Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

08 August 2009

UMNO pernah pecat Mufti Selangor kerana Arak dan Ratu Cantik

Oleh Reformis Muda

Bila heboh berita kenyataan Hassan Ali terhadap Ronie Liu berkenaan isu arak, tiba tiba Umno dan pemudanya cuba menjadi hero dan cuba menjuarai isu arak, mahu berdemontrasi membantah perlantikan Liu bersama pemuda PAS, seolah olah mereka bersih dari dosa Arak pada zaman pemerintahan mereka sebelum ini, mereka lupa! Selangorlah satu satunya Negeri Umno di Malaysia telah memecat muftinya kerana menguatkuasakan undang undang larangan pertandingan ratu cantik dan arak kepada orang Islam.

Bila tersebar berita 3 wanita Melayu digari keluar kerana menyertai pertandingan ratu cantik, Umno pada ketika itu dari pemuda, MB , Menteri hinggalah Perdana Menteri Malaysia mengutuk tindakan penguatkuasa Jais, dan yang amat malang yang dihentam teruk oleh pemimpin Umno pada ketika itu ialah Mufti Selangor yang kita sayangi dan sanjungi kerana Ilmunya Almarhum TG Ishak Baharum. tidak cukup TG Ishak Baharum di hentam di media dan di dada dada Akhbar, TG Ishak Baharum di pecat Kerajaan Umno pada tahun 1997.

Ingat !! yang memecat ini bukan DAP, Bukan MCA , Bukan MIC tetapi MB Islam dari UMNO.

Kita Imbas sekali berita tersebut melalui rekod wikipedia :

Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Allayarham telah 'dipecat' daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Kerajaan negeri Selangor menggunakan istilah 'tidak memperbaharui kontrak' beliau yang akan tamat pada Oktober 1997. Ketika itu umur beliau 70 tahun.

Tindakan tegas beliau ini disifatkan sebagai suara berani seorang mufti di Malaysia. Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menyifatkan beliau sukar dicari ganti.

Sungguhpun Allahyarham tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Pertandingan ratu cantik

Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama
Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fatwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. [1] Media menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak. Ahmad Lutfi Othman telah mengupas isu ini dalam buku bertajuk "Mufti lawan Mahathir". [2]

Islam dan Kefahaman

Dalam Hal arak di Selangor saya tidak bersetuju kepada kedua dua pemimpin Pakatan, Pertama kepada Ronie Liu dan kedua Kepada Hassan ali, bagi saya ronie harus diberi kesedaran terhadap "Hak Orang Islam" dalam kita melaksanakan Syariah, dan dalam hal Hassann Ali dia harus sedar dia juga tiada Hak memutuskan Ronie mesti dipecat atau apa sahaja tindakan yang telah menjadi asas dalam PR untuk ia dibawa kedalam mensyuarat bersama, dan menjadi tanggung jawab PAS menyampaikan " kefahaman Islam " kepada rakan bukan Islamnya. bukan menghukum mereka.

walaupun tindakan ronie liu itu salah, tetapi tidak menjadi kesalahan baginya mempertahankan arak dari kedai bangsannya kerana agamanya tidak meng"haram"kan Arak. sampaikan Beer dan Arak pun Pas tak dapat terangkan perbezaaanya, ia satu kegagalan mesej dakwah dan "kefahaman" kita kepada bukan Islam.

Saya melihat apa yang berlaku dalam pentadbiran PR di Selangor seolah olah PAS cuba menjauhkan diri dari "kebersamaan" dalam pentadbiran menyebabkan antara mereka kurang kefahaman,diantara komponen dalam PR Selangor seolah oleh hanya merebutkan Ghanimah atau harta kemenangan setelah menang dalam peperangan, berbeza dengan PAS Perak , dimana Nizar berjaya menyampaikan kefahaman mereka sehingga mereka "respect" dan Kenal serba sedikit berkenaan Islam.

Selain Nizar , keterbukaan bekas Pesuruhjaya Ust Ahmad Awang membawa satu dimensi baru Islam kepada Bukan Islam, Nizar dan Ust Ahmad Awang boleh berceramah dan menerangkan maksud ayat Quran kepada bangsa lain tanpa rasa takut dan asing kepada bukan Islam. itulah kejayaan terbesar Islam apabila kebaikan "Islam " itu dapat difahami dan dilaksanakan.

*artikel akan datang saya akan dedahkan penyelewengan Pas Selangor dalam Muktamar baru baru ini...

Lawan Tetap Lawan

Refomis Muda

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...