Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 August 2009

Siapa sebenar yang SELEWENG ?. Tuan Guru Nik Aziz atau Dato’ Seri Haji Harussani

Oleh: mohdnoorawang


Syabas Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan merangkap mursyidun am PAS kerana setiap tuturkata Tuan Guru menjadi perhatian umno serta mufti dan majlis fatwa kebangsan Malaysia

Tuan Guru dituduh SELEWENG oleh media pro kerajaan umno dan barisan nasional. Mufti Perak mengecam kenyataan tanpa merujuk kepada Tuan Guru dan mendengar tuturkata yang sebenar, hanya merujuk kepada apa yabg dipaparkan dalam akhbar.

Hebat sungguh fikiran tuan mufti perak yang satu ketika dulu heboh dengan isu murtad. Namun isu murtad menjadi sejuk dan tidak ada tindakan yang diambil oleh kerajaan,.

Majlis fatwa kebangsaan lantas mengeluarkan fatwa kenyataan yang dipaparkan dalam media cetak yang pro kerajaan Tuan Guru Nik Aziz SELEWENG. Mengapa tidak dipanggil Tuan Guru untuk disoalselidik kenyataan.

Begitu cepat sekali majlis fatwa membuat keputusan menghukum Tuan Guru Nik Aziz. Jelas mufti perak dan majlis fatwa kebangsaan kaki seleweng dan pembodek kerajaan umno dan barisan nasional.

Kami ajukan kesah Tun Mahahir satu waktu dulu menghina Nabi Muhammmad saw. Malah pemimpin umno mempersendakan hukum hudud. Tiada pun mufti perak buat kenyataan seleweng atau tidak seleweng. Begitu juga tiada majlis fatwa kebangsaan membuat kenyataan sipolan yang menghina dan mempermainkan hukum Allah.

Begitu juga dengan kesah ISLAM HADARI tiada pun mufti dan majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan kenyataan islam hadari yang dibuat oleh umno dan barisan nasional menyeleweng. Kerana sepakt cerdik pandai islam, islam hadari yang dicpta oleh umno adalah menyeleweng.

Akhir zaman terlalu ramai syaitan syaitan bisu, HANYA penting perut dan pangkat serta kedudukkan. Maka berduyung duyun orang yang pandai dan belajar ugama menjadi pembodek kerajaan. Kisah ini banyak terjadi semasa kerajaan mauwiah - www.tranungkite.net


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Aku cuma nak kata:

Apabila Konsert Jom Heboh TV3 di adakan di TLDM Lumut yang berlangsung selama dua hari (25-26 April 2009) secara jelas telah melanggar keputusan yang telah ditetapkan oleh Majlis Mufti-Mufti Malaysia pada 30 Julai 2004. Majlis Mufti melalui Dato’ Seri Haji Harussani telah memutuskan bahawa program tersebut adalah “haram” kerana ia jelas melalaikan dan menggalakkan maksiat dikalangan golongan muda.

Konsert tersebut sudah pasti mendapat persetujuan kerajaan Negeri yang diterajui oleh UMNO/BN dan dipimpin oleh Dr Zambry Abdul Kadir. Semasa Perak diterajui Pakatan Rakyat, konsert tersebut tidak diadakan.

Masaalah nya ialah kenapa Mufti Perak sendiri iaitu Dato’ Seri Haji Harussani Zakaria diam membisu seribu bahasa. Tidak ada sebarang komen atau ulasan pun yang keluar dari mulut beliau sedang kan fatwa itu beliau sendiri yang umum kan. Cuba kalau Pakatan Rakyat yang luluskan konsert tersebut, rasa aku mahu berbakul bakul dalil yang akan beliau keluarkan.

Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...