Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

29 August 2009

BERNAS di selamatkan, siapa yang melingkupkan nya ?

http://www.bharian.com.my/Saturday/BeritaUtama/20090828234714/mainpix
KERATAN akhbar Berita Harian pada 27 Julai lalu.

Syarikat tempatan, Tradewinds beli saham daripada firma Hong Kong

KUALA LUMPUR: Syarikat perladangan dan produk pertanian tempatan, Tradewinds (M) Bhd semalam mengumumkan cadangan membeli semua saham yang dimiliki firma pelaburan Hong Kong, Wang Tak Co Ltd dalam PadiBeras Nasional Bhd (Bernas).

Pembelian 148.281 juta saham atau 31.52 peratus pada harga RM2.08 sesaham bernilai RM308.425 juta itu akan dibuat secara tunai.

Tradewinds dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia turut mengumumkan cadangan membeli sejumlah 104.599 juta saham atau 22.24 peratus pegangan bernilai RM217.567 juta pada harga RM2.08 sesaham Bernas daripada Gandingan Bersepadu Sdn Bhd (GBSB).

Pembelian daripada GBSB adalah selaras dengan pelaksanaan 'dividends-in-specie' saham Bernas yang dimiliki Budaya Generasi (M) Sdn Bhd (BGSB), iaitu anak syarikat GBSB.

Jika cadangan itu dimuktamadkan, Tradewinds akan memiliki 252.88 juta saham atau 53.76 peratus pegangan dalam syarikat monopoli pengedaran beras nasional berkenaan, sekali gus mengembalikan pegangan dalam syarikat strategik negara kepada pelabur tempatan.

Dalam kenyataan itu juga, Maybank Investment Bank Bhd yang mewakili Lembaga Pengarah Tradewinds berkata, syarikat berkenaan semalam sudah memeterai perjanjian penjualan saham secara bersyarat dengan Wang Tak dan GBSB.

GBSB, katanya, adalah pihak yang bertindak secara bersama (PAC) dengan Tradewinds untuk menjayakan langkah pengambilalihan pegangan dalam Bernas.

"GBSB adalah PAC kepada Tradewinds selaras dengan Kod Pengambilalihan dan Penggabungan Malaysia 1998. Apabila cadangan pembelian saham itu dimuktamadkan, Tradewinds dan GBSB secara keseluruhannya memiliki 53.76 peratus saham Bernas.

"Sekiranya tiada halangan, cadangan itu dijangka dapat dimuktamadkan menjelang suku keempat tahun ini," kata kenyataan itu.

Cadangan pembelian semula pegangan yang dimiliki firma asing dalam Bernas itu dibuat sebulan selepas Berita Harian mendedahkan sebuah syarikat pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam Bernas.

Pada 27 Julai lalu, berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, Berita Harian melaporkan bahawa Wang Tak sudah menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum itu, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus. - www.bharian.com.my

aku cuma nak kata:
Ni siapa punya kerja sampai jadi macam ni ?..Dulu elok elok Lembaga Padi dan Beras Negera (LPN), gatal swastakan menjadi BERNAS. Nasib baik boleh diselamatkan. Nanti bila dah selamat, ada lah balik tangan tangan jahanam yang melingkupkan nya semula.

Ni bukan UMNO/BN punya kerja ke?. Aku pun tak pasti lah, tapi dah 52 tahun tak ada orang lain perintah Malaysia ini kecuali Umno/BN.
Sekarang ini, siapa kah yang ada ciri-ciri pengkhianat negara ?... sendiri mau ingat laaa....

Maklumat untuk mengetahui lebih lanjut pasal BERNAS sila klik http://ms.wikipedia.org


Sekian

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...