Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

23 August 2009

PKR dikejutkan: ADUN Lunas keluar parti, PKR Bahagian Padang Serai bubar



Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang menerima kejutan terbaru pagi Ahad, Ramadhan kedua apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh ( kiri ) mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas. Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur.

Mengenai jawatan Exco yang dipegangnnya itu, beliau berkata, beliau tidak meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas. Ini kerana menurut beliau, perlantikannya dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku. Bagaimanapun jelasnya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau meletakkan jawatan, beliau akan patuh untuk berbuat demikian.

Ditanya kemungkinan selepas ini akan nada dakwaan beliau keluar PKR kerana ‘dibeli’ sebagaimana sering dilontarkan oleh pemimpin pembangkang, Radzhi menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti kerana tidak wujud soal dibeli dan tetap menjadi ADUN Bebas. Menejelaskan tindakannnya meninggalkan PKR, beliau berkata “PKR sudah lari dari perjuangan dan telah lama bersabar dengan karenah PKR…hari ini saya merasa lapang dada dan ringan kepala setelah umum keluar PKR. Beban ini telah terpendam lama dalam diri saya. Mereka sudah tidak peduli kepada perjuangan asal PKR” sambil menjelaskan beliau menjadi ahli PKR sejak tahun 1999

Sementara itu pada sidang media yang sama Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan pula mengumumkan pembubaran PKR Bahagian berkenaan. DUN Lunas berada dalam Bahagian Padang Serai.

Menurut Jamaluddin, tindakan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai mendapat sokongan semua jawatankuasa Bahagian parti itu.

“Kami mengambil tindakan ini kerana tidak lagi yakin dengan perjungan PKR yang telah lari dari matlamat penubuhan asalnya. Yang amat menyedihkan ialah PKR tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi.

“Pimpinan atasan PKR hanya pandai bersandiwara dan mainkan permainan politik peribadi mereka sahaja,” ujar beliau.

Beliau turut mendakwa mempunyai rakaman perbualan telefon seseorang yang menyebutkan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan untuk membuat kekecohan pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Isnin lalu.

Dalam insiden berkenaan, Gobalakrishnan mencabar arahan polis dan dalam kekecohan yang berlaku dia telah menampar seorang anggota polis. Lakonan Gobalakrishnan tidak berakhir di situ kerana mendakwa cedera parah dan terpaksa menerima rawatan di hospital Bukit Mertajam. Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah majistret sehari kemudian atas dakwaan menghalng tugas penjawat awam.
- www.agendadaily.com

Aku cuma nak kata:
PKR selalu buat kejutan dan sekali sekala PKR pulak dikejutkan. Memang lah pengisytiharan keluar parti ini memberi tamparan kepada PKR. Namun begitu adalah lebih baik beliau keluar daripada menjadi duri dalam daging kepada PKR khas nya dan PR am nya.
Dipersilakan untuk pergi....... supaya yang tinggal dalam PKR nanti bukan lagi musang UMNO/BN yang berbulukan ayam PKR/PR. Bagi aku proses sebegini akan berterusan dalam PKR. Bukan kah ramai ahli PKR adalah bekas ahli atau penyokong UMNO ?.

Dalam isu seperti ini, nampak nya PAS dan DAP lebih konsisten

Sekian

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...