Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

14 August 2009

Perhimpunan laungkan Anwar pengkhianat: Ahli Umno khianati Umno Johor

Kelmarin punya cerita.....

ARKIB : 13/08/2009

Perhimpunan laungkan Anwar pengkhianat esok
Oleh SAHBULAH DARWI
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan raksasa bagi melaungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa di Padang Merdeka Batu Pahat, dekat sini Jumaat ini.
Perhimpunan anjuran bahagian-bahagian UMNO Johor itu juga bertujuan menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid berkata, UMNO Bahagian Batu Pahat dan UMNO Bahagian Sri Gading bersetuju menjadi tuan rumah perhimpunan yang bermula pukul 5 petang itu.

"Batu Pahat dipilih kerana di situlah pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar pertama kali mengumpulkan orang Melayu untuk keluar beramai-ramai membawa sepanduk untuk menentang Malayan Union," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Adam berkata, beberapa pemimpin masyarakat termasuk Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz akan menyampaikan ucapan.

"Kita menjemput semua pihak untuk menyertai perhimpunan itu untuk sama-sama melaungkan Anwar pengkhianat bangsa dan kita lihat berapa ramai pula yang Anwar hendak saman," katanya.

Adam menambah, perhimpunan itu juga bertujuan memberi isyarat bahawa UMNO sangat mementingkan kestabilan politik dan keselamatan negara berbanding kepentingan politik individu tertentu.

"Apabila Anwar berada dalam penjara, suasana lebih aman tetapi sejak kebelakangan ini, wujud demonstrasi jalanan dan orang menunjuk kuasa di jalan, keadaan ini mesti kita bendung,'' katanya - utusan online
http://i852.photobucket.com/albums/ab82/tintaberani/P1000294.jpg
http://i852.photobucket.com/albums/ab82/tintaberani/P1000298.jpg
Hari ini punya cerita........

Ahli Umno khianati Umno Johor
Ahli Umno, termasuk pemimpin kanan parti bertindak "mengkhianati" Umno Johor dengan memulau perhimpunan di Batu Pahat petang tadi untuk mengutuk Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim yang dituduh sebagai pengkhianat Melayu.

Program anjuran UMNO itu diwar-warkan akan menghimpun 10,000 orang tetapi hanya dihadiri oleh kira-kira 400 orang, antaranya pelajar dan warga tua.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melontarkan tuduhan pengkhianat terhadap Anwar dijadualkan hadir pada perhimpunan itu di Dataran Penggaaram.

Namun pemimpin Umno Johor itu sendiri dikatakan menarik diri apabila diberitahu mengenai sambutan dingin terhadap perhimpunan itu.

Ramai daripada mereka yang hadir bertindak menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNO memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Antara yang berucap ialah Ketua Umno Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid; Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz.

Hadirin juga kelihatan terkilan dengan ungkapan-ungkapan kesat dan biadap terhadap Anwar pada pemidang-pemidang Umno yang direntangkan.

Ramai yang meninggalkan perhimpunan itu dan meluangkan masa bersiar-siar dan beriadah di dataran berkenaan tanpa menghiraukan ucapan pemimpin Umno Johor.

Jumaat adalah cuti umum di Johor dan perhimpunan itu diadakan hari ini dengan harapan dapat menarik penyertaan ramai.

Namun sambutan hambar adalah tamparan, bukan sahaja ke atas penganjur tetapi yang lebih besar, terhadap Muhyiddin sendiri.

Ia juga bukti terbaru bahawa politik fitnah dan serangan peribadi yang dibawa oleh Muhyiddin ditolak oleh akar umbi parti.- www.tvantara.com

Komen aku:


1. UMNO semakin tidak releven, apatah lagi berlaku di negeri kelahiran UMNO sendiri. Perhimpunan yang di war-warkan itu langsung tidak mendapat sokongan dari ahli ahli UMNO Johor sendiri. Mengapa?. Pada pendapat aku ialah kerana tidak ada wang saguhati untuk peserta perhimpunan, maka siapa pun tak nak pergi berhimpun.

2. Boleh pulak orang UMNO berhimpun ye?. OOOO!.....mungkin polis dah bagi permit, tapi tak risau ke nanti orang gelar kan seperti beruk beruk di jalanan... heh..heh...

3. Agak nya majoriti Ahli UMNO Johor sendiri telah mengetahui siapa kah pengkhianat orang melayu yang sebenar nya. Aku dah lama tahu dah. Siapa kah pengkhianat tulisan JAWI kebanggaan orang melayu, kalau bukan pemimpin UMNO yang bernama Tan Sri Khir Johari, yang sehingga ke akhir hayat nya menjadi naib pengerusi dan pengarah Magnum 4D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...