TAHNIAH !. Calon PAS Salleh Man yang mendapat 9618 undi, menang dengan majoriti 4551 undi sekaligus mengalahkan calon Umno/BN Rohaizat Othman yang hanya mendapat 5067 undi. Satu kemenangan yang bergaya dan boleh dibanggakan selepas PAS menang tipis di Manik Urai tempohari.
Apa yang pasti, serangan bertubi tubi Umno/BN keatas Tuan Guru Nik Abdul Aziz gagal membawa sebarang munafaat kepada Umno/BN dan tidak membawa sebarang implikasi kepada PAS/PR. Walaupun majoriti berkurang, itu memang telah dijangka memandangkan hari mengundi adalah hari bekerja dan dalam bulan ramadhan pula. Kalau undi calon PAS merosot, undi calon Umno/BN pun merosot juga.
Satu lagi yang perlu dilihat dan diambil kira ialah kemenangan besar ini adalah dalam keadaan dikekang dengan peraturan yang bukan bukan yang sengaja dibuat oleh SPR untuk menyusahkan PAS/PR tetapi memberi kelebihan kepada Umno/BN, apatah lagi peraturan itu hanya diberitahu disaat saat akhir sebelum hari mengundi. Peraturan peraturan ini hanya wujud setelah Umno/BN kelihatan lemah dan tidak mendapat sokongan sebilangan besar rakyat. Semasa Umno/BN kuat dan gagah dulu, SPR tak sibuk pun nak pinda atau ketatkan peraturan.

Kesimpulan nya, Umno/BN sudah kalah 7 kali dan cuma menang sekali di Batang Ai sahaja. Kalau lawan bola, secara kebiasaannya apabila kalah berterusan menandakan bahawa Umno/BN berpotensi besar untuk kalah dalam permainan keseluruhan iaitu pilihanraya umum ke-13 kelak.
Tahniah sekali lagi
Tahniah sekali lagi
No comments:
Post a Comment