Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

28 August 2009

Tan Sri Azizan Ariffin-Panglima angkatan Tentera Malaysia yang baru


Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin

Buat pertama kali dalam sejarah seorang Panglima Tentera Udara akan jadi Panglima angkatan Tentera.

Ini bila Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin akan dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkuatkuasa 1 Sept.

Hal ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada wartawan selepas satu majlis di Kementerian Pertahanan Jumaat.Beliau memberitahu Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang bersidang semalam sebulat suara melantik Azizan, 56, bagi mengambil alih tugas Abdul Aziz yang akan bersara kelak.

Menurut Zahid Panglima Operasi Udara Lt Jen Datuk Rodzali Daud akan dilantik menjadi Panglima Tentera Udara yang baru manakala Ketua Staf Markas ATM Left Jen Datuk Shahron Ibrahim dinaikkan menjadi Timbalan Panglima Tentera Udara. - www.agendadaily.com


1 comment:

tuahjebat said...

Minta jangan kelabu... Lt Jen Datuk Shahron memegang jawatan Ketua Staf Markas ATM, kedudukan taraf jawatan kelima dalam ATM, selepas PTU. Beliau juga adalah Pengerusi Exco-Jawatankuasa Panglima-Panglima dimana TPTU seorang ahli. Lt Jen Datuk Shahron BUKAN DINAIKKAN menjadi TPTU tetapi inanya merupakan satu "penghinaan" dan di"turun jawatan" yang TIDAK sepatutnya dibuat oleh MAT.
Orang yang tidak sensitif dan jahil dengan kedudukan jawatan dalam ATM ( biasa bagi pemimpin politik ) tentu sekali tidak merasa betapa hinanya keputusan MAT menukar seorang Ketua Staf Markas ATM, kecuali ada rancangan khusus masa depan untuk melantik beliau menjadi PTU! Saya percaya Datuk Shahron rasa dukacita, terhina dan jangan terperanjat jika beliau memilih untuk meninggal TUDM oleh kerana penghinaan ini!

It is a silly and stupid error by Armed Force Council!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...