PM minta Nik Aziz jaga perasaan Umno kalau mahu kerjasamaKOTA BAHARU, 1 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjaga perasaan dan sensitif kepada anggota Umno jika mahu membentuk kerjasama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.
Presiden Umno berkata beliau mengucapkan kata-kata itu kepada Nik Abdul Aziz ketika Mursyidul Am PAS menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Sabtu.
"Ada peristiwa saya tidak duga... antara pemimpin yang sambut saya (di lapangan terbang) adalah tok guru Nik Aziz. Saya terima bila tok guru sambut saya dalam pada itu saya sebut kepada tok guru tolong jaga perasaan orang Umno. Tapi saya rasa tok guru faham apa yang saya maksudkan," katanya semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu di sini.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed serta Timbalan Pengerusinya yang juga Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Laporan media sebelum ini menyebut Nik Abdul Aziz sedia menghulurkan tangan untuk menjalin kerjasama antara Umno dan PAS.
Bagaimanapun Nik Aziz menafikannya dan menjelaskan kerjasama itu hanya dalam bentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat selain beliau turut mengeluarkan pelbagai cercaan terhadap Umno termasuk "pergi jahanam Umno".
Najib berkata Nik Abdul Aziz perlu bersikap secara baik dan berhemah dalam meminta untuk kerjasama dengan kerajaan pusat.
"Buatlah cara baik buatlah cara menghormati orang lain," katanya.
Najib berkata hakikatnya Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama dalam memimpin negara iaitu membangunkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan makmur.
Beliau berkata walaupun kedua-dua parti itu berbeza daripada segi ideologi namun matlamatnya sama iaitu untuk memimpin negara sehingga maju dan mendapat keredaan Allah.
"Analogi macam kita berada di landasan lebuh raya. Kita (Umno) dalam lane (lorong) kita, PAS dalam lane dia tapi kita sama-sama menuju mencari keredaan Allah.
"Sebab itu kita (Umno) hidup di negara ini tuhan berikan rahmat kepada kita. Begitu banyak perubahan setelah Umno memimpin lebih 50 tahun," kata Najib.- BERNAMA

-----------------------------------------------------------------
Nik Aziz sambut PM bukan presiden umno
Oleh: mandor.blogspot.com
DI WAKTU sekitar Kuala Lumpur di`serang' oleh FRU dengan kepulan asap dan gas serta air, Najib melangkah pergi ke Kelantan sebuah negeri yang terlalu diidamkan oleh Umno. Negeri ini juga banyak memalukan Umno dan kali terakhir Umno di`telanjangkan' adalah di Manek Urai. Namun, Najib tiada arah lagi kerana tidak mungkin Najib sanggup melihat dengan mata kepalanya sendiri kebangkitan rakyat menentang Akta zalim ISA pada Sabtu lalu. Kehadiran Najib di bumi Serambi Mekah disambut oleh MB Kelantan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bagi menunjukkan betapa budi bahasa dan adat pemimpin.
Sudah tentu Umno bersorak gembira apabila melihat Presiden mereka disambut oleh Mursyidul Am Pas yang sebelum ini memperkenalkan slogan `pergi jahanam Umno'. Begitulah jadinya orang yang perasan dan terlalu mengharap. Umno terlalu mengharap agar Pas bersimpati dengan parti yang nazak tersebut. Mereka silap dan mereka patut malu apabila berfikiran demikian. Tuan Guru Nik Aziz hadir menyambut Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu bukan di atas kapasitinya selaku Mursyidul Am Pas, tetapi atas kapasiti beliau sebagai MB Kelantan. Najib juga disambut bukan atas jawatan beliau sebagai Presiden Umno, tetapi kerana Najib adalah PM Malaysia. Umno tetap `jahanam' dihati Tuan Guru Nik Aziz, tetapi hubungan negeri dan pusat mesti diteruskan. Itulah kebijaksanaan dalam berpolitik dan Umno perlu diajar semua ini.
Oleh yang demikian, usahlah Umno terlalu mengharap ihsan dari Pas untuk menyambung nyawa nya. Umno tidak perlu perasan sendiri kerana yang pasti Umno tetap akan di`telanjang'kan lagi oleh Pas di Permatang Pasir pula selepas ini. Maka, bersedialah./K

No comments:
Post a Comment