankhiew/ijokhishamkhairy.jpg

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...