Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

13 August 2009

Korban Selsema Babi H1N1 meningkat 51 orang, bila lagi nak isytihar darurat ?

kemaskini 3.07pm Tujuh lagi kematian berkaitan influenza A (H1N1) disahkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 51 orang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mereka adalah dari kalangan kumpulan berisiko tinggi sama ada penghidap darah tinggi, penyakit jantung, imuniti rendah dan penyakit kongenital.

Katanya, mereka termasuk pesakit berumur antara empat bulan hingga 92 tahun.

"Pada masa ini, terdapat 51 kes di wad, 29 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 daripada 29 dalam ICU adalah kumpulan berisiko tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan persidangan Persatuan Bagi Kajian Obesiti Malaysia (MASO) di Kuala Lumpur hari ini.

Liow berkata pesakit dengan simptom penyakit serupa Influenza (ILI) dan masalah jantung, mereka yang demam kuat secara berterusan lebih dua hari dan sesiapa yang positif dengan Influenza A atau B melalui ujian pantas akan diberikan rawatan antiviral dengan segera.

Beliau berkata bagi kumpulan ini, mereka tidak perlu menunggu pengesahan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) atau Hospital Sungai Buloh.

"Saya telah arahkan semua hospital dan klinik untuk merawat kumpulan pesakit ini dengan segera," katanya.

Liow turut meminta agar doktor memberi cuti sakit (MC) selama tujuh hari kepada mereka yang didapati mengalami selesema supaya mereka boleh meneruskan rawatan di rumah selain tidak mendedahkan diri kepada orang ramai.

Dalam pada itu, beliau turut meminta supaya rakyat di negara ini tidak panik kerana daripada pesakit yang menghidapi penyakit H1N1 itu, 98 peratus telah disahkan sihat.

Katanya, apa yang dikhuatiri adalah kumpulan yang berisiko tinggi yang memerlukan rawatan segera sekiranya menunjukkan simptom-simptom dijangkiti H1N1.

"Sekiranya semua bertanggungjawab mengikut arahan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan, maka kita yakin dapat membendung wabak ini dan ia tidak akan merebak lagi," katanya.

Sementara itu, Liow berkata situasi di negara ini ekoran wabak H1N1 masih belum memerlukan kerajaan mengeluarkan perintah darurat kesihatan walaupun berada di peringkat serius ekoran peningkatan kadar kematian.

"Untuk mengisytiharkan darurat kesihatan saya perlu buat kuarantin keseluruhan komuniti di mana kerajaan perlu menyekat pergerakan orang secara keseluruhan. Kita belum sampai ke tahap itu," katanya.

Mengenai cadangan mengawal penutupan sekolah, beliau berkata Kementerian Kesihatan meminta supaya pihak sekolah menjalankan pengawasan rapi khususnya terhadap murid-murid yang tidak sihat supaya diarahkan pulang dan berehat di rumah.

Katanya, ibu bapa juga perlu bekerjasama memastikan anak-anak mereka tidak pergi ke sekolah sekiranya menunjukkan tanda-tanda gejala H1N1 dan mendapatkan rawatan segera daripada doktor.

"Kita tutup sekolah seminggu, lepas itu kita buka semula. Kemudian ada lagi kes H1N1 dan arahan tutup akan dikeluarkan. Ini bukan caranya kita hendak menguruskan wabak ini kerana ia bukan hanya merebak di sekolah-sekolah sebaliknya di kawasan komuniti, pasar malam atau pasar raya," katanya. -BERNAMA


Komen aku:
Aku tak faham lah dengan menteri menteri di Malaysia. Terlalu ambil mudah dan tidak menunjuk kan sikap yang serius dalam menangani sesuatu hal atau masaalah. Lebih malang lagi kalau mereka menganggap rakyat seperti tikus tikus kajian di makmal. Dalam konteks wabak Selsema Babi H1N1, menteri kesihatan masih boleh 'relax', tak perlu isytihar darurat kesihatan kata beliau. Beliau ini buta ke?. Wabak maut itu semakin merebak. Nak tunggu berapa ramai lagi yang mati baru nak isytihar darurat ?.

Wabak tersebut telah pun menjangkit ke kerabat istana Pahang. Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dijangkiti selesema babi H1N1 (
berita disini). Apakah pihak bertanggungjawab nak tunggu wabak ini menjangkit kerumah menteri menteri pula ?. Amerika Syarikat awal awal lagi dah isytihar 'public health emergency'.

Kalau pun tidak mahu isytihar darurat kerana takut semua orang panik, tapi sekurang kurang nya keluarkan lah arahan yang membatalkan keramaian (yang tak perlu). Ini tidak !, expo jalan juga, PC fair diteruskan dan lain lain upacara.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Zulkifli Noordin dalam kenyataan media nya pada 3 Ogos 2009 telah menyatakan bahawa kerajaan tidak ada pilihan lain selain mengisytiharkan darurat dan menggunapakai Arahan 20 Majlis Keselamatan Kebangsaan.
Klik sini untuk Kenyataan media beliau.

Sekian.....tadi dengar berita, kata dah tak mahu nak umum dah statistik kematian !?@#

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...